Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, November 23, 2009

Babysitter vs Nursery

Hello everyone...

I rasa isu nak antar baby kat mana after maternity leave adalah dilema bagi semua working moms. I dulu pun masa dah nak abis maternity leave, tersangat la susah hati sampai nangis2 fikir nak hantar Isyraf kat mana. Sampaikan I terfikir nak amik unpaid leave. Tapi kalau I amik unpaid leave maybe ada masalah lain lak melanda. Lagipun I baru je join keje kat tempat I keje sekarang, and my unit tengah kekurangan staff. So nak tak nak I kena gak hantar Isyraf kat babysitter and nursery.

Mula-mula I memang nak hantar Isyraf kat nursery yang dekat ngan ofis I, boleh I pegi jenguk2 dia during lunch time. Tapi masa tu kes H1N1 tengah hot. So I rasa sangat la tak selamat nak antar Isyraf pegi nursery. After discuss ngan Hubby, kitaorang pun agreed nak hantar Isyraf kat babysitter. Masa tu tinggal lagi 2 minggu my maternity leave nak abis. Kelam kabut gak la kitaorang nak carik babysitter. At last dapat la gak babysitter untuk Isyraf. Mula2 I rasa lega gak sebab dia just jaga Isyraf sorang je.

First day I antar Isyraf, I dah rasa tak berapa best. Hari tu I terlupa nak bagi plastik bag untuk baju kotor, dia boleh pegi sumbat baju kotor Isyraf sekali ngan baju yang belum pakai. Memang la dia ada letak changing mat in between, tapi salah ke kalau dia guna plastic bag dia dulu.

Lepas tu I start perasan yang Isyraf tak berapa nak minum susu. Meraung2 bila I nak bagi susu, macam la I nak suapkan dia racun. Isyraf lebih prefer minum plain water dari susu. Then I tanya la babysitter tu, kalau kat umah dia Isyraf minum tak susu. Dia kata ok je Isyraf minum susu. I pun confuse sampai I cakap kat Hubby Isyraf pandai berlakon. Ye la kat umah sendiri tak nak minum susu, tapi bila kat umah babysitter bole je minum susu.

Lagi satu yang I tak puas hati dengan babysitter ni, dia suka buat decision sendiri tanpa tanya I. Ada sekali tu I bagi dia susu baru (Mamex Gold) untuk Isyraf (Isyraf susah nak serasi ngan susu, so masa tu paed suruh try susu Mamex Gold tu), and I suruh la dia bagi susu tu kat Isyraf and stop bagi susu lama (Lactogen). Bila I balik keje, I tanya la dia ok tak Isyraf minum susu. Dia boleh cakap Isyraf tak suka susu Mamex tu, so dia maintain bagi Isyraf susu Lactogen. Masa tu memang I angin sangat-sangat. I maybe tak kisah dia buat camtu if dia call I and tanya boleh tak kalau dia nak bagi susu Lactogen sebab Isyraf tak nak minum Mamex. Kalau takut abis credit, sms je la and I'll call her back.

Tahap kesabaran I reached to the maximum level bila one day tu I balik keje, I nampak ada buaian tepi playpen Isyraf. Bila I tanya, dia kata dia tidurkan Isyraf dalam buaian sebab Isyraf meragam. Memang masa tu I rasa nak maki je dia. Maybe bagi certain orang tidurkan baby dalam buaian, benda kecik tapi bukan pada I and my Hubby. Kitaorang tersangat la takut ngan isu Shaken Baby Syndrome. Hari tu gak I nekad nak antar Isyraf kat tempat lain.

Start dari hari tu bermulalah mission nak carik nursery or babysitter baru. Sampai la I terjumpa nursery dekat dengan umah I. Ok la gak nursery ni, tak ramai sangat baby, lagipun nursery ni berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Bila dah confirm nak hantar Isyraf kat nursery tu, I pun bagitau la babysitter Isyraf. I just bagi reason yang I selalu lambat pergi kerja sebab nak pegi umah dia banyak sangat traffic light.

Before start antar Isyraf pegi nursery, I amik cuti seminggu sebab I nak train balik Isyraf minum susu macam biasa. Letih gak la I nak train Isyraf. So Isyraf start duduk nursery 6/11/2009. Masa start antar Isyraf kat nursery, dia memang tak berapa nak minum susu lagi tapi takde la sampai meraung-raung.

First 2 days Isyraf kat nursery, masa I amik dia waktu petang dia menangis tersedu-sedu walaupun tengah tido. Sampaikan second day tu Isyraf terus hilang suara. Dekat seminggu gak la Isyraf takde suara. Waktu tu kalau Isyraf tido, I kena duduk je sebelah dia sebab I takut tak dengar kalau dia nangis. Memang I kesian sangat kat dia. Masa tu sekali lagi I rasa nak amik unpaid leave. Start hari ketiga, I tengok Isyraf macam dah okay duduk nursery. Masa amik pun dah tak nangis and Isyraf dah okay gak minum susu.

Setakat ni dah 2 minggu Isyraf duduk kat nursery. So far okay la gak, tapi takde la 100% puas hati, of course la ada a few things yang I rasa cam tak berapa best. Tapi just benda-benda kecik je, so kalau benda-benda kecik ni I malas nak melatah tak tentu pasal. Kalau nak puas hati 100% jaga sendiri la kot, baru puas hati. Ada la beberapa perubahan positif yang I nampak kat Isyraf sejak dia duduk nursery ni. Antaranya sekarang ni Isyraf dah kurang menjerit. Kalau menjerit pun, takde la sekuat dulu. Dulu masa Isyraf duduk ngan babysitter, memang dia selalu menjerit. Kadang-kadang Isyraf menjerit nyaring sangat sampai bingit telinga I. Taktau la kenapa, maybe sebab suara babysitter tu kuat kot. Huhuhu....

Kesimpulannya I rasa duduk nursery lagi okay dari duduk dengan babysitter. Tapi I takde la kata semua babysitter tak okay. Memang tak dinafikan ada je babysitter yang tersangat la baik, tapi nak carik yang macam tu memang tersangat la susah. Memang dah takdir Isyraf kena duduk kat nursery, I redha je. Hope orang-orang kat nursery tu akan jaga Isyraf sebaiknya.

Okay la sebagai penutup entry ni, nah tengok la gambar budak kecik yang pasrah je kena buli ngan mummy n daddy dia.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Hobi baru Isyraf. Suka sangat hisap jari.


Cubaan membuat sanggul pada Isyraf

4 comments:

Cikpid said...

Isyraf..kenapa kah mggigit jari yg tgh itu??atau cobaan ko nk mnunjuk isyarat sesuatu kepada aunty??

anak aku mmg jns berbuai weh..sampai kene beli buai ltk umah babysitter satu..hahaha

m@Ri@ said...

maria pn tgh pening nak letak mn baby nnt pas deliver..huhu..time ni rs mcm nak behenti kije je..huhu..tp tak dptla..huhu..

ielya said...

Pid:

yang isyraf gigit tu bukan jari tengah la wei, tp jari telunjuk. adakah ibu jari aku terlalu kecil smpi ko nampak cam jari Isyraf je. hehehe...

ko xpe la, dh sah2 mama rose tu tersangat sayang kat afieq, dia mesti ayun buai tu ngan lemah lembut.

maria:

memang kalau fikir tentang baby, rasa mcm nak berenti keje je. tapi kalau berenti, x dpt lak nak bagi yang terbaik utk baby. tawakal je la...

Anita, Mummy Adzryl said...

yes, me pun ada dilemma ni dulu. check kt my blog. heeeee. tp awal2 dulu hantar adzryl kt babysitter, now dah almost 1 month hantar kt nursery plak. we'll see how it goes. so far okay jer. :)