Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, July 15, 2011

Abang Oh Abang....

Seperti yang dijanjikan, nak update sikit tentang perkembangan Isyraf.

Sekarang ni membahasakan diri sendiri as abang. Ada waktunya bila kitaorang panggil dia Isyraf, dia akan betulkan balik. Sebagai contoh:

Daddy : Isyraf...
Isyraf : Abang!

Daddy : Isyraf
Isyraf : Abang! Abang! Abang! (sambil muka kerut-kerut tanda tak puas hati sebab tak panggil dia abang)


Isyraf gak seorang abang yang baik. Sangat sayangkan Safiyyah. So kalau kat rumah tu memang boleh la tinggalkan kejap Isyraf main berdua ngan Safiyyah. Kalau nak keluar pun, selagi takde orang dukung Safiyyah, selagi tu la Isyraf merengek-rengek suruh angkat Safiyyah. Kalau Safiyyah nangis pun, kadang-kadang Isyraf la yang tolong layan adik dia. Ambikkan mainan la, tepuk-tepuk la, apa je la yang boleh buat Safiyyah berenti menangis.


Masa swimming pun asyik la pegang tangan adik.
Takut adik hanyut la kononnya


Tapi masalahnya, Isyraf suka sangat nak tiru apa je Safiyyah buat. Macam sekarang ni, Safiyyah tengah belajar nak duduk. Memang tak stabil lagi la and selalu sangat terlentangnya (tapi atas tilam la). So bila Isyraf nampak camtu, Isyraf akan buat-buat duduk sambil goyang-goyang sikit pastu terus jatuh terlentang.


Tido pun nak tido sebelah adik je, siap pegang tangan tu...



Adik pakai headband, Isyraf pun sibuk gak nak pakai.


Sangat-sangat sukakan binatang especially elephant. So disebabkan Isyraf obsess sangat dengan gajah, masa birthday Isyraf aritu sempat la bawak Isyraf pegi tengok gajah dekat Kuala Gandah. Sebenarnya ni bukan first time pun Isyraf tengok gajah secara live, before this pernah bawak pergi Melaka. Tapi masa tu Isyraf still takut-takut lagi ngan gajah, tapi masa bawak kat Kuala Gandah tu, Isyraf dah berani la nak bagi makan and tepuk-tepuk belalai gajah tu.


Masa ni kat Melaka, still takut-takut lagi ngan 'epen'



Masa ni kat Kuala Gandah, dah berani bagi 'epen' makan


Satu lagi peel yang buat Mummy ngan Daddy pening kepala, asyik la nak pakai baju horse (read: Polo). Lagi-lagi kalau nampak Daddy pakai baju horse, so Isyraf pun sibuk la nak pakai baju horse gak. Kadang-kadang duduk rumah pun nak pakai baju horse. Abis tu baju lain yang banyak-banyak tu nak bagi sape pakai Isyraf oi.


Nangis sebab tak dapat pakai baju horse


Satu lagi Isyraf tak suka kalau seluar dia terselak atas dari lutut. Selalunya benda ni jadi kalau Isyraf pakai seluar pendek and duduk kat carseat or stroller. Maklumla bila kena buckle tu, so seluar cam tertarik sikit ke atas. So bila Isyraf tersedar yang aurat dia dah terdedah, mula la nangis-nangis tarik seluar tu kasi cover lutut. Tapi bila tengah sibuk main, tak pedulik lak seluar tersingkap ke apa.


Seluar mesti kena bawah lutut. Tutup aurat katanya.
Daddy kata nanti dah besar boleh masuk Imam Muda.



Favourite colour adalah hijau. Kalau beli apa-apa, kalau bole nak beli yang warna hijau. Kalau jalan-jalan and ada orang bagi belon and kebetulan ada belon warna hijau, Isyraf siap boleh request kat orang tu yang dia nak belon yang warna hijau tu.

Tu je la kot yang nak update tentang Isyraf. Actually macam-macam lagi yang nak tulis tentang development Isyraf tapi rasanya sama je kot dengan budak-budak lain yang sebaya dengan dia. Nanti-nanti update tentang Safiyyah lak.


2 comments:

Vna Sandhu said...

hahah! paling x tahan pakai headband tue ok

gee ryder said...

adik tu comel jer tido...