Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, December 11, 2009

5 months

Hari ni Isyraf dah 5 months and 1 week young. Actually I nak buat entry ni masa 041209, tapi masa tu busy sesangat sampai tak sempat nak post anything kat blog ni. Memandangkan ni ada beberapa minit lagi sebelum balik so I rasa better I write about Isyrafnye development sepanjang dia berumur 4 bulan hinggalah 5 bulan.
  • Meniarap. Tapi baru beginner la, takde la laju sangat Isyraf meniarap. Kekadang kesian gak tengok Isyraf bersusah payah nak meniarap. Kalau dah penat sangat try tapi tak berjaya gak, mula la Isyraf bising2. So I pun tolonglah tiarapkan Isyraf, barulah Isyraf senyap. Kalau dah meniarap tu, Isyraf mula la sibuk angkat2 punggung dia or tegakkan kepala dia setinggi yang boleh.

  • Sekarang ni Isyraf dah tak suka kalau orang gomol or cium dia lebih2. Kalau Mummy or Daddy or sesape je la gomol lebih2, mula la Isyraf menjerit marah2 pastu tolak muka orang yang gomol dia kuat2.

  • Selain tu Isyraf gak dah boleh angkat sendiri badan dia tapi kenala orang pegang tangan dia. Selalunya bila I pegang tangan Isyraf masa Isyraf tengah baring and cakap up, Isyraf akan angkat kepala + badan untuk duduk, pastu bila I cakap stand, Isyraf akan angkat badan dia untuk berdiri. Bila dah dapat berdiri, mula la Isyraf senyum2 then gelak2. Cam bangga sangat dia boleh buat camtu. Masa ni I rasa Isyraf comel sangat2. (Perasan sungguh Mummy Isyraf ni, tapi sape lagi nak puji Isyraf kalau bukan Mummy dia sendirikan)

  • Isyraf gak dah boleh duduk unsupported dalam 2 - 3 minutes tapi Isyraf kena support sendiri la badan dia guna tangan dia yang debab tu.

  • Botol susu pun Isyraf dah pandai pegang sendiri, tapi kekadang terlepas la gak sebab tangan Isyraf tak berapa kuat lagi. Setiap kali bagi susu, Isyraf mesti sibuk2 nak pegang gak botol susu dia. Kadang2 I biarkan je Isyraf pegang botol susu sendiri tapi takde la biar terus.

  • Sekarang ni Isyraf dah pandai guna tangan dia kalau nak amik sesuatu. Kalau I hulur soft toy kat Isyraf, cepat je dia nak grab soft toy tu. Kalau makan, I dah tak boleh nak pegang Isyraf sebab laju je tangan dia nak capai makanan yang ada dalam pinggan I takpun Isyraf akan tepis pinggan tu.

  • Semakin penggeli. Setiap kali bukak baju yang jenis sarung, Isyraf mesti akan gelak2. Cute giler. Kalau I terpegang ketiak dia, lagi la Isyraf ketawa mengekek. Kekadang rasa cam kelakar je sebab dia kan baby boy. Ada sekali tu, Isyraf demam so I bawak pegi klinik. Bila doctor letak stethoscope kat belakang dia, bole lak Isyraf dok mengeliat and senyum2. Doctor tu pun gelak je tengok aksi dia tu.

  • Isyraf suka sangat main ngan kaki dia. Dah selalu sangat Isyraf hisap jari kaki dia. Ramai gak orang yang tegur kata Isyraf mintak adik. Opsss... sabar dulu ek sayang, tunggu awak besar sikit then baru Mummy and Daddy think or plan about your adik.

  • Semakin manja. I memang tak boleh nak tinggalkan Isyraf main sorang2. Kalau I tinggalkan gak, tak lama lepas tu mesti menjerit. I pun heran sebab Isyraf jadi semakin manja sejak dia duduk nursery. Adakah orang kat nursery tu asyik layan dia sorang je or memang semua baby akan jadi macam around this age.
Setakat ni tu je la kot development Isyraf yang I ingat. Okay la I nak balik dah ni. Selamat bercuti...

No comments: