Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, March 4, 2010

8 Months

Hari ni cukup la umur anak kecik kesayangan saya 8 bulan. Rasa cam baru semalam je lahirkan dia. Progress Isyraf for this month adalah seperti berikut:
  • Isyraf sekarang dah minum susu Frisolac 2. I ngan Hubby tukar susu Isyraf sebab susu Novalac IT tu tersangat la susah nak carik. Kekadang sampai dekat 10 farmasi kitaorang pegi baru dapat 1 tin. Memandangkan Isyraf pun dah start makan solid food so rasanya masalah constipation Isyraf dah takde. So far Isyraf serasi ngan Frisolac 2 ni. Nasib baik gak I tukarkan susu Isyraf sebab sekarang ni Isyraf sangat kuat menyusu. Paling minimum 30 oz sehari and kadang2 boleh sampai 40 oz sehari.
  • Setakat ni I masih lagi berjaya bekalkan Isyraf bubur masa kat nursery. Setakat ni Isyraf dah makan ikan bilis, salmon, ayam, carrot, broccoli, bayam, kentang, keledek, labu, pisang, epal, strawberi, celery, avocado
  • Isyraf dah pandai duduk sendiri and berdiri sendiri. Tapi Isyraf tak berapa suka nak duduk. Isyraf lebih suka memanjat sana sini nak berdiri. Memang kena sentiasa tengok Isyraf 24/7. Tapi dalam sentiasa tengok tu, ada gak sekali dua Isyraf jatuh masa tengah sibuk memanjat tu. For me jatuh tu memang adat la bagi budak2 macam Isyraf. Part of learning process.
  • Isyraf masih lagi tak expert merangkak. Isyraf lagi prefer mengesot dari merangkak. I rasa Isyraf macam nak skip je part merangkak ni. Maybe Isyraf nak terus berjalan je kot. Huhuhu... Kalau I letak je Isyraf dalam walker, laju je Isyraf explore satu umah especially dapur. Walker tu memang mainan favourite Isyraf. Kalau Isyraf nampak je walker tu, laju je Isyraf mengesot pegi kat walker tu.
  • Rutin tido masih lagi sama. Waktu siang kalau tak pegi mana2 Isyraf akan tido setiap 3 jam untuk 1-2 jam. Malam lak waktu tido Isyraf antara pukul 9-10 malam. Bangun lak dalam pukul 7 pagi camtu, tapi tengah-tengah malam tu ada la gak Isyraf bangun nak susu.
  • Dah ada dua batang gigi bawah. Gigi atas dalam proses nak tumbuh. Sekarang ni dah nampak white spot kat gum bahagian atas. Setakat ni Isyraf takde la demam or meragam masa nak tumbuh gigi. Alhamdulillah sangat-sangat.
  • Mulut Isyraf sekarang ni semakin bising. Kalau kat umah asyik membebel sampaikan mata dah pejam pun mulut still lagi membebel, tapi kalau jumpa ngan orang yang Isyraf tak kenal terus berubah jadi pemalu gitu. Mesti Isyraf stare tengok muka orang tu sambil buat muka blur ngan mulut ternganga. Selalunya kalau Isyraf membebel tu, I akan ajuk balik apa yang Isyraf cakap. Pastu mesti Isyraf akan gelak kaw2, maybe Isyraf assume yang I faham apa yang dia tengah sibuk bebel tu.
  • Semakin manja ngan Daddy. Kadang2 I cam sedih gak bila I tengah dukung, Isyraf nangis2 nak kat Daddy dia. Tapi bila fikir on positive side benda ni ada gak baiknya kalau nak compare ngan dulu Isyraf asyik nak berkepit ngan I je. Tak lama lagi I maybe kena pergi kursus for 2 weeks, so kalau Isyraf tak nak Daddy dia camane I nak tinggalkan Isyraf dengan my Hubby masa I pergi kursus nanti. Bila fikir tentang kursus ni rasa cam tension je. I tak pernah berpisah dengan Isyraf tetiba nak kena tinggalkan for 2 weeks. Lama tu. Uwaaa...
  • Isyraf sekarang dah pandai dengar azan. Walau sesibuk mana pun Isyraf tengah main, kalau dengar azan Isyraf akan senyap and dengar sampai azan abis. Kadang2 ada gak Isyraf try nak ikut cam azan tu.
  • Isyraf gak dah pandai macam nak kiss I. Selalunya kalau Isyraf tepuk2 muka I and then I cakap sakit, cepat2 Isyraf nganga mulut and lekapkan kat pipi I. Kadand2 macam nak gigit pun ada. Hahaha...
Setakat ni tu je yang I ingat tentang progress Isyraf for this month.

4 comments:

ezan said...

happy 8 months isyraf... nanti ajak mama dtg rumah sarah tau 10 april ni..kita kan partner tdo sama2.. hahahaha.. -sarah

nanti ezan anta invitation. wajib dtg tau.. kita buat reunion geng2 g PD aritu.. hehehe...

Unknown said...

isyraf terus jalan ni....yg ptg dia bijak..rafiq jugak xde gigi lg ehhheeee.......sedap eh strawberry isyraf?xtry lg ... kena try nnti .. miss u isyraf...

Anita, Mummy Adzryl said...

happy 8 months birthday, isyraf sayang!! smlm i nak text u tapi tertido awal.. uhukk.. anyhow, kalo free.. roger2 laa.. nak tgk pixs PD from camera ur husband! :D

ielya said...

thanks sarah, tapi nanti besday sarah tak bole la kita nak geng tido lagi - isyraf

ezan : insya Allah kami datang.


strawberry sangat cedap auntie sarah. nanti bagi kat rafiq ek.


anita : sori la i tak sempat nak roger2 u, isyraf tengah batuk skrg ni. nanti kalau free kita jumpa k...