Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, April 19, 2010

Macam-macam....

Jap... Nak lap-lap dulu habuk-habuk ngan sawang-sawang kat blog ni. Fuh.. lama sungguh tak update. Tersangat busy dengan keje dan juga family sampai tak sempat nak update blog. Sekarang ni kerja menimbun-nimbun sampaikan takde masa untuk diri sendiri. Baru-baru ni I sakit pun tak dapat nak cuti sampai la ke hari ni. Maybe esok baru bole cuti kot. Tu pun sebab nak bawak Isyraf pegi klinik.

Oh ye bercerita tentang Isyraf, anak kecik kesayangan I tu asyik la tak sihat sejak akhir-akhir ni. Baru je baik demam tak sampai seminggu pastu demam balik. Baru je baik demam sekali lagi, kena batuk yang agak teruk package sekali dengan selsema. Tak cukup ngan tu, batuk dah seminggu lebih tak baik-baik sekarang ni macam nak kena sakit mata la pulak. Pegi klinik + hospital dah tak terkira berapa kali. Ubat pun dah macam-macam Isyraf telan. Harap-harap lepas ni Isyraf dah tak terkena penyakit-penyakit durjana itu.

Nasib baik la dalam banyak-banyak benda tak best tu ada gak la benda yang best. Hehehe... Yang bestnya I baru je join satu biz yang sangat berbaloi-baloi. I suka sangat biz ni sebab takde la memerlukan commitment yang sangat tinggi hingga terabai anak dan suami. Cuma perlu rajin berusaha je. Rasanya semua benda memang perlukan usaha, susah la nak dapat benda yang datang bergolek camtu je. Hubby pun support I buat biz ni dengan sepenuh hati. Hehehe... So pada sape-sape yang berminat nak tau tentang biz ni bole la email I. My email add ielya.reha@gmail.com

K la setakat tu je la kot nak share buat kali ni.

Monday, March 15, 2010

Kembar tak seiras

Sejak akhir-akhir rasa macam takde mood je nak update blog. Xtahu la nape. Actually banyak je benda or cite nak share tapi asyik tanguh-tanguh je dan akhirnya terus tak update. Sindrom kemalasan nak update yang melampau. Maybe sebab keje menimbun-nimbun kot.

Okay la hari ni I nak share cite tentang dua orang budak 'kembar' yang sangat-sangat la berbeza. Berbeza sebab diaorang hanya jadi 'kembar' sebab lahir on the same day. Mereka adalah Isyraf dan Adzryl. Isyraf ngan Adzryl ni dua-dua lahir 4th July 2009, cuma Adzryl lahir lebih kurang 2 hours earlier. Kiranya Adzryl ni abang kecik la pada Isyraf. Hahaha...



Kembar Pertama : Adzryl Faheem aka budak-comel-dagu-berlekuk aka abang kecik


Kembar Kedua : Isyraf Syahmi aka adik bam bam


Sabtu lepas I ngan Isyraf pegi umah Anita sebab nak dengar bout new bizz yang Anita join. Hubby tak dapat nak join sebab dia keje. Bizz ni sangat-sangat la best.

Masa mula-mula sampai Adzryl macam nak tido tapi terus tak jadi nak tido sebab dah jumpa geng. Isyraf lak sampai-sampai je terus kena tukar pampers sebab Isyraf dah buat big bisnes. Mummy nak dengar bizz talk, Isyraf dah buat bisnes dulu ek.

Isyraf sangat la melasak kat umah Anita. Sampai bawah meja pun Isyraf duduk main. Semua toys Adzryl, Isyraf sibuk nak conquer. Lepas tu asyik la membuli Adzryl. Nasib la Adzryl macho, merelakan apa je yang Isyraf buat kat dia. Adzryl lak cool je melayan Isyraf.



Tengok tu bawah meja pun Isyraf belasah main gak.
Oh ye sila abaikan rambut Isyraf yang agak compang-camping tu.
Ia adalah hasil kreativiti Mummy and Daddy Isyraf.


Gambar-gambar kat bawah ni lak bukti Isyraf membuli Adzryl. Mentang-mentang la dia lagi besar dari Adzryl, sesuka hati je nak buli Adzryl. Naughty Isyraf ni. Ada-ada je benda Isyraf nak buat kat Adzryl, nak cucuk mata la, nak tarik hidung la, macam-macam la. Adzryl lak cam redha je dibuli Isyraf. Good boy je Adzryl. Isyraf, tak baik tau buat camtu kat Adzryl.








Kat bawah ni lak gambar-gambar 'kembar' dua orang ni main sama-sama, walaupun sebenarnya Adzryl cuma jadi pemerhati.



Comel je muka Adzryl masa ni.
Abang kecik yang selalu mengalah ngan adik bam bam


Adzryl dah malas nak layan Isyraf




I paling suka gambar ni.
Cubaan Isyraf nak bermanja ngan Adzryl


Masa I tengah dengar bizz talk tu, Isyraf pun sibuk gak nak dengar. Tengok tu sampai ternganga mulut Isyraf dengar Auntie Ila cite tentang bizz. Isyraf pun cam berminat je nak join. Hehehe...




Gambar-gambar adalah dari official photographer untuk hari tu, En Fadzril aka Anita's hubby.

p/s : thanks to Anita n family sebab jemput kami dua beranak ni datang umah and sudi melayan kami dengan baik sekali. Nanti insya Allah kita jumpa lagi k.

Thursday, March 4, 2010

8 Months

Hari ni cukup la umur anak kecik kesayangan saya 8 bulan. Rasa cam baru semalam je lahirkan dia. Progress Isyraf for this month adalah seperti berikut:
  • Isyraf sekarang dah minum susu Frisolac 2. I ngan Hubby tukar susu Isyraf sebab susu Novalac IT tu tersangat la susah nak carik. Kekadang sampai dekat 10 farmasi kitaorang pegi baru dapat 1 tin. Memandangkan Isyraf pun dah start makan solid food so rasanya masalah constipation Isyraf dah takde. So far Isyraf serasi ngan Frisolac 2 ni. Nasib baik gak I tukarkan susu Isyraf sebab sekarang ni Isyraf sangat kuat menyusu. Paling minimum 30 oz sehari and kadang2 boleh sampai 40 oz sehari.
  • Setakat ni I masih lagi berjaya bekalkan Isyraf bubur masa kat nursery. Setakat ni Isyraf dah makan ikan bilis, salmon, ayam, carrot, broccoli, bayam, kentang, keledek, labu, pisang, epal, strawberi, celery, avocado
  • Isyraf dah pandai duduk sendiri and berdiri sendiri. Tapi Isyraf tak berapa suka nak duduk. Isyraf lebih suka memanjat sana sini nak berdiri. Memang kena sentiasa tengok Isyraf 24/7. Tapi dalam sentiasa tengok tu, ada gak sekali dua Isyraf jatuh masa tengah sibuk memanjat tu. For me jatuh tu memang adat la bagi budak2 macam Isyraf. Part of learning process.
  • Isyraf masih lagi tak expert merangkak. Isyraf lagi prefer mengesot dari merangkak. I rasa Isyraf macam nak skip je part merangkak ni. Maybe Isyraf nak terus berjalan je kot. Huhuhu... Kalau I letak je Isyraf dalam walker, laju je Isyraf explore satu umah especially dapur. Walker tu memang mainan favourite Isyraf. Kalau Isyraf nampak je walker tu, laju je Isyraf mengesot pegi kat walker tu.
  • Rutin tido masih lagi sama. Waktu siang kalau tak pegi mana2 Isyraf akan tido setiap 3 jam untuk 1-2 jam. Malam lak waktu tido Isyraf antara pukul 9-10 malam. Bangun lak dalam pukul 7 pagi camtu, tapi tengah-tengah malam tu ada la gak Isyraf bangun nak susu.
  • Dah ada dua batang gigi bawah. Gigi atas dalam proses nak tumbuh. Sekarang ni dah nampak white spot kat gum bahagian atas. Setakat ni Isyraf takde la demam or meragam masa nak tumbuh gigi. Alhamdulillah sangat-sangat.
  • Mulut Isyraf sekarang ni semakin bising. Kalau kat umah asyik membebel sampaikan mata dah pejam pun mulut still lagi membebel, tapi kalau jumpa ngan orang yang Isyraf tak kenal terus berubah jadi pemalu gitu. Mesti Isyraf stare tengok muka orang tu sambil buat muka blur ngan mulut ternganga. Selalunya kalau Isyraf membebel tu, I akan ajuk balik apa yang Isyraf cakap. Pastu mesti Isyraf akan gelak kaw2, maybe Isyraf assume yang I faham apa yang dia tengah sibuk bebel tu.
  • Semakin manja ngan Daddy. Kadang2 I cam sedih gak bila I tengah dukung, Isyraf nangis2 nak kat Daddy dia. Tapi bila fikir on positive side benda ni ada gak baiknya kalau nak compare ngan dulu Isyraf asyik nak berkepit ngan I je. Tak lama lagi I maybe kena pergi kursus for 2 weeks, so kalau Isyraf tak nak Daddy dia camane I nak tinggalkan Isyraf dengan my Hubby masa I pergi kursus nanti. Bila fikir tentang kursus ni rasa cam tension je. I tak pernah berpisah dengan Isyraf tetiba nak kena tinggalkan for 2 weeks. Lama tu. Uwaaa...
  • Isyraf sekarang dah pandai dengar azan. Walau sesibuk mana pun Isyraf tengah main, kalau dengar azan Isyraf akan senyap and dengar sampai azan abis. Kadang2 ada gak Isyraf try nak ikut cam azan tu.
  • Isyraf gak dah pandai macam nak kiss I. Selalunya kalau Isyraf tepuk2 muka I and then I cakap sakit, cepat2 Isyraf nganga mulut and lekapkan kat pipi I. Kadand2 macam nak gigit pun ada. Hahaha...
Setakat ni tu je yang I ingat tentang progress Isyraf for this month.

Sunday, February 21, 2010

Percutian Utara Selatan (Day 4)

Tak banyak pun nak cite untuk hari ni and takde gambar pun nak upload. Pagi-pagi lagi makcik I dah hantar kami pegi jeti Kuala Perlis. Dapat la feri pukul 9 pagi. Sampai je jeti Langkawi kami breakfast and beli 1 2 barang lagi then terus amik teksi pegi airport. Sampai airport terus check in and terus masuk departure hall tunggu kapal terbang sampai.

Untuk flight balik kali ni Isyraf tak tido masa berlepas tapi nasib la Isyraf tak nangis. Masa landing lak Isyraf tido tapi I ada ternampak muka Isyraf macam berkerut-kerut time landing tu walaupun Isyraf tido.

Sampai je airport terus amik teksi balik umah. Sampai umah kemas apa-apa yang patut yang terus kami 3 beranak berehat nak simpan tenaga especially Hubby sebab dia yang nak kena drive pegi PD esoknya.

Percutian Utara Selatan (Day 3)

Hari ketiga kami di Langkawi, pagi-pagi lagi dah keluar hotel nak pegi Padang Mat Sirat ataupun Beras Terbakar. Tak jauh pun dari hotel, dalam 10 minit je dah sampai. Oh ye kami stay kat Langkasuka Beach Resort.


Kawasan beras terbakar


Kami kat Padang Mat Sirat tak lama pun sebab masa kitaorang sampai tu cam awal sangat. Lepas pusing-pusing sambil posing-posing kat kawasan beras terbakar tu kami singgah beli barang kat kedai-kedai yang ada kat situ. Barang kat sini boleh dikatakan murah la gak compare ngan yang kat Kuah. Kalau tau, awal-awal lagi kitaorang beli barang kat sini takyah susah-susah nak pegi Kuah yang jauh la gak dari hotel.

Lepas tu terus masuk kete balik and gerak pegi Taman Buaya, tapi sebelum sampai taman buaya tu sempat lagi singgah Petronas Quay semata-mata sebab nak amik gambar. Amik 2 3 keping gambar je pastu terus sambung perjalanan pegi taman buaya.


@ Petronas Quay


Masa kami sampai kat taman buaya still lagi tak berapa ramai orang yang sampai. So jalan-jalan dulu before tengok show. Macam sedih gak tengok taman buaya ni sebab macam tak terjaga and kurang pengunjung. Buaya kat sini tersangat la banyak dan bermacam-macam spesis. Kat taman buaya ni ada bridge yang lalu kat atas tasik dimana dalam tasik tu penuh ngan buaya. Masa lalu atas bridge tu cam ngeri je sebab buaya-buaya kat bawah tu kekadang cam gegar-gegarkan bridge tu.


Buaya ni cacat, takde gigi. Nama dia Bujang Kawi




Crocodile Show


Mamat ni sungguh berani.
Masa ni dia tengah bagi buaya makan.
Tengok la tu banyak giler buaya yang tengah tunggu makanan.


Lepas habis jalan-jalan kat taman buaya, kami pegi Makam Mahsuri la pulak. Rupa-rupanya makan mahsuri dah berubah bentuk. Tak sama macam masa I pegi time sekolah dulu.


Makam Mahsuri




Telaga Mahsuri


Lepas dah puas jalan-jalan kat Makam Mahsuri terus pegi jeti sebab nak amik feri pegi Kuala Perlis. Nak pegi umah makcik I kat Kangar sebab Hubby tak pernah lagi pegi sana. Sambil tu nak tumpang barang-barang yang kami beli kat Idaman Suri, sebabnya kalau nak bawak balik naik flight memang tak dapat la.

Masa kat jeti ni ada satu peristiwa yang sakit menyakitkan hati. Kami telah terkena yang menyebabkan kena bayar tambang feri dua kali. Sakit hati betul. Sebab sakit hati langsung tak amik gambar.


Saturday, February 20, 2010

Percutian Utara Selatan (Day 2)

On 27th tu tempat pertama kami tuju adalah Underwater World. Isyraf seronok je dapat tengok ikan and binatang-binatang laut yang lain.


Tengok tu, sampai ternganga Isyraf tengok ikan.


Bila ikan tu datang dekat, Isyraf buat cubaan nak kiss ikan tu.


Isyraf tengah berenang atas 'snow'.


Masa kat area penguin, I letak Isyraf kat tepi aquarium (betul ke ek nama ni) tetiba datang seekor penguin dok kejar-kejar Isyraf. Bila I bawak Isyraf pegi tempat lain, penguin tu still gak nak ikut Isyraf. Comel sangat ke budak kecik tu sampai penguin pun minat??? Or maybe penguin tu ingat Isyraf satu spesies ngan dia kot sebab cam lebih kurang sama tinggi je Isyraf ngan penguin tu. Hahaha... Suka-suka hati je nak samakan anak sendiri ngan penguin.


Isyraf yang sibuk nak tepuk-tepuk penguin.


Three of us.


Okay la gak Underwater World ni tapi bagi I best lagi Aquaria. Lepas dah abis pusing Underwater World tu kitaorang pegi lak naik cable car kat Gunung Mat Chincang.


Muka teruja naik cable car.


Ni masa kat first station.
View kat sini sangat cantik
.


Lepas dah singgah first station, kami continue lagi naik cable car sampai atas. Kat stesen atas ni bole turun cam tangga pergi suspension bridge. Masa turun memang tak terasa apa-apa pun tapi bila nak naik balik memang tercungap-cungap la. Nampak sangat memang takde stamina. Nasib la Hubby yang carry Isyraf kalau tak memang pengsan la jawabnya.




Lepas pegi cable car ni, ingatkan nak pegi telaga tujuh. Sampai je kat tempat yang ada tulis 'Telaga Tujuh' tak nampak la pulak ada telaga kat situ. Bila tanya mamat yang jaga parking tu, dia cakap kena jalan lebih kurang 20 minit lagi untuk sampai tempat tu. Disebabkan masa tu kaki masih lagi gigil-gigil kesan dari adegan panjat memanjat kat cable car tu, so kitaorang terus cancel je la pegi telaga tujuh tu.

Lepas tak jadi pegi telaga tujuh, Hubby ajak pegi wildlife park. On the way nak pegi sana ternampak lak signboard Air Hangat Village. Singgah la jap, tapi memang takde orang kat situ. Rupanya tempat tu still under construction. Dah alang-alang tersinggah kami pun pegi je la celup kaki jap kat kolam air panas tu.


Isyraf yang tak sampai nak celup kaki


Then kami pun gerak nak pegi wildlife park. Bila sampai sana rasa cam tak best je sebab banyak gambar burung je. Sudahnya cancel sekali lagi. Masa tu pun dah petang so Hubby ajak balik hotel mandi-mandi and keluar balik pegi Pantai Chenang tengok sunset.

On the way nak pegi balik hotel tu, ternampak lak kedai Idaman Suri. Mula-mula ingat nak singgah tengok-tengok je tapi bila dah masuk dalam tu jadi macam rambang mata lak tengok pinggan mangkuk. Bukan I sorang je yang rambang mata tau, Hubby pun lebih kurang sama je. Akhirnya kami terbeli la gak pinggan mangkuk tu. Hehehe...

Bila keluar dari Idaman Suri tu hari pun dah nak dekat senja, makanya tak jadi la nak pegi pantai chenang tengok sunset. Balik hotel je la. Malam pun takde pegi mana-mana, just pegi pekan Kuah shopping apa-apa yang patut.

Friday, February 19, 2010

Percutian Utara Selatan (Day 1)

Akhirnya I bawak gak memory card datang office, so bole la nak update tentang Cuti-Cuti Malaysia kami yang dah agak basi tu. Hahaha... I bagi title percutian utara selatan sebab mula-mula kitaorang pegi langkawi and balik dari langkawi esoknya kitaorang pegi PD (kira selatan gak la ek walaupun tak berapa nak selatan) lak untuk gathering organised by Sarah.

Disebabkan takde orang nak antar pegi LCCT, Hubby ajak I naik bas je pegi sana. Kononnya nak bagi Isyraf experience naik macam-macam kenderaan. Pagi-pagi lagi lebih kurang pukul 9, kami dah kuar umah amik teksi nak pegi KL Sentral. Ingatkan bila dah pukul 9 jalan tak jem la, rupanya sama je jemnya. Sampai je KL Sentral terus amik SkyBus pegi LCCT. Masa dalam bas tu mulut Isyraf tersangat la bising sampai I risau je kalau-kalau kena marah dengan orang yang duduk dekat-dekat ngan seat kitaorang. Boleh dikatakan bas tu bising ngan suara Isyraf je. Nasib la tak lama lepas tu Isyraf tido.


Muka excited first time naik bas.
Masa ni Isyraf tengah sibuk membebel tak ketahuan hala.


Sampai je LCCT kami terus check in apa-apa yang patut sebab masa tu kaunter dah bukak. Oh yea kami tak bawak stroller sebabnya stroller Isyraf tersangat la bulky so cam malas nak bawak.

Before naik flight, I buat susu siap-siap untuk Isyraf sebab masa tu memang time Isyraf minum Isyraf. Kat dalam flight terus bagi Isyraf susu and mamat tu pun terus tido. Nasib baik la gak Isyraf tido sebab baby-baby lain yang ada dalam flight tu boleh dikatakan semua menangis and ada gak yang meraung bila kapal terbang tu nak berlepas.


Budak kecik yang tido dengan jayanya kat dalam kapal terbang.


Masa ni Isyraf cam mamai-mamai lagi.
Isyraf terjaga pun sebab Daddy masukkan Isyraf dalam carrier.


Kuar je dari arrival hall tu, kami terus carik keta sewa, tapi cam tak best je package keta sewa kat airport ditambah lak ngan agent-agent keta yang kerek-kerek. So kami pun amik teksi pegi jeti. Kat jeti terus dapat keta ngan harga yang jauh lebih murah dari airport.

Dapat je keta terus pegi check in hotel. Nasib la dah buat online booking awal-awal. Masa kat hotel, bole lak mula-mula diaorang bagi bilik yang orang baru check out. Masa tu house keepingnye orang baru je nak start kemaskan bilik tu. Nasib la lepas tu diaorang bagi bilik lain.

Rehat-rehat jap kat bilik lepas tu terus keluar pegi Dataran Helang. Masa tu pun dah petang sangat, so kami hanya sempat pegi Dataran Helang je.





Isyraf ngan Eagle


Lepas dah puas amik gambar kat Dataran Helang, kami terus balik hotel balik. Malam tu kami just keluar pegi makan dan shopping. Disebabkan terlampau asyik shopping sampai lupa nak amik gambar.

Malam tu before tido, kami sibuk dok baca map and fikir siap-siap esok nak pegi mana.

Thursday, February 18, 2010

Yeay... Isyraf dah boleh...

...berdiri on his own. Citenye camni, last Saturday masa kitaorang tengah tido, tiba-tiba I tersedar Isyraf yang dah tido sebelah I (before tu Isyraf tido dalam cot) takde. Bila I bukak mata luas-luas, rupa-rupanya dia dah berdiri kat sebelah baby cot dia. Masa tu I terkejut sangat sebab selama ni memang Isyraf sibuk duduk panjat-panjat I or Hubby nak try berdiri tapi tak sangka lak dia bole berdiri sendiri sebab dia tak pandai merangkak lagi. Ntah apa ntah yang Isyraf mimpi malam tu, tiba-tiba bila bangun pagi bole lak berdiri.




I happy sebab Isyraf dah pandai berdiri, tapi at the same time rasa risau sangat. Sebabnya Isyraf bila dah dapat berdiri, dia pun mula la lepaskan sebelah tangan dia. Kononnya dah terer sangat berdiri la tu.

Jadinya lepas ni kena extra careful sebabnya Isyraf ni jenis kalau bangun tido dia tak menangis (dengan syarat dia nampak I or Hubby ada dekat dengan dia), tapi dia akan main sorang-sorang. Dah bosan main sorang-sorang, baru la dia panjat-panjat I or Hubby konon kejut kitaorang suruh bangun la tu. Kalau kitaorang tak layan dia, dia akan sambung main balik or tido balik.

Sejak Isyraf dah tahu stand on his own ni, dia semakin aktif memanjat apa je yang dirasa sesuai untuk dipanjat. So semalam I ngan Hubby pegi beli ABC mat sebab nak letak kat tepi sofa and rak tv. Jadinya kalau Isyraf terjatuh masa dia sibuk memanjat tu, takde la sakit sangat. Bila dah pasang ABC mat tu, Isyraf boleh lak cabut ABC mat tu and pegi gigit-gigit mat yang dia dah cabut. Haih... nasib la anak sendiri, kalau anak orang lain agaknya dah lama I sekeh. Hehehe...

Kat bawah ni, I saja je nak share video Isyraf.



Oklah tu je for the time being. Actually i nak tulis about our trip to Langkawi and PD gathering tapi once again I terlupa bawak memory card. Maybe tomorrow la ek..

Thursday, February 11, 2010

Kisah Sebelum Kelahiran Isyraf

Actually I nak update bout our cuti-cuti Malaysia tapi memory card tinggal kat umah la pulak, so jawab tag je la ek. I kena tag ngan Amie. Actually dah lama dah kena tag tapi masa tu busy sangat2 sampai takde masa nak buat and akhirnya terlupa. Tetiba hari ni teringat balik tu yang cepat2 I buat sebelum terlupa lagi.

Tag ni more on first pregnancy, so ni nak bagitau awal2 Isyraf sebenarnya my second pregnancy. My first pregnancy tak bole nak proceed, I kena buat DNC sebab baby tak developed. Masa tu dah 12 minggu. Okayla malas nak bebel panjang2, so proceed with the tag thingy.



HOW DID YOU FIND OUT YOU WERE PREGNANT?
Lambat period, tapi masa tu I macam confuse sikit sebab baru je lepas buat DNC so I just fikir yang my hormone still tak stabil. Tapi I tetap rasa tak sedap hati, so I pegi beli pregnancy test kit and buat test. Dan resultnya adalah +ve


HOW DO YOU FEEL?
Masa tu sangat2 risau sebabnya I baru sangat lepas buat DNC. I buat DNC 3 Sep 2008, and I buat test lak 5 Oct 2008. Nak menambahan lagi kerisauan, I ada buat x-ray a week before I buat pregnancy test. Masa tu hanya Allah yang tahu kerisauan I


WHO DID YOU TELL FIRST?
Mr. Hubby. Masa bagitau tu, Hubby macam tak bape happy. Bila tanya nape, Hubby cakap dia risau sebab I baru lepas buat DNC


WAS YOUR SECOND PREGNANCY PLANNED?
No


WHAT IS YOUR FIRST CHILD NAME?
Muhammad Isyraf Syahmi


WHAT WAS YOUR FIRST CHILD’S SEX?
Boy


WHAT WAS YOUR SECOND CHOICE NAME FOR YOUR OPPOSITE GENDER NAME?
Kami memang takde prepare any name for baby girl, sebab memang nak sangat baby boy. Actually mula-mula nak bagi nama Muhammad Iqbal Syabil tapi kebetulan masa Hubby masuk keje kat ofis dia sekarang ni, ada member Hubby nama Iqbal so terus cancelled nak bagi baby nama Iqbal


DID YOU WISH YOU HAD THE OPPOSITE SEX?
Masa mula-mula kawin I memang nak baby girl tapi Hubby prefer baby boy. Akhirnya I pun terpengaruh ngan Hubby nak baby boy. Huhuhu...


WHEN WAS YOUR CHILD BORN?
04.07.09


DUE DATE WERE SUPPOSED TO BE ON WHAT DATE?
08.07.09


HOW DO YOU FEEL WHEN YOU FIRST SAW YOUR BABY?
Tak tau nak describe camane


HOW OLD WERE YOU AT THAT TIME?
28++


DID YOU WANT TO FIND OUT THE SEX BEFORE YOU G IVE BIRTH?
Nak!!!!!!!!!!


DID YOU HAVE MORNING SICKNESS?
Nope.


WHAT DID YOU CRAVE?
Laksa, laksa dan laksa


WHO/WHAT IRRITATED YOU THE MOST?
Bau perfume.


HOW MANY KG's DID YOU GAIN THROUGHOUT THE PREGNANCY?
18 kg


DID YOU HAVE A BABY SHOWER?
Tak


DID YOU HAVE ANY COMPLICATIONS DURING YOUR PREGNANCY?
Takde. Cuma for the first 4 months my gynae nasihatkan I supaya jangan kuar dari Klang Valley (jangan travel jauh2). Masa tu nak balik kg umah my grandma pun tak boleh. Bosan okay duduk KL 4 bulan tak pegi mana-mana


WHERE DID YOU GIVE BIRTH?
HUKM


WHO DROVE YOU TO THE HOSPITAL?
Hubby


WHO IS YOUR GYNEA?
Dr. Nizam


HOW MANY HOURS WERE YOU IN LABOR?
Dalam 6 jam kot. Masa I pegi HUKM, bila check dah 4cm dilated so terus diaorang hantar I pegi labour room. Masa tu takde la sakit sangat tapi jadi sakit sebab I terdengar orang terjerit-jerit nak beranak kat labour room sebelah.


WHAT TIME DO YOU GAVE BIRTH?
8.58 p.m


WHO WATCHED YOU GIVE BIRTH?
Hubby, gynae, midwives and students HUKM yang jadi cheerleaders suruh I push. Masa tu rasa nak tendang sesekor, sebab diaorang tersangat ramai and bising sangat.


WAS IT NATURAL OR C-SECTION?
Natural dan juga tanpa painkiller


DID YOU TAKE MEDICINE TO EASE THE PAIN?
Takde.


DO YOU BREASTFEED YOUR BABY?
Yup for 5 months, tapi tak fully BF la campur2 ngan FM.


ARE YOU PLANNING TO HAVE ANOTHER ONE RIGHT NOW?
Tak. Tunggu Isyraf besar sikit.



Monday, February 8, 2010

Payday

Yeayyyyyyyy... Gaji untuk bulan Februari dah masuk... Boleh la tampung balik, apa-apa yang dah terlebih belanja bulan lepas.

Dari hari ni sampai Rabu, I ada kursus. Baru ingat nak merajinkan diri update blog tiap-tiap hari tetiba ada kursus la pulak. Kalau nak update kat umah, macam tak sempat je. Tapi ada orang pedulik ke I update ke tak. Hehehe...

Saturday, February 6, 2010

Update on FP warehouse sale

Okayla as promised earlier sekarang ni I nak letak gambar barang2 yang I dah beli tadi. Takde la banyak sangat pun barang yang I beli. Kalau ikutkan hati memang rasa macam baaaaanyak je nak beli tapi bila fikir2 balik cam tak berapa perlu je barang2 tu so I pun tak jadi la nak beli. So kat bawah ni adalah barang2 yang I dah terbeli. Hehehe...


Barang2 yang I beli. Tak banyak pun cuma 3 barang je


Table top play mat.



Rattle


Budak kecik yang bersabar menunggu Daddy pasang highchair


So untuk tatapan semua ni la highchair Isyraf

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



Ni la Isyraf punya highchair. Murah la gak ni.
Just RM 280 je




Muka ceria seorang budak kecik yang dapat highchair.



Friday, February 5, 2010

Crocs, Avent and Fisher Price Warehouse Sale

Kengkawan semua, ni I nak bagitau ni Crocs, Avent ngan FP ada buat warehouse sale kat area USJ. Discount up to 70%. Memang sangat berbaloi-baloi la. Warehouse ni just for 3 days je. Start from today until Sunday.

Masa lunch tadi I sempat la pegi tengok2 warehouse ni. Bagi I memang murah2 la barang yang dijual. So dapat la gak I belikan highchair FP untuk Isyraf dengan harga yang sangat2 murah. Sekarang ni rasa tak sabar sangat nak balik umah and nak bukak box highchair tu. Okayla 5 minit lagi nak pukul 5, nak kemas barang untuk balik. Nanti malam, Insya Allah I post gambar barang2 yang I beli kat warehouse sale tadi. Bye...

2 in 1 celebrations dan penyejuk hati...

Semalam I memang sangat2 marah. Tak pernah I rasa marah macam tu. Sebab benda tu jadi waktu pagi, so satu hari I takde mood. Bukan sekali cipan tu carik pasal ngan I dah banyak kali la gak, tapi semalam dia betul-betul melampau. Sampai dah balik pun, I still rasa cam tak best.

Bila cite kat Hubby, dia ajak kuar makan konon2 untuk cool down la. Hubby memang dah lama ajak kuar makan sebab dia dapat increment tapi I asyik dok tanguh je sebab ingat nak pegi during weekend. Kebetulan semalam pun Isyraf's 7th month birthday I pun setuju je la. So semalam kami sefamily pun pegi la makan2 kat San Francisco Steak House.

Okay la I pun dah tak tau nak cite apa, so I buat cite bergambar la pulak ek..


Muka happy budak umur 7 bulan.


Isyraf pun sibuk nak tolong pilihkan untuk mummy ye...


Sesi memilih lobster.
Lobster yang I pilih dah
kena tangkap pun.


Mr Lobster...


Our dinner...


Hubby's...
BBQ Rib
.


Mine. Lupa la pulak nama masakannya.
Half with mushroom and cheese and another half with garlic.

Isyraf punya makanan takde sebab dia dah makan masa kat umah. Lagipun masa tu dah pukul 9 p.m macam lewat sangat lak kalau nak bagi Isyraf makan. Tapi sian gak tengok Isyraf yang terkebil-kebil tengok Mummy ngan Daddy makan. Nanti bila Isyraf dah besar, Mummy and Daddy bawak pegi makan sedap2 k...


Cubaan nak amik makanan Mummy.


Waiter yang sangat rajin melayan Isyraf.