Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, April 19, 2010

Macam-macam....

Jap... Nak lap-lap dulu habuk-habuk ngan sawang-sawang kat blog ni. Fuh.. lama sungguh tak update. Tersangat busy dengan keje dan juga family sampai tak sempat nak update blog. Sekarang ni kerja menimbun-nimbun sampaikan takde masa untuk diri sendiri. Baru-baru ni I sakit pun tak dapat nak cuti sampai la ke hari ni. Maybe esok baru bole cuti kot. Tu pun sebab nak bawak Isyraf pegi klinik.

Oh ye bercerita tentang Isyraf, anak kecik kesayangan I tu asyik la tak sihat sejak akhir-akhir ni. Baru je baik demam tak sampai seminggu pastu demam balik. Baru je baik demam sekali lagi, kena batuk yang agak teruk package sekali dengan selsema. Tak cukup ngan tu, batuk dah seminggu lebih tak baik-baik sekarang ni macam nak kena sakit mata la pulak. Pegi klinik + hospital dah tak terkira berapa kali. Ubat pun dah macam-macam Isyraf telan. Harap-harap lepas ni Isyraf dah tak terkena penyakit-penyakit durjana itu.

Nasib baik la dalam banyak-banyak benda tak best tu ada gak la benda yang best. Hehehe... Yang bestnya I baru je join satu biz yang sangat berbaloi-baloi. I suka sangat biz ni sebab takde la memerlukan commitment yang sangat tinggi hingga terabai anak dan suami. Cuma perlu rajin berusaha je. Rasanya semua benda memang perlukan usaha, susah la nak dapat benda yang datang bergolek camtu je. Hubby pun support I buat biz ni dengan sepenuh hati. Hehehe... So pada sape-sape yang berminat nak tau tentang biz ni bole la email I. My email add ielya.reha@gmail.com

K la setakat tu je la kot nak share buat kali ni.

6 comments:

Marsha~ said...

isyraaaaffff... macam panggil anak sendiri pulak.. :) semoga cepat sembuh ye bucuk

Mrs. Amie said...

baby kalau demam nie buat kita pening n susah hati la kan..hiks!

ielya said...

marsha:

anakmu, anakku jua. hehehe... thanks...

amie:
betul, betul, betul. Qaira pun baru baik demam kan?

Unknown said...

kesian kalau baby demam...isyraf....budak kuat kan?alhamdulillah rezeki bergolek!!!

Puteri Ogy said...

ielya..anak aku pon asyik batuk2 n 2-3 ari ni kene sakit mata pulak. doc ckp pe ko bwk anak ko g sepital?

Anita, Mummy Adzryl said...

yeah.. i feel u.. apa2, calling deh... :)