Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, November 30, 2009

Jalan-Jalan Cari Makan 2

Warning!!!

Entry ini dipenuhi dengan gambar makanan. Kalau tengah lapar dinasihatkan agar tidak meneruskan pembacaan kerana ia mungkin akan mengakibatkan rasa lapar yang kronik. :p

Another entry about makan. Hehehe... Nampak sangat kuat makan, camane la nak kurus. Ada tak sesiapa yang boleh bagi cara2 untuk kurus tanpa perlu stop or kurangkan makan? I nak kurus tapi dalam masa yang sama nak gak makan sedap2. Camane tu ek?

Hari esoknya, which is Thursday Hubby lak belanja makan (padahal memang selalunya dia yang belanja makan). Kali ni kitaorang pegi makan kat Restoran Nelayan Titiwangsa lak. Masa pegi makan tu memang takde orang sangat, maklumlah malam raya. Kalau tak selalunya memang ramai orang kat sana especially kalau kat area buffet.

Alamak dah tak tau la nak cite apa, so I tepek gambar je la ek.


Muka suami yang terpaksa rela melayan nafsu makan si isteri


Budak ni sibuk main sendiri masa mummy ngan daddy dia sibuk makan.
Baik sungguh ini budak, memang bole di bawak ke majlis selalu la
provided majlis tu tak berlangsung di dalam keadaan yang panas.


Makanan untuk 2 orang


Lemon Chicken



Skinless Butter Prawn
My Favourite!!!


Ikan Kerapu Sweet Sour


Gambar sayur, I tak amik la pulak.

Jalan-Jalan Cari Makan 1

Ni cerita last week tapi baru sempat nak update hari ni. Last Wednesday I ajak Hubby pegi makan kat Chili's One Utama. Saje je I nak belanja Hubby, konon2 nak celebrate gaji dah masuk. Ntah apa2 ntah, cam baru dapat 1st salary je. Hehehe... Rasa cam dah lama tak dapat gaji kot, tu yang beria nak celebrate. Maybe sebab last monthnye gaji dapat awal sangat kot, tu yang rasa cam dah lama tak dapat gaji.

Hari Rabu tu after maghrib, baru la kitaorang gerak pegi OU. Sampai2 kat sana kitaorang terus pegi Chili's tapi masa tu meja kat non smoking area semua dah penuh, so terpaksa la tunggu. After dah register nama kat waiting list kitaorang pegi jalan2 kat Toys"R"Us. Rasa cam nak pengsan je tengok toys untuk baby. Kalau I millionaire memang I beli semua untuk Isyraf, tapi apakan daya I bukan millionaire. Huhuhu... Actually I sangat2 la nak belikan jumperoo untuk Isyraf, tapi mahal sangat la. Macam tak berbaloi je kalau beli, tapi macam best je kalau dapat belikan untuk Isyraf. Nak beli ke tak ek? Alangkah bestnya kalau I duduk kat US, barang2 Fisher Price tersangat la murah kat sana. Ada sape2 tak nak pegi US, bagitau I ek boleh I kirim :p

Okaylah back to cerita makan2. Lebih kurang pukul 10 baru la kitaorang gerak pegi Chili's balik. Masa tu memang dah tak berapa ramai orang kat sana. Terus dapat table and mengorder secepat mungkin sebab dah lapar.

Muka happy sebab nak pegi jalan2


Our dinner


Malam tu Hubby and I dapat makan dengan tenang sekali sebab Isyraf dah tido masa makanan sampai. Elok je kitaorang abis makan dia terjaga. Lepas tu terus balik umah, tapi letih gak la Hubby nak angkat stroller turun escalator sebab semua escalator dah distopkan. Lift lak dah kena tutup ngan roller shutter.

Thursday, November 26, 2009

Baby Products Tag

Tagged by : Amie & Hanin

5 expensive baby related product I don't regret buying

  • The First Years Close and Secure Sleeper with Airflow Positioner - Bagi I, Close and Secure Sleeper ni mahal sebab boleh guna sekejap je. Disebabkan Isyraf agak panjang, I cuma sempat guna benda ni dalam 2 months je kot. Lepas tu Isyraf dah tak muat nak tido dalam tu. Walau camane pun I tetap rasa benda ni best sebab Hubby and I boleh tido sekali ngan Isyraf atas katil tanpa perlu rasa risau terhimpit Isyraf. Maklum la baby baru lahir sangat la kecik, so sangatlah bahaya kalau terhimpit. Airflow Positioner tu pun best gak. Dia cam hold Isyraf, so Isyraf akan rasa macam sentiasa dipeluk la kot.
  • Bumbo Seat - Bumbo Seat ni I beli kat BabyJaya. A few days after tu I pegi My Dear Warehouse sale and kat sana harga dia 50 ringgit cheaper than kat BabyJaya. Masa tu rasa cam rugi sangat, ye la macam2 boleh buat apa ngan 50 ringgit tu. Bumbo Seat ni memang sangat2 membantu sebab Isyraf tak berapa suka baring. Selalunya kalau I tengah nak kemas umah, I akan masukkan dia dalam Bumbo Seat tu and letak dia depan tv. Selalunya Isyraf akan duduk diam sambil tengok tv. Kadang-kadang sampai tersengguk-sengguk Isyraf duduk kat situ.
  • Avent Out & About Set - Bagi I memang berbaloi-baloi la beli set ni. Avent breast pump tu sangat best. Walaupun manual je, tapi bagi I yang tak fully BF ni ok la kalau nak comparekan ngan harga pump tu. Ye la, kalau I beli breast pump yang mahal2 tapi masih tak berjaya nak fully BF cam membazir la pulak. Lagi satu yang best tentang set ni sebab dia ada cooler bag yang agak cantik.
  • Woodwards Baby 3 in 1 Infrared Thermometer - Thermometer ni best sangat2. Senang nak guna. Bole guna kat dahi or telinga. Kalau nak guna kat telinga pun, tak perlu nak tarik2 cuping telinga baby cam sesetengah thermometer. Before beli thermometer ni, I ada beli Infrared Ear Thermometer tapi bacaannya sangat la tidak accurate. Mula2 check, dia detect suhu sampai 38.3 lepas tu check sekali lagi dah jadi 36.8. Tapi kalau guna thermometer ni bacaannya memang consistent. Kalau ada beza pun dalam 0.1 or 0.2 je.
- ada 4 je la. kira ok la ek.

5 cheap baby related product I don't regret buying
  • Pureen Teether - Teether ni jenis yang isi air kat dalam tu. Isyraf suka sangat ngan teether ni. Kadang2 dia tak layan toys yang lain kalau dah dapat teether ni. Isyraf akan hisap, gigit, jilat and macam2 lagi la dia buat kat teether ni.
  • Little Bean Sterilizer - For me murah la sterilizer ni kalau nak dibandingkan dengan brand lain. Walaupun murah, I rasa performance dia sama je ngan sterilizer lain yang mahal2 tu.
  • Soft Toys - Soft toys Isyraf ada macam2 brand. So far dia suka je main semuanya especially yang ada cermin. Kalau dapat cermin tu, mesti dia senyum sorang2. Huhuhu... Mesti dia rasa cam dia chomel kot, tu yang dia senyum2 tu kot.
  • Sticker Baby Mickey - Sticker ni I beli kat kedai 2 ringgit. Ni bukan sticker yang kecik2 tu, tapi sticker yang besar. I tampal sticker ni kat almari baju Isyraf. Isyraf kalau nampak sticker ni, kalau tengah nangis pun bole senyum tiba2. Pastu cam borak2 ngan sticker tu. Chomel je I tengok. Huhuhu... Maybe dia ingat sticker tu kawan dia kot.
- ni pun ada 4 je. kira ok la ek.

Sekarang I nak tag:

- Cikpid
- Anita
- Ety

Di manakah Isyraf???

Start from monday, nursery Isyraf tutup sebab pengasuh2 semua kena pegi kursus. Adalah sangat tidak sesuai kalau I nak cuti the whole week. So I telah mengatur strategi untuk mengelakkan I amik cuti lama sangat. Tapi untuk langsung tidak mengambil cuti, adalah sangat2 mustahil. After discuss ngan hubby I pun amik la cuti untuk ari Selasa ngan Rabu yang lepas. So cuba teka di manakah Isyraf masa hari Isnin ngan hari ni? Ntah apa2 ntah I ni, nak ajak orang main teka-teki la pulak.

Mesti takde orang tekakan. Jadinya biarlah I berterus-terang. Isnin aritu I hantar Isyraf pegi umah my mom. Nasibla monday tu my mum cuti, so save cuti I sehari.

Hari ni pulak I bawak Isyraf pegi ofis. I berani bawak Isyraf datang ofis ari ni sebab ramai yang amik cuti. Sekarang ni Isyraf tengah tido. Setakat ni dia takde la meragam or buat perangai. Main sorang2 je dia. Nangis bila nak susu or nak tido. Good boy betul la anak mummy ni. Lain kali boleh bawak datang ofis lagi. Hehehe... :p

Monday, November 23, 2009

Babysitter vs Nursery

Hello everyone...

I rasa isu nak antar baby kat mana after maternity leave adalah dilema bagi semua working moms. I dulu pun masa dah nak abis maternity leave, tersangat la susah hati sampai nangis2 fikir nak hantar Isyraf kat mana. Sampaikan I terfikir nak amik unpaid leave. Tapi kalau I amik unpaid leave maybe ada masalah lain lak melanda. Lagipun I baru je join keje kat tempat I keje sekarang, and my unit tengah kekurangan staff. So nak tak nak I kena gak hantar Isyraf kat babysitter and nursery.

Mula-mula I memang nak hantar Isyraf kat nursery yang dekat ngan ofis I, boleh I pegi jenguk2 dia during lunch time. Tapi masa tu kes H1N1 tengah hot. So I rasa sangat la tak selamat nak antar Isyraf pegi nursery. After discuss ngan Hubby, kitaorang pun agreed nak hantar Isyraf kat babysitter. Masa tu tinggal lagi 2 minggu my maternity leave nak abis. Kelam kabut gak la kitaorang nak carik babysitter. At last dapat la gak babysitter untuk Isyraf. Mula2 I rasa lega gak sebab dia just jaga Isyraf sorang je.

First day I antar Isyraf, I dah rasa tak berapa best. Hari tu I terlupa nak bagi plastik bag untuk baju kotor, dia boleh pegi sumbat baju kotor Isyraf sekali ngan baju yang belum pakai. Memang la dia ada letak changing mat in between, tapi salah ke kalau dia guna plastic bag dia dulu.

Lepas tu I start perasan yang Isyraf tak berapa nak minum susu. Meraung2 bila I nak bagi susu, macam la I nak suapkan dia racun. Isyraf lebih prefer minum plain water dari susu. Then I tanya la babysitter tu, kalau kat umah dia Isyraf minum tak susu. Dia kata ok je Isyraf minum susu. I pun confuse sampai I cakap kat Hubby Isyraf pandai berlakon. Ye la kat umah sendiri tak nak minum susu, tapi bila kat umah babysitter bole je minum susu.

Lagi satu yang I tak puas hati dengan babysitter ni, dia suka buat decision sendiri tanpa tanya I. Ada sekali tu I bagi dia susu baru (Mamex Gold) untuk Isyraf (Isyraf susah nak serasi ngan susu, so masa tu paed suruh try susu Mamex Gold tu), and I suruh la dia bagi susu tu kat Isyraf and stop bagi susu lama (Lactogen). Bila I balik keje, I tanya la dia ok tak Isyraf minum susu. Dia boleh cakap Isyraf tak suka susu Mamex tu, so dia maintain bagi Isyraf susu Lactogen. Masa tu memang I angin sangat-sangat. I maybe tak kisah dia buat camtu if dia call I and tanya boleh tak kalau dia nak bagi susu Lactogen sebab Isyraf tak nak minum Mamex. Kalau takut abis credit, sms je la and I'll call her back.

Tahap kesabaran I reached to the maximum level bila one day tu I balik keje, I nampak ada buaian tepi playpen Isyraf. Bila I tanya, dia kata dia tidurkan Isyraf dalam buaian sebab Isyraf meragam. Memang masa tu I rasa nak maki je dia. Maybe bagi certain orang tidurkan baby dalam buaian, benda kecik tapi bukan pada I and my Hubby. Kitaorang tersangat la takut ngan isu Shaken Baby Syndrome. Hari tu gak I nekad nak antar Isyraf kat tempat lain.

Start dari hari tu bermulalah mission nak carik nursery or babysitter baru. Sampai la I terjumpa nursery dekat dengan umah I. Ok la gak nursery ni, tak ramai sangat baby, lagipun nursery ni berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Bila dah confirm nak hantar Isyraf kat nursery tu, I pun bagitau la babysitter Isyraf. I just bagi reason yang I selalu lambat pergi kerja sebab nak pegi umah dia banyak sangat traffic light.

Before start antar Isyraf pegi nursery, I amik cuti seminggu sebab I nak train balik Isyraf minum susu macam biasa. Letih gak la I nak train Isyraf. So Isyraf start duduk nursery 6/11/2009. Masa start antar Isyraf kat nursery, dia memang tak berapa nak minum susu lagi tapi takde la sampai meraung-raung.

First 2 days Isyraf kat nursery, masa I amik dia waktu petang dia menangis tersedu-sedu walaupun tengah tido. Sampaikan second day tu Isyraf terus hilang suara. Dekat seminggu gak la Isyraf takde suara. Waktu tu kalau Isyraf tido, I kena duduk je sebelah dia sebab I takut tak dengar kalau dia nangis. Memang I kesian sangat kat dia. Masa tu sekali lagi I rasa nak amik unpaid leave. Start hari ketiga, I tengok Isyraf macam dah okay duduk nursery. Masa amik pun dah tak nangis and Isyraf dah okay gak minum susu.

Setakat ni dah 2 minggu Isyraf duduk kat nursery. So far okay la gak, tapi takde la 100% puas hati, of course la ada a few things yang I rasa cam tak berapa best. Tapi just benda-benda kecik je, so kalau benda-benda kecik ni I malas nak melatah tak tentu pasal. Kalau nak puas hati 100% jaga sendiri la kot, baru puas hati. Ada la beberapa perubahan positif yang I nampak kat Isyraf sejak dia duduk nursery ni. Antaranya sekarang ni Isyraf dah kurang menjerit. Kalau menjerit pun, takde la sekuat dulu. Dulu masa Isyraf duduk ngan babysitter, memang dia selalu menjerit. Kadang-kadang Isyraf menjerit nyaring sangat sampai bingit telinga I. Taktau la kenapa, maybe sebab suara babysitter tu kuat kot. Huhuhu....

Kesimpulannya I rasa duduk nursery lagi okay dari duduk dengan babysitter. Tapi I takde la kata semua babysitter tak okay. Memang tak dinafikan ada je babysitter yang tersangat la baik, tapi nak carik yang macam tu memang tersangat la susah. Memang dah takdir Isyraf kena duduk kat nursery, I redha je. Hope orang-orang kat nursery tu akan jaga Isyraf sebaiknya.

Okay la sebagai penutup entry ni, nah tengok la gambar budak kecik yang pasrah je kena buli ngan mummy n daddy dia.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Hobi baru Isyraf. Suka sangat hisap jari.


Cubaan membuat sanggul pada Isyraf

Friday, November 20, 2009

Cinta Adam & Hawa

Hi...

Baru lepas tengok cite Nur Kasih pastu sambung tengok Muzik2. Yeay lagu Cinta Adam & Hawa dapat masuk final. Cite Nur Kasih pun ada watak nama Adam. Suka2... I suka sangat nama A.D.A.M. Macam best je nama tu. Dulu ada gak berangan nak bagi nama anak Adam, tapi Hubby x setuju.

So kat bawah ni I saja je nak tepek lirik lagu Cinta Adam & Hawa.

Cinta Adam dan Hawa
Terbit di syurga terang di jiwa
Menggerakkan nurani
Mencari kasih suci
Sehingga kita yg tertinggal saling damba
Sentiasa rasa sunyi bersendiri

Mana dia kekasih hati
Mana dia pujaan ku yang sejati
Dengarlah bisikan asmaraku

(Korus)
Cinta Adam dan Hawa
Satu bersama satu terpisah
Buat diriku tertanya-tanya
Cinta Adam dan Hawa
Satu harapan, satu sandaran
Buat diriku rindukan dia

Kau yang aku puja
Kau yg aku cinta
Kasihku di Firdausi

Cinta Adam dan Hawa
Terbit di syurga terang di jiwa
Menjadi saksi impian murni

Alamak Isyraf dah nangis nak susu la. Nak pegi layan dia la pulak.

Bye...

Thursday, November 19, 2009

Besar Kepala!!!

Title entry cam entry amarah je, tapi entry ni bukanlah entry amarah ye. In fact I sekarang ni tengah happy menanti waktu balik. Tak sabar nak jumpa Isyraf si busyuk masham. Actually entry ni nak cite tentang kepala Isyraf yang dah membesar bagai johan. I memang x perasan yang kepala Isyraf dah membesar sebab masa check up baru2 ni, nurse xde ukur lilitan kepala Isyraf. Malam tadi baru I tau yang diameter kepala dia dah membesar.

Citenye camni. Malam tadi, masa sembang2 ngan Hubby tetiba Hubby tanya I hari raya haji hari apa? So I jawab la hari Jumaat. Masa tu la gak I teringat nak try songkok Isyraf. Before ni ada gak a few times teringat nak try masa kat ofis, tapi bila sampai umah asyik la terlupa. So, I pun cepat2 la amik songkok Isyraf and terus sarungkan kat kepala dia. Dan I adalah terkejut sebab songkok tu dah x muat kat kepala dia.


Dari Ini:

I beli songkok ni kat jln TAR. Saiz 16 1/2.
Masa amik dia kat umah babysitter, I terus trykan kat kepala dia.
Longgar sikit, tapi tu je saiz paling kecik yang I jumpa


Ni lak masa kat umah. Try sekali ngan baju melayu dia.
Daddy dia la yang beria nak suruh anak dia pakai baju melayu siap ngan songkok masa hari raya ari tu.

@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@


Kepada Ini:

Tengok! Dah x bole nak masuk kepala dia yang x bape nak bulat tu.


Kalau pakai camni ok sikit kot.
Tu pun still ketat.
Sampai merah2 dahi, masa I nak sarungkan songkok ni.


Cepatnya baby membesarkan. Lebih kurang 2 bulan je gap, Isyraf dah x muat nak pakai songkok tu. And I x sempat nak pakaikan songkok tu masa songkok tu betul2 fit kat kepala dia. Huhuhu...

Okay la dah pukul 5 ni. I balik dulu. Bye

Gathering @ Paddington, The Curve

I dapat tau bout gathering ni dari blog Amie. Bila terbaca je entry bout gathering, I macam excited lak nak join. Actually I dah lama jadi SR blog mummy2 hot ni, tp x pernah tinggalkan jejak (Read : Comment). At first segan gak nak join sebab diaorang for sure x kenal I, I je yang kenal diaorang. Tapi kalau I x join, sampai bila2 pun x kenal.

So on Sunday tu I pun join la gathering tu. Gambar pun I x banyak amik, sebab still malu2 ayam gitu. Huhuhu... N most of the gambar yang Hubby amik bergegar2. (Ni la akibatnya kalau tangan dah terbiasa buat garisan lurus tapi bergerigi. Kononnya art la sangat). So ni je la gambar yang I bole share.


Borak time.
Anak I tido, so I pegang anak orang lain.


Mommies yang suke berposing


Daddy2 yang 'comel'.
Yang x pegang anak tu, xde anak ke?


Mommies, babies n strollers.
I ngan Amie je pandang camera. Yang lain semua tengok Kyra.


Kalau nak tengok lagi gambar2 during gathering ni bole tengok kat sini, sini dan sini.

Tuesday, November 17, 2009

Meniarap

I dah lama sangat nak tengok Isyraf meniarap bila dengar orang lain yang babies diaorang same age dengan Isyraf dah meniarap. Ada yang as early as 2 months dah pandai meniarap (to be specific - Adzryl - baby Anita), dan mostly masa 3 months +. I selalu risau bila Isyraf x jugak meniarap bila dah masuk 4 months. Jangankan meniarap, mengiring pun x nak.

I punya risau la sampai I tanya paed kenapa Isyraf lambat sangat nak meniarap. Paed tu cakap memang ada certain baby yang M.A.L.A.S. So maybe Isyraf termasuk dalam kategori tu. Tapi I cam x sanggup je nak kata anak sendiri malas. Kan kata-kata ibu tu satu doa. Kang anak aku betul-betul jadi pemalas, I gak yang susah. So untuk sedapkan hati sendiri, I cakap ngan Hubby maybe Isyraf x meniarap lagi sebab dia x berapa ada tenaga. Ye la Isyraf start dari 2 months + dah x berapa nak minum susu. Asyik nak minum plain water je. Baru-baru ni je dah ok. Maybe lain kali I'll write about Isyraf + susu. Sangat la susah nak carik susu yang sesuai dengan dia (ni la nasib baby yang x fully breastfeed).

So last Saturday after dah siapkan Isyraf, I letak dia atas katil I while I kemaskan baby cot Isyraf. Masa I nak kemas tu I tengok Isyraf tengah sibuk mengiring, so I buat x tau je la. Bila I dah siap kemaskan baby cot dia and I turn balik tengok dia, Isyraf dah meniarap sambil tersengih-sengih pandang I. Tapi x lama lepas tu dia terus merengek sebab tangan dia tersepit kat bawah badan dia. So I pun cepat-cepat betulkan tangan dia. Then I terlentangkan dia balik and suruh dia meniarap. Tapi dia buat xtau je and terus buat muka cam nak tido.


Muka happy dapat meniarap


Petang tu lak, I letak dia kat atas comforter depan tv. Then I bangun nak pegi toilet. Bila I kuar toilet and pegi balik kat dia, I tengok dia dah tertiarap.


Cubaan nak amik susu kot


Dua kali tu je la I nampak dia meniarap, lepas tu xde dah. Semalam masa amik kat nursery I tanya ada x dia meniarap? Orang nursery cakap ada la sekali tu pun dia sedar2 dah tertiarap je. Memang baby camtu ek? Mula-mula meniarap x nak tunjuk kat orang. Ke Isyraf sorang je camtu. Sebabnya lepas I dah nampak dia meniarap tu, I memang asyik dok perhatikan dia je. Nak tengok proses dia meniarap tapi memang x dapek la. Attempt nak meniarap tu memang ada tapi asyik x boleh je.

Apa-apa pun wo hen gaoxin.

Monday, November 16, 2009

Ditinggalkan

Hi...

As usual every monday mesti rasa bosan and malas nak keje. Lagi-lagi sekarang ni I ditinggalkan keseorangan. My room partner dah pegi Penang, ada kursus kat sana. Unit I, I sorang je x pegi. Huwaaa... Actually nama I dah tercalon untuk pegi kursus tu, tetapi disebabkan Isyraf sanggup je I x pegi. X sanggup I nak tinggalkan Isyraf dengan Daddy dia for 2 nights.

Kadang-kadang ada gak bisikan halus syaiton, suruh I pegi je kursus tu. Ye la kalau I pegi kursus tu, confirm I akan dapat tido tanpa gangguan budak kecik nak susu tengah-tengah malam. Huhuhu... Tapi bila fikir balik, bole ke I tido kalau asyik teringat je kat budak chomel itu (suka-suka hati je puji anak sendiri).

Actually banyak benda nak cite tapi cable handphone x bawak la pulak. Nak cite about Isyraf yang dah bole meniarap (syabas beta - baca ala-ala cite hindustan k) and about gathering semalam. Memang best la gathering semalam. Mula-mula I cam segan, tapi mereka-mereka (Sue, Amie, Anita,Wina and Hanin) tersangat la friendly. My Hubby pun cam enjoy borak-borak with their hubbies. Selalunya my Hubby cam anti sosial sikit (suka-suka je nak kutuk laki sendiri. ampunkan Honey ye B). Sebab selalunya my Hubby susah nak ngam or borak-borak ngan orang yang dia baru kenal.

K la hope tomorrow I ingat nak bawak cable hp, so bole la I upload gambar I lak. Tapi I x banyak sangat amik gambar sebab segan. Huhuhu... Lain kali maybe dah x berapa segan sangat kot. Hopefully.

Friday, November 13, 2009

Sogo Warehouse Sale

Lunch tadi (lunch la sangat, kalau kuar ofis pukul 10.45 pagi boleh x considered as kuar waktu lunch?), saya ngan Nani pegi Sogo Warehouse Sale. Mentang-mentang la boss xde, suka-suka je kitaorang kuar pegi shopping time office hour. Dah macam kitaorang lak boss. Tapi kalau boss ada pun, saya teeetap akan keluar awal. Malas la kalau waktu lunch baru terhegeh-hegeh nak pegi, mesti ramai orang. Lagipun nafsu untuk bershopping tu memang x dapat nak ditahan-tahan lagi.

Setelah puas mengular kat Sogo kitaorang pun berasa insaf dan kembali pulang ke ofis. Overall memang best giler la Warehouse Sale ni. Memang murah dan berbaloi-baloi. Kalau kat bahagian barang baby memang hampir sawan saya jadinya, rasa macam nak beli semua je. Huhuhu...

Bila dah abis membeli-belah, baru saya terperasan yang saya cuma beli barang saya ngan Isyraf je. Takde satu pun barang Hubby. Kesian sungguh suamiku itu. Sori ek B..

Tapi yang menjadi kerisauan serta kebimbangan saya di kala ini adalah camane mana nak bawak barang yang sebeban tu naik lrt. How? How? How? Tu la sapa suruh shopping x ingat dunia. Padan muka saya.

Setelah difikir-fikirkan half of the barang, akan ditinggalkan kat ofis. Disebabkan hari Isnin saya akan drive pegi keje, so barang2 yang ditinggalkan itu akan kubawa pulang pada hari Isnin. Hopefully barang tu masih ada sampai hari Isnin nanti. Kalau hilang, meraung la saya. Weekend ni lak ingat nak ajak Hubby pegi sale Mothercare kat BSC. Tengok la nanti camane.

First time swimming

Last weekend my cousins datang lepak umah with my grandma. Pagi2 Ahad tu diaorang sibuk nak mandi swimming pool. So dalam pukul 9.30 p.m camtu saya pun temankan la diaorang turun pegi swimming pool. Isyraf pun join sekali. Actually dah lama berhajat nak bawak Isyraf pegi swimming tapi asyik tertangguh je. Float Isyraf dah lama dah saya beli. At first my grandma membebel gak sebab saya nak bawak cicit dia yang baru 4 bulan tu pegi swimming. Tapi saya bawak gak (degil sungguh ini budak). Huhuhu...

Mula-mula saya masukkan dia dalam swimming pool tu, dia cebik-cebik and then nangis sikit sebab sejuk. Tapi bila dah lama sikit, nampak cam dia enjoy je swimming. Just budak-budak tu je yang mandi, saya ngan Hubby lepak tepi kolam amik gambar.


Muka takut mula-mula masuk air


Dah syok, mula la buat muka kerek dia


Seronoknya dia mandi


Ni la my cousins yang setia menemankan Isyraf swimming.
Ke sebenarnya Isyraf yang temankan diaorang?


"Best Mummy. Jom la join Isyraf swimming"


Ni keje Daddy dia. Sian anak saya asyik kena buli je


Lama gak Isyraf duduk mandi dalam swimming pool tu, saya angkat dia kuar pun sebab saya tengok bibir dia dah biru. Huhuhu...

Lepas angkat dia, terus bawak dia naik atas then mandikan. Lepas mandi, bagi susu and dia pun terus tido. Hubby lak still kat bawah monitor my cousins.

Melaka - Part 2

On the second day, pepagi lagi kami sefamily dh bersiap2, Isyraf yang still nak sambung tido pun kena paksa bangun. Huhuhu... Mula2 kami pegi breakrfast dulu. After breakfast terus pegi ke Animal Safari and beli tiket. Harga tiket RM 49 per person termasuk lunch. Ok la gak. Xde la mahal sangat.

Masuk2 je terus nampak 2 ekor harimau diaorg letak kat entrance if ada org yg interested nak amik gambar ngan harimau itu. Sampai kat souvenir shop, Hubby belikan topi untuk Isyraf.


Ni la harimau yang diaorang letak dekat entrance.
Actually x bole amik gambar, tapi Hubby amik gak curi2.
Haip! Biasa dia ni, orang x bagi amik, dia nak gak amik


Ni la topi yang Daddy dia belikan.
Muka cam x ikhlas je pakai topi ni


Masa Kitaorang masuk tu, Bird Show dah nak start. So terus je pegi tengok Bird Show. Tapi on the way nak pegi Bird Show tu sempat gak amik gambar binatang2 yang ada sepanjang laluan tu. Best giler Bird Show dia.


Burung ni pandai mengira.
Ni dia tengah nak amik nombor untuk jawab soalan.


Burung helang yang tengah makan daging dengan rakus sekali


Saya suka gambar ostrich ni.
Maybe sebab dia pandang kamera kot.



Lepas tengok Bird Show, kitaorang naik Safari Truck. Safari Truck ni dia bawak masuk area binatang yang dilepaskan bebas. So dapat la tengok Zirafah, Singa, Harimau, Unta, Lembu, Rusa, etc secara live. Dalam banyak-banyak binatang tu saya paling kesian kat Singa. Dah la ada 2 ekor je, pastu kurus sesangat and macam sakit je.


Kesian tengok singa2 ni. Kurus sangat.
Singa yang baring kat bawah tu lak, mata dia cam luka


Orang yang bawak Safari Truck tu kata harimal ni berasal dari Afrika.
So saya rasa harimau ni tengah teringat kampung halaman dia la kot.


After naik Safari Truck tu, kami pegi tengok Wild-Wild West Show. Best la gak show ni, tapi banyak sangat bunyi meletup-letup. Nasib baik Isyraf x terkejut.


Wild-Wild West Show


Lepas Wild-Wild West Show, pegi tengok Multi Animal Show. Show ni ada macam-macam binatang yang buat show, antaranya Kerbau, Beruang, Orang Utan, etc. Kesian gak saya tengok binatang-binatang ni kena buli ngan manusia. Yang paling kesian Orang Utan la, diaorang siap pakaikan swimming suit lagi kat Orang Utan ni and buat teteks yang agak besar la gak untuk Orang Utan tu. Memang x patut betul.


Beruang yang pandai naik scooter


Orang Utan lak pandai naik basikal


Orang Utan ni gak pandai main golf


Lepas tengok show tu, kitaorang pegi makan. Malas nak pegi tengok Elephant Show or Monkey Island, sebab takut nanti lambat sangat lak nak balik KL. Lepas makan, kami pun bertolak la balik KL.

Melaka

Saya tau entry ni dah basi berkulat, siap expired lagi. Tapi saya tak kira nak gak buat entry ni.

My Hubby keje 6 days a week, dh ala2 bangla lak. Bosan gak sbb jarang dapat g jln2. So disebabkan Deepavali aritu was on Saturday, so Hubby dapat extra cuti la. Saya pun amik la kesempatan tu ajak Hubby g holiday. At first saya ajak Hubby g Bukit Tinggi, tp Hubby cam tak agree je, so saya ajak Hubby g A Famosa Resort. Nasib la Hubby setuju.

Pagi2 Sabtu tu kami sefamily (me, Hubby and Isyraf) pun gerak la dari umah. Xde la pagi sgt pun, around 11 a.m, singgah lunch and sampai Alor Gajah around 2 p.m. Tp xleh nak check in lagi sbb bilik x ready. So terpaksa la tunggu kat lobby. Dlm pukul 3 gak la baru leh check in, tu pun sbb akak receptionist tu dh kesian tgk Isyraf buat macam2 aksi.


Anak ngan bapak yang kebosanan tunggu bilik


Masuk2 je bilik Isyraf and Hubby terus tertido. Half an hour lepas tu, Hubby bangun n ajak g Bandar Melaka. Susah ok nak carik A Famosa. Berpusing2 kitaorg kat area town tu tp x jumpa2 gak. Signboard mmg kurang (x pasti lak klu saya yg x nampak), and klu ada pun agak kecik. Saya dh la rabun, camana la nak baca signbord kecik2 ni. After tanya beberapa orang kat tepi jalan, baru la kitaorg A Famosa yang dicari2.

Bila dh jumpa tu baru la saya tau nape susah sgt nak jumpa. Rupanya tempat tu dh developed sgt2. Masa pegi kecik2 dulu, sekeliling tempat tu just ada rumah2 kedai je, tp sekarang macam-macam ada.

Benda pertama yg kami tuju adalah beca. Maklum la kat KL mana ada beca2 ni. Kesian gak kat pakcik beca yg bawak kitaorg tu, mesti dia penat. Almaklumlah saya ngan Hubby ni bukannye tergolong dlm golongan yang ringan. Tp pakcik tu memang sporting sgt. Dia banyak gak tolong amik gambar kitaorg.


Ni la beca yang kitaorang naik


Tengok la muka pakcik yang bawak beca tu
Cam termengah-mengah je. Kesian pakcik...


After naik beca tu kitaorg pusing2 jap kat area Bandar Melaka tu. Tp x lama la pusing2, shopping pun x sempat sbb masa tu dh nak dekat senja. Then terus bergegas kitaorg balik Alor Gajah kembali sbb plan nak g Cowboy Town malam tu.


Cak...


"Meriam ni besi ke plastik ek?"


Sampai hotel, siap2 terus kuar balik ingat nak g Cowboy Town. Masa kitaorg sampai kat ticketing counter dh around 9 p.m., rasa cam membazir je klu nak masuk memandangkan byk show dh start. So kitaorg cancelkan je la hasrat nak masuk Cowboy Town tu. Klu tau nak jadi camni, baik shopping je kat Bandar Melaka tadi xpun ajak Hubby g makan2 kat Umbai. Lepas tu kami terus g makan n lepak2 tengok tv kat hotel.

Ok la untuk cerita esoknya saya sambung next post la ek.

Wednesday, November 11, 2009

Bengkel @ Grand Season

Hari ni saya ada bengkel kat Hotel Grand Season. Another mengular session. Huhuhu... Saya sebenarnya suka je gi bengkel or seminar or kursus or whatever la. Sebabnya boleh dapat makan free. Especially kalau kat Grand Season ni laaaaaagi la saya suka, sebab makanannya amat enak.

Tapi kesian kat partner saya yang duduk sebelah saya kat ofis tu, selalu je kena tinggal ngan saya. Dah la kami ni duduk terpinggir jauh dari kengkawan yang lain. Tapi xpe, next week dia lak tinggalkan saya. Dia ada kursus kat Penang for 3 days. Lagi syiok. Kan Nani?

Opss bengkel dh nak start la. Later2 la saya update lagi.

Update:
Saya dapat pendrive free lagi tapi 2GB je la. Aritu dah dapat masa NAFAM, ni dapat lagi. So saya bole la start hobi baru iaitu buat collection pendrive. Huhuhu...

Tuesday, November 10, 2009

Terlepas Stesen

Hari ni saya pegi keje naik lrt. Actually sejak dah ada baby ni memang selalu saya pegi keje naik lrt. Before this memang Hubby akan antar sampai ofis, tp sekarang mmg jarang la Hubby hantar sampai ofis. Selalunya lepas antar Isyraf, memang jalan dah jem, so kalau nak naik kete pegi ofis memang akan merahlah punch card ku.

So as usual pagi ni saya pun naik la lrt dari Sentul Timur. Selalunya saya akan turun kat Sultan Ismail, tapi pagi ni masa sampai kat Sultan Ismail saya boleh buat bodoh je. Hari ni lama lak lrt berenti kat situ, so saya pun cam wondering la nape la lrt ni berenti lama sgt ni. Saya pun tengok2 la kalau2 ada orang baru nak naik ke apa ke. Masa tu la saya terpandang signboard "Sultan Ismail" kat salah satu tiang kat stesen, and baru saya tersedar yang sepatutnya saya turun kat stesen tu. Masa tu pintu lrt x tertutup lagi, kalau saya nak keluar memang sempat la. Tapi malu punya pasal saya pun buat bodoh je la (ntah apa-apa je saya ni kan).

Akhirnya saya pun turun la kat next stesen which is Bandaraya. Maybe saya jadi macam ni sebab dah lama x naik lrt pegi keje kot. Last saya naik lrt pegi keje adalah on Thursday last two weeks kot, and after tu saya cuti sampai last Thursday. Last Friday ngan semalam Hubby yang antar saya pegi keje.

Sebenarnya apa motif yang saya cuba sampaikan kat sini pun saya x bape pasti. Lantak la janji ada post. Huhuhu... K la nak pegi meeting ni.

Friday, November 6, 2009

Manhattan Fish Market

Source : Google

Minggu lepas (x ingat lak hari apa), saya saje je ajak Hubby makan kat Manhattan Fish Market kat Ikano. Selalunya kalau pegi sana, mesti kitaorang makan kat Waroeng Penyet. Nasib la Hubby setuju nak makan kat MFM. Actually ni first time saya nak try makan kat MFM. Before ni dah banyak kali gak cam nak pegi makan kat MFM tapi asyik x jadi je.

Makanan yang kami order adalah seperti di gambar2 berikut ek.

Sweet Alabama Smoothie


Mushroom Soup & Clam Chowder


Flaming Platter


Grilled Catch of The Day


Opss... Ni bukan makanan, tp ini budak yang nyenyak tido while
mak bapak dia sibuk melantak.
Huhuhu..
.

Sedap gak la makanan kat MFM ni. Lepas ni bole pegi lagi. Lepas makan tu ingat nak pegi jalan2 tapi x sempat sebab dah pukul 10 mlm. Balik rumah je la jawabnya.

A few days after that, Hubby ajak pegi makan kat Waroeng Penyet lak. Huhuhu... Tapi x amik gambar la pulak. And saya adalah kecewa sebab Jus Alpukat xde.