Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 30, 2009

Sessi Bersuka Ria di Pantai....

Entry yang di copy paste dari blog Sarah

calling all mommies...
with babies or kids...( tak kisah )

our PD family day will be held at

GLORY BEACH RESORT
on the 30th and 31st of January!


( quotation has been sent and GBR management is very thrilled to have us at their resort...plus they were very excited by the idea of more than 10 babies present and having photography at their beach side so tinggal kita je confirm brp pax nak pg)






sorry to inform that Tiara Beach Resort is not available for family days as they only have a few rooms left , and yg tinggal yg mahal2 je semua

so anyway...

rates

# 2 bedroom apartment ( RM 160 )

( actually ada 1 master bed , and 1 single bed room - if ada yg duduk share bilik ni pun ok, kira 2 rooms lah.tp maybe the 1 bed tu xsesuai for family kot. small sgt. but if ada bwk maid oklah ehehhee )





# 3 Bedroom Apartment ( RM 250 )
ni sesuai to share with 2 families. ada 2 main bedrooms with bathroom and 1 single bedroom.




# for BBQ buffet + breakfast buffet
RM 50 ( adults ), kids ( 30 )

# for hall rental, gifts, photography fees and goodie bag
RM 50

so in total

2 room apartment : 160(room) + 100(food)+ 50(fee) = 310 per family (plz add RM 30 if u have kids over 2 yr)

or

3 room apartment : 250 + 100+50 = 400 ( perfamily if tak share room )
if share the 3 room (275)



i think the rates are quite reasonable. thank god the salespeople were very kind enuf to consider giving us a good price for food..tpt lain bbq buffet sahaja dah rm 55.


Tentatif


30th Jan ( Sat )


1 pm : meetup at hotel lobby



2pm : check in/ freshen up/have lunch ( ramai2 pun ok )


4 pm : meet up at pool side/ hall

- sukaneka ( parents and babies ) - trust me..this should be fun!

- babies or kids best dressed contest
- hot mommy contest
- daddy cool contest



630 pm : freshen up, rest


8 pm : BBQ buffet dinner ( insyaAllah at the beach cafe or pool side )
- dinner, mingling and probably karaoke session
- theme : red



10.30 pm : end


31st Jan


8 - 10 am : breakfast buffet


10 am : beach photography


1130 am : freshen up, pack


12 pm : check out and say good byes




what to bring ?

1. ur baby / kids best outfit/ costume
2. your very own best outfit ( mommys contest )
3. your spouse's best outfit ( daddys )
4. one red outfit for ur whole family ( dinner )
5. swimming outfits ( if u want to swim of course )

6. thumb drive or hard disk to copy the photography pics
7. ur baby's/kids fave toys...banyak2 pn bagus


and


your best smile!!!!!


what to expect?


a weekend packed with laughter and sweet memories!

Tuesday, December 22, 2009

Sakit Mata di Hari Jadi...

Today is my birthday. Today gak I dapat mc sebab sakit mata. Sakit mata semasa birthday adalah sangat tak best. I tak pernah kena sakit mata, tetiba bila terkena waktu my own birthday lak. :(

Monday, December 21, 2009

Pegi main jauh-jauh boleh tak!!!

Tengah-tengah malam tadi waktu semua orang tengah syok tido, tetiba ada suara budak kecik menjerit (menjerit yang sangat nyaring). Budak kecik itu adalah Isyraf. Sejak lahir Isyraf tak pernah lagi buat perangai tengah-tengah malam. Selalunya Isyraf bangun tengah-tengah malam sebab nak susu, tu pun takde la menjerit just nangis manja je.

I yang tengah sakit mata ni pun cepat-cepat la bangun and peluk Isyraf, tapi dia tak berenti gak menjerit. Selalunya kalau Isyraf menangis kalau I peluk and tepuk-tepuk sikit mesti dia senyap. Then try bagi pacifier lak, still tak jalan gak. Selalunya kalau Isyraf lapar nak susu, I bagi pacifier Isyraf akan hisap pacifier tu while tunggu I or Hubby buat susu. Tapi malam tadi Isyraf tetap gak terjerit-jerit walaupun I dah bagi susu kat dia. Mula la I rasa pelik, sebab sebelum tido tadi pun Isyraf macam susah sikit nak tido. Merengek-rengek je, sampai la I bacakan ayat Kursi kat dia barulah Isyraf diam and tido.

So sebab Isyraf tak nak berenti menjerit, I pun bacakan la ayat Kursi kat telinga dia. Rupanya bukan Isyraf nak berenti menjerit lagi kuat dia menjerit ada la. Isyraf menjerit meraung macam orang kesakitan. Masa tu gak terus meremang bulu roma I. I pun amik air zam zam and sapu kat muka Isyraf. Then baru la Isyraf senyap. Hubby cakap biar je la Isyraf tido ngan kitaorang tak payah letak Isyraf dalam cot dia.

Tak lama lepas tu, Isyraf menjerit balik. Kali ni Hubby lak bacakan ayat Kursi, lagi la Isyraf menjerit. Masa tu memang I pun rasa nak meraung sama tengok keadaan Isyraf macam tu. Walaupun Daddy dia dah baca ayat Kursi and sapu air zam zam kat muka dia, Isyraf still tak berenti menjerit, lagi kuat Isyraf meraung ada la.

Hubby pun cepat-cepat pegi amik wuduk and start bacakan surah Yasin kat Isyraf. Syukur Alhamdulillah Isyraf stop menjerit tapi still merengek-rengek. So I terus bagi susu kat Isyraf and Isyraf pun sambung tido balik, tapi memang malam tadi Isyraf tido tak berapa lena. Sekejap-sekejap terbangun.

Before ni I baca blog orang lain tentang anak dia kena kacau, tapi kali ni anak I lak yang kena kacau. I hope sangat-sangat lepas ni 'benda tu' tak kacau Isyraf dah. Wahai makhluk-makhluk yang tak kelihatan boleh tak pergi main jauh-jauh, jangan la kacau anak aku lagi.

Wednesday, December 16, 2009

Aktiviti hari Ahad saya...

Dah hari Rabu baru nak tulis tentang hari Ahad. Selalu terlambat tau. Nak buat camana, kebusyan keje menyebabkan I tak sempat nak update blog. Kang kalau I asyik dok update blog, ada lak mulut2 puaka yang kata aku ni takde keje. Opss teremo la pulak.

Okay la back to the title, hari Ahad tu kami pagi2 dah bangun sebab Hubby memang dah ajak awal2 pegi breakfast kat Taman Melawati. So bersiap-siap la kami and terus la pergi Taman Melawati, tapi kedai tempat kitaorang nak breakfast tu tutp la pulak. Sedih sungguh, kempunan I nak makan soto campur. Mula2 ingatkan nak makan nasik ayam je la, tapi tetiba ternampak lak satu kedai yang ramai ngan orang kat foodcourt tu. So kitaorang pun pegi la singgah makan kat situ. Okay la gak kedai tu sampaikan Hubby yang dah abis makan lontong boleh order roti canai lak lepas tu. Masa tengah makan2 tu Isyraf tertido dalam car seat dia. Yup memang kalau kitaorang pegi makan kat kedai2 yang sedikit sesak, kitaorang akan letak Isyraf dalam car seat je. Sebabnya macam leceh je kalau nak tolak stroller kat celah2 meja yang disusun rapat2.


Muka budak busyuk baru bangun tido.
Sekarang ni Isyraf suka buat macam2 mimik muka.
Ni la yang menyebabkan I tak sabar2 nak balik umah


Lepas abis makan, terus masuk kete balik sebab nak pegi Shah Alam umah my sister. Disebabkan Isyraf tido, Hubby suruh I duduk depan je temankan dia drive. So I pun letaklah car seat Isyraf kat tengah2 kat seat belakang, so senang la I nak buat apa2 yang patut kalau2 Isyraf terjaga or menangis. Disebabkan waktu tu memang time tido Isyraf, dia tido ngan lenanya sampai la ke Shah Alam. Masa sampai kat umah my sister pun dia masih lagi tido. Disebabkan Daddy dia tak sampai hati nak kejutkan Isyraf, so sekali lagi Daddy dia terpaksa angkat Isyraf sekali ngan car seat masuk umah my sister.

I pegi umah my sister sebab nak tengok my niece. Ni kira second time la kitaorang pegi tengok dia. First time pegi tengok a day after she was born. Her name is Nur Dhiya Maisara and was born on 1st December 2009. Lama gak la I lepak kat umah my sister tapi satu gambar pun I tak amik. Hehehe...

Dalam pukul 2:30 pm kitaorang gerak pegi Subang nak tengok baby gak. Anak coursemate Hubby yang baru lahir a day before. Masa ni pun kitaorang letak Isyraf kat seat belakang sesorang sebabnya dia tido sekali lagi 5 minutes before gerak dari umah my sister. Tapi kali ni Isyraf tak tido lama, kejap je tido tapi elok je Isyraf main sorang2 kat belakang. Takde pulak nangis or merengek2. Sungguh baik ini budak. Mummy saaaaaaaaaaaayang Isyraf.


Tengok tu, baik je Isyraf duduk belakang sorang2.


Masa sampai kat umah kawan Hubby tu diaorang baru balik dari hospital. Bestnye tengok newborn baby, masa tu tetiba je rasa cam nak pregnant balik. :D I tak sempat nak amik gambar baby sebab sibuk melayan Isyraf yang macam confuse kenapa dia jumpa banyak (2 orang kira banyak la kan?) makhluk kecil hari ni. Isyraf sibuk cam nak pegang2 baby tu masa I baringkan dia sebelah baby tu.

After 45 minutes lepak kat umah kawan Hubby kitaorang gerak pegi umah my uncle lak sebab I nak bawak Isyraf jumpa my grandma. Dah lama la gak my grandma tak jumpa cicit dia. Last jumpa masa raya haji ari tu. Lepas my grandma dah puas melayan Isyraf kitaorang pun balik la umah.

Tuesday, December 15, 2009

Tag Mr Hubby

I telah di tag oleh Puan Rafidah aka Cikpid. Disebabkan I tengah takde idea nak tulis entry tentang apa, so marilah kita melayan tag ni.

1. First time jumpa with your hubby bila and kat mana
Seingat I first time jumpa kat tepi tangga umah sewa Hubby. Masa tu I baru nak masuk part 6 BQS kot. During semester break I kena practical training, so bila start semester I kena antar report practical. Printer I buat hal, so mintak tolong kawan I yang I kenal sejak sekolah (tapi kami bukan satu sekolah) yang kebetulan satu umah dan juga satu course ngan Hubby printkan. Sementara tunggu my friend tu print I duduk la kat tangga kat luar umah tu and kebetulan Hubby lak baru balik dari main badminton. Masa ni I tak berapa perasan sangat Hubby. Second time jumpa lak masa I ajak my friend tu kuar minum sebab nak cite masalah jiwa dan raga (read : kisah cinta lama. hehehe), tapi my friend boleh lak ajak Hubby kuar sekali. Masa ni baru la I kenal or berkenalan ngan Hubby. Mula2 I mcm dah malas nak cite problem ngan kawan I tu but he insist me to do so and Hubby masa tu buat cam tak dengar je la. Tapi I rasa before ni pernah gak kot kitaorang terserempak or terjumpa kat fakulti, maklumlah kitaorang register diploma on the same year and semester. Senang cite amik SPM tahun yang sama la even Hubby tua setahun dari I.

2. Love at first sight?
Tak tau la nak kata. As I mentioned above I kenal Hubby waktu I tengah ada masalah jiwa dan raga and Hubby lak terlibat secara tak langsung menjadi pendengar permasalahan I.

3. Who is he when the first time u met him?
Consider as a student la kot sebab masa tu Hubby baru nak register masuk Degree.

4. How long it takes for him to ask u out for a date?
Dalam 2 bulan kot.

5. First place dating di?
Genting Highlands

6. How he proposed?
Tak berapa ingat sangat la.

7. Special date with your hubby?
081205 - Couple
140107 - Tunang
281207 - Nikah

8. Changes that he asked you to do?
Menjadi gemuk secara indirectly apabila Hubby tak nak makan kalau I tak makan sekali.

9. What is about him that you love so much?
Sangat caring, rajin tolong I buat keje umah tapi selalu kena reject sebab tak ikut standard ISO I. :p

10.What is about him that u wish he would change?
Tolong berenti merokok

11.You will lose your mind n crack your head when he?
Keep on renewing his promise to quit smoking

12.You will smile tru your eyes for the whole day when he?
Macam2 sampai tak boleh nak listkan, tapi yang selalu adalah bila dia buat lawak bodoh. Hubby adalah seorang yang kelakar ok, I rasa kalau dia masuk Raja Lawak mesti dia boleh menang.

13.Complete below sentences
"My love towards my hubby is as big as...
Takleh nak describe sebab I saaaaaaaaangaaaaaaaaaaaaat sayang dan chennnnnnntaaaa ngan Hubby.

I taktau nak tag sape, sebab I tengok cam semua orang dah kena tag je.

Friday, December 11, 2009

5 months

Hari ni Isyraf dah 5 months and 1 week young. Actually I nak buat entry ni masa 041209, tapi masa tu busy sesangat sampai tak sempat nak post anything kat blog ni. Memandangkan ni ada beberapa minit lagi sebelum balik so I rasa better I write about Isyrafnye development sepanjang dia berumur 4 bulan hinggalah 5 bulan.
  • Meniarap. Tapi baru beginner la, takde la laju sangat Isyraf meniarap. Kekadang kesian gak tengok Isyraf bersusah payah nak meniarap. Kalau dah penat sangat try tapi tak berjaya gak, mula la Isyraf bising2. So I pun tolonglah tiarapkan Isyraf, barulah Isyraf senyap. Kalau dah meniarap tu, Isyraf mula la sibuk angkat2 punggung dia or tegakkan kepala dia setinggi yang boleh.

  • Sekarang ni Isyraf dah tak suka kalau orang gomol or cium dia lebih2. Kalau Mummy or Daddy or sesape je la gomol lebih2, mula la Isyraf menjerit marah2 pastu tolak muka orang yang gomol dia kuat2.

  • Selain tu Isyraf gak dah boleh angkat sendiri badan dia tapi kenala orang pegang tangan dia. Selalunya bila I pegang tangan Isyraf masa Isyraf tengah baring and cakap up, Isyraf akan angkat kepala + badan untuk duduk, pastu bila I cakap stand, Isyraf akan angkat badan dia untuk berdiri. Bila dah dapat berdiri, mula la Isyraf senyum2 then gelak2. Cam bangga sangat dia boleh buat camtu. Masa ni I rasa Isyraf comel sangat2. (Perasan sungguh Mummy Isyraf ni, tapi sape lagi nak puji Isyraf kalau bukan Mummy dia sendirikan)

  • Isyraf gak dah boleh duduk unsupported dalam 2 - 3 minutes tapi Isyraf kena support sendiri la badan dia guna tangan dia yang debab tu.

  • Botol susu pun Isyraf dah pandai pegang sendiri, tapi kekadang terlepas la gak sebab tangan Isyraf tak berapa kuat lagi. Setiap kali bagi susu, Isyraf mesti sibuk2 nak pegang gak botol susu dia. Kadang2 I biarkan je Isyraf pegang botol susu sendiri tapi takde la biar terus.

  • Sekarang ni Isyraf dah pandai guna tangan dia kalau nak amik sesuatu. Kalau I hulur soft toy kat Isyraf, cepat je dia nak grab soft toy tu. Kalau makan, I dah tak boleh nak pegang Isyraf sebab laju je tangan dia nak capai makanan yang ada dalam pinggan I takpun Isyraf akan tepis pinggan tu.

  • Semakin penggeli. Setiap kali bukak baju yang jenis sarung, Isyraf mesti akan gelak2. Cute giler. Kalau I terpegang ketiak dia, lagi la Isyraf ketawa mengekek. Kekadang rasa cam kelakar je sebab dia kan baby boy. Ada sekali tu, Isyraf demam so I bawak pegi klinik. Bila doctor letak stethoscope kat belakang dia, bole lak Isyraf dok mengeliat and senyum2. Doctor tu pun gelak je tengok aksi dia tu.

  • Isyraf suka sangat main ngan kaki dia. Dah selalu sangat Isyraf hisap jari kaki dia. Ramai gak orang yang tegur kata Isyraf mintak adik. Opsss... sabar dulu ek sayang, tunggu awak besar sikit then baru Mummy and Daddy think or plan about your adik.

  • Semakin manja. I memang tak boleh nak tinggalkan Isyraf main sorang2. Kalau I tinggalkan gak, tak lama lepas tu mesti menjerit. I pun heran sebab Isyraf jadi semakin manja sejak dia duduk nursery. Adakah orang kat nursery tu asyik layan dia sorang je or memang semua baby akan jadi macam around this age.
Setakat ni tu je la kot development Isyraf yang I ingat. Okay la I nak balik dah ni. Selamat bercuti...

Wednesday, December 9, 2009

Chronology FM Isyraf

Hari ni I nak cite tentang susu2 yang pernah ditry oleh Isyraf. Disebabkan milk production yang kurang memberangsangkan I terpaksa gak bagi Isyraf minum FM. Akan tetapi I still lagi BF Isyraf sampai ke hari ni tapi setakat yang ada je. Yang selebihnya terpaksa ditop up menggunakan FM.

Nak dijadikan cerita Isyraf ni sangatlah susah nak serasi nak FM. I tahu yang Isyraf tak sesuai ngan FM tu sebab Isyraf susah nak poo poo. Rekod setakat ni, Isyraf pernah tak poo poo sampai 6 hari. Selalunya 3 or 4 days baru Isyraf poo poo. So far dah 7 jenis FM yang I bagi kat Isyraf. Syukur alhamdulillah akhirnya dapat gak jumpa FM yang serasi ngan Isyraf.

First FM yang I bagi kat Isyraf ialah Frisolac Gold. Mula2 okay je Isyraf minum susu ni, tapi lama2 jadi tak okay.




Then I try S26 Gold lak. Lagi tak okay. Bukan setakat jarang poo poo tapi Isyraf cam sembelit. Masa ni I terus bawak pegi jumpa doctor, tapi doctor kata bukan sebab susu. Walaupun doctor cakap bukan sebab susu and it's normal I tetap gak risau. So after discuss ngan Hubby kitaorang pun decide untuk tukar susu sekali lagi.



Lepas tu I try lak Enfalac A+. Pun tak okay gak. Still jarang poo poo and ditambah ngan masalah Isyraf susah nak tido bila minum susu ni. Isyraf cam kepanasan bila minum Enfalac A+.




Then ada lak orang suggest try guna FM yang murah sikit. Diaorang kata memang ada certain baby yang tak sesuai ngan FM yang mahal. I bukan la kaya sangat nak bagi FM mahal2 kat Isyraf, tapi I nak yang terbaik untuk Isyraf. Biar I tak makan pun takpe asalkan Isyraf dapat yang terbaik. So I pun try la susu Lactogen.




Mula2 okay la gak guna susu Lactogen. So I pun beli la 2 tin besar. Satu kat umah and satu lagi letak kat umah babysitter. Tetiba 6 hari Isyraf langsung tak poo poo. Masa ni I memang sangat2 la risau. So I bawak Isyraf pegi jumpa paed kat P*****i. Boleh tak paed tu kata kat I "Biasa la tu budak2. Kadang2 ada yang sampai seminggu tak berak". Hangin je I rasa masa paed tu cakap camtu, dah la tu lepas tu caj I sampai RM65 hanya untuk advice bodoh dia tu.

Disebabkan I tak puas hati ngan paed P*****i, I pun pegi bawak Isyraf pegi Damai Service Hospital. Tapi masa I datang tu dah malam and paed kat Damai dah balik. So I jumpa doctor biasa je dulu. Doctor tu pun suggest kat I guna susu Mamex Gold sebab susu ni ada Oligosaccharide yang boleh lembutkan najis and kerapkan poo poo.




I ada gak tanya kat doctor tu samada perlu ke I try soy-based FM, tapi doctor tu kata Isyraf tak allergic ngan susu lembu so soy-based FM adalah last resort. Means that kalau semua susu lembu dah cuba and masih tak sesuai then baru la try susu soya lak. Malangnya susu Mamex Gold ni masih tak menyelesaikan masalah Isyraf yang susah poo poo.

So I bawak la Isyraf pegi jumpa paed lak kat Damai. Oh ye terlupa lak nak cite selain dari susah nak poo poo, Isyraf gak selalu colic. Tapi walaupun perut dia kembung, dia takde lak merengek2 or nangis tak berhenti. I lak yang kesian tengok Isyraf sebab perut dia besar bulat semacam je. Kadang2 I tengok cam nak meletup pun ada perut Isyraf. Nauzubillah. So paed tu kata maybe Isyraf ada masalah lactose intolerance tu sebabnya Isyraf asyik colic je. And sekali lagi I terpaksa mencuba susu baru untuk Isyraf which is Novalac AC. Susu ni memang khas untuk budak2 yang colic.


Ni bukan gambar packaging kat Malaysia


Bila guna susu ni, Isyraf dah takde la selalu sangat colic tapi masih lagi 3 hari sekali baru poo poo. I still rasa tak puas hati so I bawak balik Isyraf jumpa paed tu. So paed suruh try susu Novalac IT lak. Susu ni memang khas untuk baby yang ada masalah constipation.



Alhamdulillah akhirnya dapat gak jumpa susu yang sesuai ngan Isyraf. Start minum susu ni boleh dikatakan everyday Isyraf poo poo. Sometime sampai dua kali sehari. Paling lama pun Isyraf tak poo poo adalah dalam 2 hari. Cuma satu je la kekurangan susu ni, susu ni takde DHA, AA etc.

p/s : gambar semuanya adalah hasil googlelan

GEMUK!!!

I rasa masalah berat badan terlampau adalah dilemma bagi kebanyakkan ibu2 baru bersalin. Hanya ada a few je yang betul2 bertuah boleh dapatkan balik their anak dara weight. Dengan dukacitanya ingin dimaklumkan disini bahawa I adalah salah seorang mangsa yang mengalami masalah berat badan terlampau itu. I juga merupakan seorang pengumpul lemak2 degil yang teramat susah untuk disingkirkan dari perutku ini.

Dan sekarang I dah rasa bosan ngan kegemukkan I ni di samping baaaaanyak sangat baju yang dah tak berapa nak muat so I pun bertekad nak kuruskan badan. Penat la everytime try baju nak kuar dating ngan Hubby kebanyakkannya just muat2 je nak sarung, haruslah dah macam sarung nangka baju tu. And takkan la nak kuar pakai maternity pant + maternity blouse. Kang ada lak yang ingat I dah pregnant anak no 2 lak.

Jadinya langkah pertama yang I amik adalah dengan meletakkan ticker kat sidebar blog ni. I target nak turunkan dalam 15 kilos. Harap2 ticker ni akan menjadi sumber inspirasi I untuk turunkan berat badan.




Langkah kedua lak adalah dengan mendapatkan bantuan produk yang sesuai. I ni memang takde masa nak exercise. Ye la takkan la I nak bawak Isyraf pegi gym temankan I exercise, maklum la I takde maid kat umah ye kawan2. Kalau nak harapkan Hubby jaga Isyraf, hari Ahad je la baru I boleh exercise (Hubby I keje 6 days a week). Kalau setakat seminggu sekali je exercise, taktau la bila baru I boleh kurus. Kalau nak pegi gym waktu malam rasa cam tak best lak, sebab siang I dah keje so malam je la I dapat spend time ngan Isyraf and Hubby.

Disebabkan sekarang ni boleh dikatakan kebanyakkan blogger yang cite tentang cara2 kuruskan badan ramai yang consume Nutrimeal so I pun telah terjebak sama la di dalam menggunakan produk USANA ni. Oleh itu dengan ini I dengan berbangganya nak bagaitau I sekarang adalah pengguna dan juga dealer USANA.




So sape2 yang berminat nak tau lebih lanjut tentang USANA or berminat nak try produk USANA janganlah malu2 nak email I di ielya.reha@gmail.com.

Tuesday, December 8, 2009

Entry yang terlewat...

Sungguh I busy last week sampai tak sempat nak update blog. Actually banyak sangat benda nak citer tapi tak sempat, sampaikan tak sempat nak buat entry on Isyraf's 5 months birthday. Sorry ek sayang, mummy busy sangat2.

Malas nak taip panjang2, so ari ni I nak buat entry penuh ngan gambar. Before tu I nak bagitau awal2 ni yang semua gambar ni dah dikira outdated sebab ni gambar2 masa raya haji ari tu. Tapi I tetap gak nak upload. Hari raya haji aritu Hubby and I memang dah plan nak balik kampung after sembahyang raya, tapi last minute cancelled sebab after calling2 with my aunty and uncle semua orang cam malas nak balik kampung. I pun kuarkan camera and buat sessi photoshoot bersama Isyraf, so janganlah bosan lak ek sebab entry ni penuh ngan gambar Isyraf jek. Nak buat camane memory I ni memang dah full ngan Isyraf je sampaikan rasa cam takde benda lain yang lagi menarik melainkan Isyraf.


Ni actually gambar masa Aidilfitri, saje2 upload


Ni pun gambar masa Aidilfitri. Masa ni songkok tu still longgar kat kepala Isyraf


Ni gambar raya haji. Tengok la tu songkok pun dah tak muat

Besar dah anak bujang saya


Nape nganga mulut tu sayang


Isyraf sedih tak dapat balik beraya kat kampung.
Sebenarnya dia dah penat kena paksa berposing ngan mummy dia


Dah tak pakai songkok sebab asyik tercabut je


Senyum sampai senget2


Budak kecik ni dah semakin bulat.


Isyraf with mummy


Isyraf ngan Daddy.
Opsss.. ternampak pusat la pulak

Wednesday, December 2, 2009

ECA...Oh ECA...

Oh tidakkkk!!! Kenapa I tetap terlibat kena buat ECA (Elemental Cost Analysis) ni. Tolonglah dah setahun okay I tak handle projek. Sekarang ni I duduk kat unit ICT tau. Hehehe... Cam takde kena mengena je QS keje kat unit ICT.

Sekarang ni nak kena buat ECA la pulak. So bila kena buat keje berkaitan QS, rasa cam lembab sikit la. Malas betul nak buat taking off walaupun hanya sekadar nak kira GFA. Ada sesape tak kengkawan QSku yang sudi membantu? :p

Okaylah nak pegi cuba buat ECA ni. Tu pun kalau ingat lagi la camane nak buat.


Ni la dokumen kontrak yang perlu kuhadap untuk menyetelkan ECA. Huhuhu...

Sehari Bersama Isyraf

Before ni kan I ada bagitau yang Isyraf ikut I pegi office last Thursday. Now I nak cite lak apa yang Isyraf buat sepanjang hari Khamis tu.

Pagi2 lagi Isyraf dah bangun. After I dah siap, I lap2 badan Isyraf and pakaikan dia baju tebal sikit sebab office I tersangat la sejuk. Lepas tu terus gerak pegi office. Mula2 Hubby antar I kat office, I pun naik atas punch card then turun bawah balik sebab nak hantar Hubby pegi office dia lak. (Sila jangan tiru perangai tidak senonoh ini ye). Masa sampai kat office Hubby tu, dia ajak breakfast dulu so I ikutkan aje demi menjaga hati suami (padahal memang nak mengular). :p

Lepas breakfast, I pun drive la pegi office I balik. Nasib baik la I dah pinjam access card parking kakak office I, so bole la I parking kat office. Kalau tak kena la I park kete kat parking lot depan Pertama Complex. Kalau I sorang, memang I tak kisah nak parking jauh2, tapi kali ni Isyraf ada takkan la nak parking jauh2. On the way nak pegi office I, Isyraf pun sambung tido balik.


Budak kecik yang tengah tido on the way nak pegi office mummy dia


Sampai kat office lepas park kete, I terus kuarkan stroller then transfer Isyraf dari car seat ke stroller. I naik office guna goods lift sebab kalau guna lift biasa takut terserempak ngan boss. Nasib la takde terserempak ngan orang2 yang tidak berkenaan.

Dalam pukul 9 camtu, Isyraf bangun sebab dia dah poo poo. Lepas salin diaper dia, bagi dia minum susu. Lepas dah kenyang minum susu, Isyraf main sorang2 dalam stroller. Masa tu ada la sorang dua akak kat office ni datang tengok Isyraf.


Main sorang-sorang dalam stroller


Dah bosan main sorang2 dalam stroller, sibuk kacau mummy buat keje lak


Lebih kurang pukul 10.30, Isyraf tido balik. Isyraf tido tak lama, dalam pukul 11.00 dia bangun balik. Maybe sebab Isyraf excited nak kacau mummy dia buat keje. Tak lama lepas Isyraf bangun, dia kena kidnap ngan kakak office ni bawak Isyraf pusing2 office. Senyap je anak mummy tu.

Lepas I amik balik Isyraf, I bawak balik pegi tempat I bagi dia susu and dia pun sambung tido balik. Kali ni I tidokan Isyraf atas carpet je tapi berlapik la sebab dia macam tak selesa nak tido dalam stroller. Maybe sebab kalau siang dia tido meniarap and dia tak pernah lagi tido meniarap dalam stroller.


Sian anak mummy kena tido atas carpet je


Dalam pukul 1.00 camtu I pun balik (satu lagi perangai tak senonoh yang tak boleh diikut) sebab Hubby ajak lunch sesama. So pegi amik Hubby kat office and kitaorang pun pegi lunch kat Solaris Mont Kiara.

Lepas lunch ikut Hubby balik office dia lak. Kali ni Isyraf kena gomol ngan kengkawan Hubby lak. Sian anak I, dah lost count dah berapa ramai orang peluk cium dia hari tu. Dalam pukul 4 kitaorang pun balik la umah.


Daddy Isyraf keje kat site.
Ni salah satu bangunan yang tengah construct.
Actually ni pondok pengawal je (double storey tu)
Kalau pondok pengawal pun dah besar camtu, cuba la bayangkan main building besar mana la pulak

Monday, November 30, 2009

Jalan-Jalan Cari Makan 2

Warning!!!

Entry ini dipenuhi dengan gambar makanan. Kalau tengah lapar dinasihatkan agar tidak meneruskan pembacaan kerana ia mungkin akan mengakibatkan rasa lapar yang kronik. :p

Another entry about makan. Hehehe... Nampak sangat kuat makan, camane la nak kurus. Ada tak sesiapa yang boleh bagi cara2 untuk kurus tanpa perlu stop or kurangkan makan? I nak kurus tapi dalam masa yang sama nak gak makan sedap2. Camane tu ek?

Hari esoknya, which is Thursday Hubby lak belanja makan (padahal memang selalunya dia yang belanja makan). Kali ni kitaorang pegi makan kat Restoran Nelayan Titiwangsa lak. Masa pegi makan tu memang takde orang sangat, maklumlah malam raya. Kalau tak selalunya memang ramai orang kat sana especially kalau kat area buffet.

Alamak dah tak tau la nak cite apa, so I tepek gambar je la ek.


Muka suami yang terpaksa rela melayan nafsu makan si isteri


Budak ni sibuk main sendiri masa mummy ngan daddy dia sibuk makan.
Baik sungguh ini budak, memang bole di bawak ke majlis selalu la
provided majlis tu tak berlangsung di dalam keadaan yang panas.


Makanan untuk 2 orang


Lemon Chicken



Skinless Butter Prawn
My Favourite!!!


Ikan Kerapu Sweet Sour


Gambar sayur, I tak amik la pulak.

Jalan-Jalan Cari Makan 1

Ni cerita last week tapi baru sempat nak update hari ni. Last Wednesday I ajak Hubby pegi makan kat Chili's One Utama. Saje je I nak belanja Hubby, konon2 nak celebrate gaji dah masuk. Ntah apa2 ntah, cam baru dapat 1st salary je. Hehehe... Rasa cam dah lama tak dapat gaji kot, tu yang beria nak celebrate. Maybe sebab last monthnye gaji dapat awal sangat kot, tu yang rasa cam dah lama tak dapat gaji.

Hari Rabu tu after maghrib, baru la kitaorang gerak pegi OU. Sampai2 kat sana kitaorang terus pegi Chili's tapi masa tu meja kat non smoking area semua dah penuh, so terpaksa la tunggu. After dah register nama kat waiting list kitaorang pegi jalan2 kat Toys"R"Us. Rasa cam nak pengsan je tengok toys untuk baby. Kalau I millionaire memang I beli semua untuk Isyraf, tapi apakan daya I bukan millionaire. Huhuhu... Actually I sangat2 la nak belikan jumperoo untuk Isyraf, tapi mahal sangat la. Macam tak berbaloi je kalau beli, tapi macam best je kalau dapat belikan untuk Isyraf. Nak beli ke tak ek? Alangkah bestnya kalau I duduk kat US, barang2 Fisher Price tersangat la murah kat sana. Ada sape2 tak nak pegi US, bagitau I ek boleh I kirim :p

Okaylah back to cerita makan2. Lebih kurang pukul 10 baru la kitaorang gerak pegi Chili's balik. Masa tu memang dah tak berapa ramai orang kat sana. Terus dapat table and mengorder secepat mungkin sebab dah lapar.

Muka happy sebab nak pegi jalan2


Our dinner


Malam tu Hubby and I dapat makan dengan tenang sekali sebab Isyraf dah tido masa makanan sampai. Elok je kitaorang abis makan dia terjaga. Lepas tu terus balik umah, tapi letih gak la Hubby nak angkat stroller turun escalator sebab semua escalator dah distopkan. Lift lak dah kena tutup ngan roller shutter.

Thursday, November 26, 2009

Baby Products Tag

Tagged by : Amie & Hanin

5 expensive baby related product I don't regret buying

  • The First Years Close and Secure Sleeper with Airflow Positioner - Bagi I, Close and Secure Sleeper ni mahal sebab boleh guna sekejap je. Disebabkan Isyraf agak panjang, I cuma sempat guna benda ni dalam 2 months je kot. Lepas tu Isyraf dah tak muat nak tido dalam tu. Walau camane pun I tetap rasa benda ni best sebab Hubby and I boleh tido sekali ngan Isyraf atas katil tanpa perlu rasa risau terhimpit Isyraf. Maklum la baby baru lahir sangat la kecik, so sangatlah bahaya kalau terhimpit. Airflow Positioner tu pun best gak. Dia cam hold Isyraf, so Isyraf akan rasa macam sentiasa dipeluk la kot.
  • Bumbo Seat - Bumbo Seat ni I beli kat BabyJaya. A few days after tu I pegi My Dear Warehouse sale and kat sana harga dia 50 ringgit cheaper than kat BabyJaya. Masa tu rasa cam rugi sangat, ye la macam2 boleh buat apa ngan 50 ringgit tu. Bumbo Seat ni memang sangat2 membantu sebab Isyraf tak berapa suka baring. Selalunya kalau I tengah nak kemas umah, I akan masukkan dia dalam Bumbo Seat tu and letak dia depan tv. Selalunya Isyraf akan duduk diam sambil tengok tv. Kadang-kadang sampai tersengguk-sengguk Isyraf duduk kat situ.
  • Avent Out & About Set - Bagi I memang berbaloi-baloi la beli set ni. Avent breast pump tu sangat best. Walaupun manual je, tapi bagi I yang tak fully BF ni ok la kalau nak comparekan ngan harga pump tu. Ye la, kalau I beli breast pump yang mahal2 tapi masih tak berjaya nak fully BF cam membazir la pulak. Lagi satu yang best tentang set ni sebab dia ada cooler bag yang agak cantik.
  • Woodwards Baby 3 in 1 Infrared Thermometer - Thermometer ni best sangat2. Senang nak guna. Bole guna kat dahi or telinga. Kalau nak guna kat telinga pun, tak perlu nak tarik2 cuping telinga baby cam sesetengah thermometer. Before beli thermometer ni, I ada beli Infrared Ear Thermometer tapi bacaannya sangat la tidak accurate. Mula2 check, dia detect suhu sampai 38.3 lepas tu check sekali lagi dah jadi 36.8. Tapi kalau guna thermometer ni bacaannya memang consistent. Kalau ada beza pun dalam 0.1 or 0.2 je.
- ada 4 je la. kira ok la ek.

5 cheap baby related product I don't regret buying
  • Pureen Teether - Teether ni jenis yang isi air kat dalam tu. Isyraf suka sangat ngan teether ni. Kadang2 dia tak layan toys yang lain kalau dah dapat teether ni. Isyraf akan hisap, gigit, jilat and macam2 lagi la dia buat kat teether ni.
  • Little Bean Sterilizer - For me murah la sterilizer ni kalau nak dibandingkan dengan brand lain. Walaupun murah, I rasa performance dia sama je ngan sterilizer lain yang mahal2 tu.
  • Soft Toys - Soft toys Isyraf ada macam2 brand. So far dia suka je main semuanya especially yang ada cermin. Kalau dapat cermin tu, mesti dia senyum sorang2. Huhuhu... Mesti dia rasa cam dia chomel kot, tu yang dia senyum2 tu kot.
  • Sticker Baby Mickey - Sticker ni I beli kat kedai 2 ringgit. Ni bukan sticker yang kecik2 tu, tapi sticker yang besar. I tampal sticker ni kat almari baju Isyraf. Isyraf kalau nampak sticker ni, kalau tengah nangis pun bole senyum tiba2. Pastu cam borak2 ngan sticker tu. Chomel je I tengok. Huhuhu... Maybe dia ingat sticker tu kawan dia kot.
- ni pun ada 4 je. kira ok la ek.

Sekarang I nak tag:

- Cikpid
- Anita
- Ety

Di manakah Isyraf???

Start from monday, nursery Isyraf tutup sebab pengasuh2 semua kena pegi kursus. Adalah sangat tidak sesuai kalau I nak cuti the whole week. So I telah mengatur strategi untuk mengelakkan I amik cuti lama sangat. Tapi untuk langsung tidak mengambil cuti, adalah sangat2 mustahil. After discuss ngan hubby I pun amik la cuti untuk ari Selasa ngan Rabu yang lepas. So cuba teka di manakah Isyraf masa hari Isnin ngan hari ni? Ntah apa2 ntah I ni, nak ajak orang main teka-teki la pulak.

Mesti takde orang tekakan. Jadinya biarlah I berterus-terang. Isnin aritu I hantar Isyraf pegi umah my mom. Nasibla monday tu my mum cuti, so save cuti I sehari.

Hari ni pulak I bawak Isyraf pegi ofis. I berani bawak Isyraf datang ofis ari ni sebab ramai yang amik cuti. Sekarang ni Isyraf tengah tido. Setakat ni dia takde la meragam or buat perangai. Main sorang2 je dia. Nangis bila nak susu or nak tido. Good boy betul la anak mummy ni. Lain kali boleh bawak datang ofis lagi. Hehehe... :p

Monday, November 23, 2009

Babysitter vs Nursery

Hello everyone...

I rasa isu nak antar baby kat mana after maternity leave adalah dilema bagi semua working moms. I dulu pun masa dah nak abis maternity leave, tersangat la susah hati sampai nangis2 fikir nak hantar Isyraf kat mana. Sampaikan I terfikir nak amik unpaid leave. Tapi kalau I amik unpaid leave maybe ada masalah lain lak melanda. Lagipun I baru je join keje kat tempat I keje sekarang, and my unit tengah kekurangan staff. So nak tak nak I kena gak hantar Isyraf kat babysitter and nursery.

Mula-mula I memang nak hantar Isyraf kat nursery yang dekat ngan ofis I, boleh I pegi jenguk2 dia during lunch time. Tapi masa tu kes H1N1 tengah hot. So I rasa sangat la tak selamat nak antar Isyraf pegi nursery. After discuss ngan Hubby, kitaorang pun agreed nak hantar Isyraf kat babysitter. Masa tu tinggal lagi 2 minggu my maternity leave nak abis. Kelam kabut gak la kitaorang nak carik babysitter. At last dapat la gak babysitter untuk Isyraf. Mula2 I rasa lega gak sebab dia just jaga Isyraf sorang je.

First day I antar Isyraf, I dah rasa tak berapa best. Hari tu I terlupa nak bagi plastik bag untuk baju kotor, dia boleh pegi sumbat baju kotor Isyraf sekali ngan baju yang belum pakai. Memang la dia ada letak changing mat in between, tapi salah ke kalau dia guna plastic bag dia dulu.

Lepas tu I start perasan yang Isyraf tak berapa nak minum susu. Meraung2 bila I nak bagi susu, macam la I nak suapkan dia racun. Isyraf lebih prefer minum plain water dari susu. Then I tanya la babysitter tu, kalau kat umah dia Isyraf minum tak susu. Dia kata ok je Isyraf minum susu. I pun confuse sampai I cakap kat Hubby Isyraf pandai berlakon. Ye la kat umah sendiri tak nak minum susu, tapi bila kat umah babysitter bole je minum susu.

Lagi satu yang I tak puas hati dengan babysitter ni, dia suka buat decision sendiri tanpa tanya I. Ada sekali tu I bagi dia susu baru (Mamex Gold) untuk Isyraf (Isyraf susah nak serasi ngan susu, so masa tu paed suruh try susu Mamex Gold tu), and I suruh la dia bagi susu tu kat Isyraf and stop bagi susu lama (Lactogen). Bila I balik keje, I tanya la dia ok tak Isyraf minum susu. Dia boleh cakap Isyraf tak suka susu Mamex tu, so dia maintain bagi Isyraf susu Lactogen. Masa tu memang I angin sangat-sangat. I maybe tak kisah dia buat camtu if dia call I and tanya boleh tak kalau dia nak bagi susu Lactogen sebab Isyraf tak nak minum Mamex. Kalau takut abis credit, sms je la and I'll call her back.

Tahap kesabaran I reached to the maximum level bila one day tu I balik keje, I nampak ada buaian tepi playpen Isyraf. Bila I tanya, dia kata dia tidurkan Isyraf dalam buaian sebab Isyraf meragam. Memang masa tu I rasa nak maki je dia. Maybe bagi certain orang tidurkan baby dalam buaian, benda kecik tapi bukan pada I and my Hubby. Kitaorang tersangat la takut ngan isu Shaken Baby Syndrome. Hari tu gak I nekad nak antar Isyraf kat tempat lain.

Start dari hari tu bermulalah mission nak carik nursery or babysitter baru. Sampai la I terjumpa nursery dekat dengan umah I. Ok la gak nursery ni, tak ramai sangat baby, lagipun nursery ni berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Bila dah confirm nak hantar Isyraf kat nursery tu, I pun bagitau la babysitter Isyraf. I just bagi reason yang I selalu lambat pergi kerja sebab nak pegi umah dia banyak sangat traffic light.

Before start antar Isyraf pegi nursery, I amik cuti seminggu sebab I nak train balik Isyraf minum susu macam biasa. Letih gak la I nak train Isyraf. So Isyraf start duduk nursery 6/11/2009. Masa start antar Isyraf kat nursery, dia memang tak berapa nak minum susu lagi tapi takde la sampai meraung-raung.

First 2 days Isyraf kat nursery, masa I amik dia waktu petang dia menangis tersedu-sedu walaupun tengah tido. Sampaikan second day tu Isyraf terus hilang suara. Dekat seminggu gak la Isyraf takde suara. Waktu tu kalau Isyraf tido, I kena duduk je sebelah dia sebab I takut tak dengar kalau dia nangis. Memang I kesian sangat kat dia. Masa tu sekali lagi I rasa nak amik unpaid leave. Start hari ketiga, I tengok Isyraf macam dah okay duduk nursery. Masa amik pun dah tak nangis and Isyraf dah okay gak minum susu.

Setakat ni dah 2 minggu Isyraf duduk kat nursery. So far okay la gak, tapi takde la 100% puas hati, of course la ada a few things yang I rasa cam tak berapa best. Tapi just benda-benda kecik je, so kalau benda-benda kecik ni I malas nak melatah tak tentu pasal. Kalau nak puas hati 100% jaga sendiri la kot, baru puas hati. Ada la beberapa perubahan positif yang I nampak kat Isyraf sejak dia duduk nursery ni. Antaranya sekarang ni Isyraf dah kurang menjerit. Kalau menjerit pun, takde la sekuat dulu. Dulu masa Isyraf duduk ngan babysitter, memang dia selalu menjerit. Kadang-kadang Isyraf menjerit nyaring sangat sampai bingit telinga I. Taktau la kenapa, maybe sebab suara babysitter tu kuat kot. Huhuhu....

Kesimpulannya I rasa duduk nursery lagi okay dari duduk dengan babysitter. Tapi I takde la kata semua babysitter tak okay. Memang tak dinafikan ada je babysitter yang tersangat la baik, tapi nak carik yang macam tu memang tersangat la susah. Memang dah takdir Isyraf kena duduk kat nursery, I redha je. Hope orang-orang kat nursery tu akan jaga Isyraf sebaiknya.

Okay la sebagai penutup entry ni, nah tengok la gambar budak kecik yang pasrah je kena buli ngan mummy n daddy dia.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Hobi baru Isyraf. Suka sangat hisap jari.


Cubaan membuat sanggul pada Isyraf

Friday, November 20, 2009

Cinta Adam & Hawa

Hi...

Baru lepas tengok cite Nur Kasih pastu sambung tengok Muzik2. Yeay lagu Cinta Adam & Hawa dapat masuk final. Cite Nur Kasih pun ada watak nama Adam. Suka2... I suka sangat nama A.D.A.M. Macam best je nama tu. Dulu ada gak berangan nak bagi nama anak Adam, tapi Hubby x setuju.

So kat bawah ni I saja je nak tepek lirik lagu Cinta Adam & Hawa.

Cinta Adam dan Hawa
Terbit di syurga terang di jiwa
Menggerakkan nurani
Mencari kasih suci
Sehingga kita yg tertinggal saling damba
Sentiasa rasa sunyi bersendiri

Mana dia kekasih hati
Mana dia pujaan ku yang sejati
Dengarlah bisikan asmaraku

(Korus)
Cinta Adam dan Hawa
Satu bersama satu terpisah
Buat diriku tertanya-tanya
Cinta Adam dan Hawa
Satu harapan, satu sandaran
Buat diriku rindukan dia

Kau yang aku puja
Kau yg aku cinta
Kasihku di Firdausi

Cinta Adam dan Hawa
Terbit di syurga terang di jiwa
Menjadi saksi impian murni

Alamak Isyraf dah nangis nak susu la. Nak pegi layan dia la pulak.

Bye...

Thursday, November 19, 2009

Besar Kepala!!!

Title entry cam entry amarah je, tapi entry ni bukanlah entry amarah ye. In fact I sekarang ni tengah happy menanti waktu balik. Tak sabar nak jumpa Isyraf si busyuk masham. Actually entry ni nak cite tentang kepala Isyraf yang dah membesar bagai johan. I memang x perasan yang kepala Isyraf dah membesar sebab masa check up baru2 ni, nurse xde ukur lilitan kepala Isyraf. Malam tadi baru I tau yang diameter kepala dia dah membesar.

Citenye camni. Malam tadi, masa sembang2 ngan Hubby tetiba Hubby tanya I hari raya haji hari apa? So I jawab la hari Jumaat. Masa tu la gak I teringat nak try songkok Isyraf. Before ni ada gak a few times teringat nak try masa kat ofis, tapi bila sampai umah asyik la terlupa. So, I pun cepat2 la amik songkok Isyraf and terus sarungkan kat kepala dia. Dan I adalah terkejut sebab songkok tu dah x muat kat kepala dia.


Dari Ini:

I beli songkok ni kat jln TAR. Saiz 16 1/2.
Masa amik dia kat umah babysitter, I terus trykan kat kepala dia.
Longgar sikit, tapi tu je saiz paling kecik yang I jumpa


Ni lak masa kat umah. Try sekali ngan baju melayu dia.
Daddy dia la yang beria nak suruh anak dia pakai baju melayu siap ngan songkok masa hari raya ari tu.

@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@


Kepada Ini:

Tengok! Dah x bole nak masuk kepala dia yang x bape nak bulat tu.


Kalau pakai camni ok sikit kot.
Tu pun still ketat.
Sampai merah2 dahi, masa I nak sarungkan songkok ni.


Cepatnya baby membesarkan. Lebih kurang 2 bulan je gap, Isyraf dah x muat nak pakai songkok tu. And I x sempat nak pakaikan songkok tu masa songkok tu betul2 fit kat kepala dia. Huhuhu...

Okay la dah pukul 5 ni. I balik dulu. Bye

Gathering @ Paddington, The Curve

I dapat tau bout gathering ni dari blog Amie. Bila terbaca je entry bout gathering, I macam excited lak nak join. Actually I dah lama jadi SR blog mummy2 hot ni, tp x pernah tinggalkan jejak (Read : Comment). At first segan gak nak join sebab diaorang for sure x kenal I, I je yang kenal diaorang. Tapi kalau I x join, sampai bila2 pun x kenal.

So on Sunday tu I pun join la gathering tu. Gambar pun I x banyak amik, sebab still malu2 ayam gitu. Huhuhu... N most of the gambar yang Hubby amik bergegar2. (Ni la akibatnya kalau tangan dah terbiasa buat garisan lurus tapi bergerigi. Kononnya art la sangat). So ni je la gambar yang I bole share.


Borak time.
Anak I tido, so I pegang anak orang lain.


Mommies yang suke berposing


Daddy2 yang 'comel'.
Yang x pegang anak tu, xde anak ke?


Mommies, babies n strollers.
I ngan Amie je pandang camera. Yang lain semua tengok Kyra.


Kalau nak tengok lagi gambar2 during gathering ni bole tengok kat sini, sini dan sini.