Wednesday, December 9, 2009

Chronology FM Isyraf

Hari ni I nak cite tentang susu2 yang pernah ditry oleh Isyraf. Disebabkan milk production yang kurang memberangsangkan I terpaksa gak bagi Isyraf minum FM. Akan tetapi I still lagi BF Isyraf sampai ke hari ni tapi setakat yang ada je. Yang selebihnya terpaksa ditop up menggunakan FM.

Nak dijadikan cerita Isyraf ni sangatlah susah nak serasi nak FM. I tahu yang Isyraf tak sesuai ngan FM tu sebab Isyraf susah nak poo poo. Rekod setakat ni, Isyraf pernah tak poo poo sampai 6 hari. Selalunya 3 or 4 days baru Isyraf poo poo. So far dah 7 jenis FM yang I bagi kat Isyraf. Syukur alhamdulillah akhirnya dapat gak jumpa FM yang serasi ngan Isyraf.

First FM yang I bagi kat Isyraf ialah Frisolac Gold. Mula2 okay je Isyraf minum susu ni, tapi lama2 jadi tak okay.




Then I try S26 Gold lak. Lagi tak okay. Bukan setakat jarang poo poo tapi Isyraf cam sembelit. Masa ni I terus bawak pegi jumpa doctor, tapi doctor kata bukan sebab susu. Walaupun doctor cakap bukan sebab susu and it's normal I tetap gak risau. So after discuss ngan Hubby kitaorang pun decide untuk tukar susu sekali lagi.



Lepas tu I try lak Enfalac A+. Pun tak okay gak. Still jarang poo poo and ditambah ngan masalah Isyraf susah nak tido bila minum susu ni. Isyraf cam kepanasan bila minum Enfalac A+.




Then ada lak orang suggest try guna FM yang murah sikit. Diaorang kata memang ada certain baby yang tak sesuai ngan FM yang mahal. I bukan la kaya sangat nak bagi FM mahal2 kat Isyraf, tapi I nak yang terbaik untuk Isyraf. Biar I tak makan pun takpe asalkan Isyraf dapat yang terbaik. So I pun try la susu Lactogen.




Mula2 okay la gak guna susu Lactogen. So I pun beli la 2 tin besar. Satu kat umah and satu lagi letak kat umah babysitter. Tetiba 6 hari Isyraf langsung tak poo poo. Masa ni I memang sangat2 la risau. So I bawak Isyraf pegi jumpa paed kat P*****i. Boleh tak paed tu kata kat I "Biasa la tu budak2. Kadang2 ada yang sampai seminggu tak berak". Hangin je I rasa masa paed tu cakap camtu, dah la tu lepas tu caj I sampai RM65 hanya untuk advice bodoh dia tu.

Disebabkan I tak puas hati ngan paed P*****i, I pun pegi bawak Isyraf pegi Damai Service Hospital. Tapi masa I datang tu dah malam and paed kat Damai dah balik. So I jumpa doctor biasa je dulu. Doctor tu pun suggest kat I guna susu Mamex Gold sebab susu ni ada Oligosaccharide yang boleh lembutkan najis and kerapkan poo poo.




I ada gak tanya kat doctor tu samada perlu ke I try soy-based FM, tapi doctor tu kata Isyraf tak allergic ngan susu lembu so soy-based FM adalah last resort. Means that kalau semua susu lembu dah cuba and masih tak sesuai then baru la try susu soya lak. Malangnya susu Mamex Gold ni masih tak menyelesaikan masalah Isyraf yang susah poo poo.

So I bawak la Isyraf pegi jumpa paed lak kat Damai. Oh ye terlupa lak nak cite selain dari susah nak poo poo, Isyraf gak selalu colic. Tapi walaupun perut dia kembung, dia takde lak merengek2 or nangis tak berhenti. I lak yang kesian tengok Isyraf sebab perut dia besar bulat semacam je. Kadang2 I tengok cam nak meletup pun ada perut Isyraf. Nauzubillah. So paed tu kata maybe Isyraf ada masalah lactose intolerance tu sebabnya Isyraf asyik colic je. And sekali lagi I terpaksa mencuba susu baru untuk Isyraf which is Novalac AC. Susu ni memang khas untuk budak2 yang colic.


Ni bukan gambar packaging kat Malaysia


Bila guna susu ni, Isyraf dah takde la selalu sangat colic tapi masih lagi 3 hari sekali baru poo poo. I still rasa tak puas hati so I bawak balik Isyraf jumpa paed tu. So paed suruh try susu Novalac IT lak. Susu ni memang khas untuk baby yang ada masalah constipation.



Alhamdulillah akhirnya dapat gak jumpa susu yang sesuai ngan Isyraf. Start minum susu ni boleh dikatakan everyday Isyraf poo poo. Sometime sampai dua kali sehari. Paling lama pun Isyraf tak poo poo adalah dalam 2 hari. Cuma satu je la kekurangan susu ni, susu ni takde DHA, AA etc.

p/s : gambar semuanya adalah hasil googlelan

GEMUK!!!

I rasa masalah berat badan terlampau adalah dilemma bagi kebanyakkan ibu2 baru bersalin. Hanya ada a few je yang betul2 bertuah boleh dapatkan balik their anak dara weight. Dengan dukacitanya ingin dimaklumkan disini bahawa I adalah salah seorang mangsa yang mengalami masalah berat badan terlampau itu. I juga merupakan seorang pengumpul lemak2 degil yang teramat susah untuk disingkirkan dari perutku ini.

Dan sekarang I dah rasa bosan ngan kegemukkan I ni di samping baaaaanyak sangat baju yang dah tak berapa nak muat so I pun bertekad nak kuruskan badan. Penat la everytime try baju nak kuar dating ngan Hubby kebanyakkannya just muat2 je nak sarung, haruslah dah macam sarung nangka baju tu. And takkan la nak kuar pakai maternity pant + maternity blouse. Kang ada lak yang ingat I dah pregnant anak no 2 lak.

Jadinya langkah pertama yang I amik adalah dengan meletakkan ticker kat sidebar blog ni. I target nak turunkan dalam 15 kilos. Harap2 ticker ni akan menjadi sumber inspirasi I untuk turunkan berat badan.




Langkah kedua lak adalah dengan mendapatkan bantuan produk yang sesuai. I ni memang takde masa nak exercise. Ye la takkan la I nak bawak Isyraf pegi gym temankan I exercise, maklum la I takde maid kat umah ye kawan2. Kalau nak harapkan Hubby jaga Isyraf, hari Ahad je la baru I boleh exercise (Hubby I keje 6 days a week). Kalau setakat seminggu sekali je exercise, taktau la bila baru I boleh kurus. Kalau nak pegi gym waktu malam rasa cam tak best lak, sebab siang I dah keje so malam je la I dapat spend time ngan Isyraf and Hubby.

Disebabkan sekarang ni boleh dikatakan kebanyakkan blogger yang cite tentang cara2 kuruskan badan ramai yang consume Nutrimeal so I pun telah terjebak sama la di dalam menggunakan produk USANA ni. Oleh itu dengan ini I dengan berbangganya nak bagaitau I sekarang adalah pengguna dan juga dealer USANA.




So sape2 yang berminat nak tau lebih lanjut tentang USANA or berminat nak try produk USANA janganlah malu2 nak email I di ielya.reha@gmail.com.

Tuesday, December 8, 2009

Entry yang terlewat...

Sungguh I busy last week sampai tak sempat nak update blog. Actually banyak sangat benda nak citer tapi tak sempat, sampaikan tak sempat nak buat entry on Isyraf's 5 months birthday. Sorry ek sayang, mummy busy sangat2.

Malas nak taip panjang2, so ari ni I nak buat entry penuh ngan gambar. Before tu I nak bagitau awal2 ni yang semua gambar ni dah dikira outdated sebab ni gambar2 masa raya haji ari tu. Tapi I tetap gak nak upload. Hari raya haji aritu Hubby and I memang dah plan nak balik kampung after sembahyang raya, tapi last minute cancelled sebab after calling2 with my aunty and uncle semua orang cam malas nak balik kampung. I pun kuarkan camera and buat sessi photoshoot bersama Isyraf, so janganlah bosan lak ek sebab entry ni penuh ngan gambar Isyraf jek. Nak buat camane memory I ni memang dah full ngan Isyraf je sampaikan rasa cam takde benda lain yang lagi menarik melainkan Isyraf.


Ni actually gambar masa Aidilfitri, saje2 upload


Ni pun gambar masa Aidilfitri. Masa ni songkok tu still longgar kat kepala Isyraf


Ni gambar raya haji. Tengok la tu songkok pun dah tak muat

Besar dah anak bujang saya


Nape nganga mulut tu sayang


Isyraf sedih tak dapat balik beraya kat kampung.
Sebenarnya dia dah penat kena paksa berposing ngan mummy dia


Dah tak pakai songkok sebab asyik tercabut je


Senyum sampai senget2


Budak kecik ni dah semakin bulat.


Isyraf with mummy


Isyraf ngan Daddy.
Opsss.. ternampak pusat la pulak

Wednesday, December 2, 2009

ECA...Oh ECA...

Oh tidakkkk!!! Kenapa I tetap terlibat kena buat ECA (Elemental Cost Analysis) ni. Tolonglah dah setahun okay I tak handle projek. Sekarang ni I duduk kat unit ICT tau. Hehehe... Cam takde kena mengena je QS keje kat unit ICT.

Sekarang ni nak kena buat ECA la pulak. So bila kena buat keje berkaitan QS, rasa cam lembab sikit la. Malas betul nak buat taking off walaupun hanya sekadar nak kira GFA. Ada sesape tak kengkawan QSku yang sudi membantu? :p

Okaylah nak pegi cuba buat ECA ni. Tu pun kalau ingat lagi la camane nak buat.


Ni la dokumen kontrak yang perlu kuhadap untuk menyetelkan ECA. Huhuhu...

Sehari Bersama Isyraf

Before ni kan I ada bagitau yang Isyraf ikut I pegi office last Thursday. Now I nak cite lak apa yang Isyraf buat sepanjang hari Khamis tu.

Pagi2 lagi Isyraf dah bangun. After I dah siap, I lap2 badan Isyraf and pakaikan dia baju tebal sikit sebab office I tersangat la sejuk. Lepas tu terus gerak pegi office. Mula2 Hubby antar I kat office, I pun naik atas punch card then turun bawah balik sebab nak hantar Hubby pegi office dia lak. (Sila jangan tiru perangai tidak senonoh ini ye). Masa sampai kat office Hubby tu, dia ajak breakfast dulu so I ikutkan aje demi menjaga hati suami (padahal memang nak mengular). :p

Lepas breakfast, I pun drive la pegi office I balik. Nasib baik la I dah pinjam access card parking kakak office I, so bole la I parking kat office. Kalau tak kena la I park kete kat parking lot depan Pertama Complex. Kalau I sorang, memang I tak kisah nak parking jauh2, tapi kali ni Isyraf ada takkan la nak parking jauh2. On the way nak pegi office I, Isyraf pun sambung tido balik.


Budak kecik yang tengah tido on the way nak pegi office mummy dia


Sampai kat office lepas park kete, I terus kuarkan stroller then transfer Isyraf dari car seat ke stroller. I naik office guna goods lift sebab kalau guna lift biasa takut terserempak ngan boss. Nasib la takde terserempak ngan orang2 yang tidak berkenaan.

Dalam pukul 9 camtu, Isyraf bangun sebab dia dah poo poo. Lepas salin diaper dia, bagi dia minum susu. Lepas dah kenyang minum susu, Isyraf main sorang2 dalam stroller. Masa tu ada la sorang dua akak kat office ni datang tengok Isyraf.


Main sorang-sorang dalam stroller


Dah bosan main sorang2 dalam stroller, sibuk kacau mummy buat keje lak


Lebih kurang pukul 10.30, Isyraf tido balik. Isyraf tido tak lama, dalam pukul 11.00 dia bangun balik. Maybe sebab Isyraf excited nak kacau mummy dia buat keje. Tak lama lepas Isyraf bangun, dia kena kidnap ngan kakak office ni bawak Isyraf pusing2 office. Senyap je anak mummy tu.

Lepas I amik balik Isyraf, I bawak balik pegi tempat I bagi dia susu and dia pun sambung tido balik. Kali ni I tidokan Isyraf atas carpet je tapi berlapik la sebab dia macam tak selesa nak tido dalam stroller. Maybe sebab kalau siang dia tido meniarap and dia tak pernah lagi tido meniarap dalam stroller.


Sian anak mummy kena tido atas carpet je


Dalam pukul 1.00 camtu I pun balik (satu lagi perangai tak senonoh yang tak boleh diikut) sebab Hubby ajak lunch sesama. So pegi amik Hubby kat office and kitaorang pun pegi lunch kat Solaris Mont Kiara.

Lepas lunch ikut Hubby balik office dia lak. Kali ni Isyraf kena gomol ngan kengkawan Hubby lak. Sian anak I, dah lost count dah berapa ramai orang peluk cium dia hari tu. Dalam pukul 4 kitaorang pun balik la umah.


Daddy Isyraf keje kat site.
Ni salah satu bangunan yang tengah construct.
Actually ni pondok pengawal je (double storey tu)
Kalau pondok pengawal pun dah besar camtu, cuba la bayangkan main building besar mana la pulak

Monday, November 30, 2009

Jalan-Jalan Cari Makan 2

Warning!!!

Entry ini dipenuhi dengan gambar makanan. Kalau tengah lapar dinasihatkan agar tidak meneruskan pembacaan kerana ia mungkin akan mengakibatkan rasa lapar yang kronik. :p

Another entry about makan. Hehehe... Nampak sangat kuat makan, camane la nak kurus. Ada tak sesiapa yang boleh bagi cara2 untuk kurus tanpa perlu stop or kurangkan makan? I nak kurus tapi dalam masa yang sama nak gak makan sedap2. Camane tu ek?

Hari esoknya, which is Thursday Hubby lak belanja makan (padahal memang selalunya dia yang belanja makan). Kali ni kitaorang pegi makan kat Restoran Nelayan Titiwangsa lak. Masa pegi makan tu memang takde orang sangat, maklumlah malam raya. Kalau tak selalunya memang ramai orang kat sana especially kalau kat area buffet.

Alamak dah tak tau la nak cite apa, so I tepek gambar je la ek.


Muka suami yang terpaksa rela melayan nafsu makan si isteri


Budak ni sibuk main sendiri masa mummy ngan daddy dia sibuk makan.
Baik sungguh ini budak, memang bole di bawak ke majlis selalu la
provided majlis tu tak berlangsung di dalam keadaan yang panas.


Makanan untuk 2 orang


Lemon Chicken



Skinless Butter Prawn
My Favourite!!!


Ikan Kerapu Sweet Sour


Gambar sayur, I tak amik la pulak.

Jalan-Jalan Cari Makan 1

Ni cerita last week tapi baru sempat nak update hari ni. Last Wednesday I ajak Hubby pegi makan kat Chili's One Utama. Saje je I nak belanja Hubby, konon2 nak celebrate gaji dah masuk. Ntah apa2 ntah, cam baru dapat 1st salary je. Hehehe... Rasa cam dah lama tak dapat gaji kot, tu yang beria nak celebrate. Maybe sebab last monthnye gaji dapat awal sangat kot, tu yang rasa cam dah lama tak dapat gaji.

Hari Rabu tu after maghrib, baru la kitaorang gerak pegi OU. Sampai2 kat sana kitaorang terus pegi Chili's tapi masa tu meja kat non smoking area semua dah penuh, so terpaksa la tunggu. After dah register nama kat waiting list kitaorang pegi jalan2 kat Toys"R"Us. Rasa cam nak pengsan je tengok toys untuk baby. Kalau I millionaire memang I beli semua untuk Isyraf, tapi apakan daya I bukan millionaire. Huhuhu... Actually I sangat2 la nak belikan jumperoo untuk Isyraf, tapi mahal sangat la. Macam tak berbaloi je kalau beli, tapi macam best je kalau dapat belikan untuk Isyraf. Nak beli ke tak ek? Alangkah bestnya kalau I duduk kat US, barang2 Fisher Price tersangat la murah kat sana. Ada sape2 tak nak pegi US, bagitau I ek boleh I kirim :p

Okaylah back to cerita makan2. Lebih kurang pukul 10 baru la kitaorang gerak pegi Chili's balik. Masa tu memang dah tak berapa ramai orang kat sana. Terus dapat table and mengorder secepat mungkin sebab dah lapar.

Muka happy sebab nak pegi jalan2


Our dinner


Malam tu Hubby and I dapat makan dengan tenang sekali sebab Isyraf dah tido masa makanan sampai. Elok je kitaorang abis makan dia terjaga. Lepas tu terus balik umah, tapi letih gak la Hubby nak angkat stroller turun escalator sebab semua escalator dah distopkan. Lift lak dah kena tutup ngan roller shutter.