Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, July 15, 2011

Abang Oh Abang....

Seperti yang dijanjikan, nak update sikit tentang perkembangan Isyraf.

Sekarang ni membahasakan diri sendiri as abang. Ada waktunya bila kitaorang panggil dia Isyraf, dia akan betulkan balik. Sebagai contoh:

Daddy : Isyraf...
Isyraf : Abang!

Daddy : Isyraf
Isyraf : Abang! Abang! Abang! (sambil muka kerut-kerut tanda tak puas hati sebab tak panggil dia abang)


Isyraf gak seorang abang yang baik. Sangat sayangkan Safiyyah. So kalau kat rumah tu memang boleh la tinggalkan kejap Isyraf main berdua ngan Safiyyah. Kalau nak keluar pun, selagi takde orang dukung Safiyyah, selagi tu la Isyraf merengek-rengek suruh angkat Safiyyah. Kalau Safiyyah nangis pun, kadang-kadang Isyraf la yang tolong layan adik dia. Ambikkan mainan la, tepuk-tepuk la, apa je la yang boleh buat Safiyyah berenti menangis.


Masa swimming pun asyik la pegang tangan adik.
Takut adik hanyut la kononnya


Tapi masalahnya, Isyraf suka sangat nak tiru apa je Safiyyah buat. Macam sekarang ni, Safiyyah tengah belajar nak duduk. Memang tak stabil lagi la and selalu sangat terlentangnya (tapi atas tilam la). So bila Isyraf nampak camtu, Isyraf akan buat-buat duduk sambil goyang-goyang sikit pastu terus jatuh terlentang.


Tido pun nak tido sebelah adik je, siap pegang tangan tu...



Adik pakai headband, Isyraf pun sibuk gak nak pakai.


Sangat-sangat sukakan binatang especially elephant. So disebabkan Isyraf obsess sangat dengan gajah, masa birthday Isyraf aritu sempat la bawak Isyraf pegi tengok gajah dekat Kuala Gandah. Sebenarnya ni bukan first time pun Isyraf tengok gajah secara live, before this pernah bawak pergi Melaka. Tapi masa tu Isyraf still takut-takut lagi ngan gajah, tapi masa bawak kat Kuala Gandah tu, Isyraf dah berani la nak bagi makan and tepuk-tepuk belalai gajah tu.


Masa ni kat Melaka, still takut-takut lagi ngan 'epen'



Masa ni kat Kuala Gandah, dah berani bagi 'epen' makan


Satu lagi peel yang buat Mummy ngan Daddy pening kepala, asyik la nak pakai baju horse (read: Polo). Lagi-lagi kalau nampak Daddy pakai baju horse, so Isyraf pun sibuk la nak pakai baju horse gak. Kadang-kadang duduk rumah pun nak pakai baju horse. Abis tu baju lain yang banyak-banyak tu nak bagi sape pakai Isyraf oi.


Nangis sebab tak dapat pakai baju horse


Satu lagi Isyraf tak suka kalau seluar dia terselak atas dari lutut. Selalunya benda ni jadi kalau Isyraf pakai seluar pendek and duduk kat carseat or stroller. Maklumla bila kena buckle tu, so seluar cam tertarik sikit ke atas. So bila Isyraf tersedar yang aurat dia dah terdedah, mula la nangis-nangis tarik seluar tu kasi cover lutut. Tapi bila tengah sibuk main, tak pedulik lak seluar tersingkap ke apa.


Seluar mesti kena bawah lutut. Tutup aurat katanya.
Daddy kata nanti dah besar boleh masuk Imam Muda.



Favourite colour adalah hijau. Kalau beli apa-apa, kalau bole nak beli yang warna hijau. Kalau jalan-jalan and ada orang bagi belon and kebetulan ada belon warna hijau, Isyraf siap boleh request kat orang tu yang dia nak belon yang warna hijau tu.

Tu je la kot yang nak update tentang Isyraf. Actually macam-macam lagi yang nak tulis tentang development Isyraf tapi rasanya sama je kot dengan budak-budak lain yang sebaya dengan dia. Nanti-nanti update tentang Safiyyah lak.


Wednesday, July 13, 2011

Sebelum dan Selepas

Hari ni ada masa lapang sikit so boleh la nak update blog. Entry ni just nak share tentang Isyraf semasa masih berumur setahun dan selepas berumur 2 tahun.

Disebabkan tak tau nak tulis apa, so upload gambar je la ek.


Ketika masih berumur setahun


Setelah berumur 2 tahun

Tetiba blank la pulak, langsung takde idea nak tulis apa. So nanti-nanti la cerita tentang peel Isyraf setelah berumur 2 tahun. Yang pastinya malam 3 Julai tu Isyraf jadi terlebih hyper. Terlompat sana, terlompat sini. Panjat sana, panjat sini. Pastu gelak kuat-kuat then jerit-jerit. Agaknya happy sangat kot nak jadi tua. Hehehe....

Monday, July 4, 2011

Happy 2nd Birthday

Happy Birthday To You...
Happy Birthday To You...
Happy Birthday To Isyraf...
Happy Birthday To You


- Posted using BlogPress from my iPad

Wednesday, April 27, 2011

Wordless Wednesday

Serupa tapi tak sama

Tuesday, April 26, 2011

Introducing......

Nur Safiyyah Insyirah
D.O.B - 6 Januari 2011
Hospital Ampang
3.45 kg
50 cm

Untuk pengetahuan umum, ni lah anak kedua saya aka adik kesayangan Isyraf. Huhuhu... Lama sungguh tak update blog sampai dah dapat anak lagi sorang. Dah nak masuk 4 bulan dah pun anak dara saya ni. Sorry la ye sayang, terlambat nak introduce, mummy busy.

Monday, April 11, 2011

Setelah Sekian Lama....

Huh... Lama giler tak update blog. Dah dekat setahun. Mula-mula tak dapat nak update sebab terlampau busy ngan keje, pastu terus takde mood nak update ditambah lak ngan cuti lama serta kemalasan melampau. Ni baru seminggu masuk keje, melambak-lambak email nak kena baca and keje nak kena buat. Ni pun curi-curi je buat entry. Okay la esok-esok I sambung lagi k. Sebelum tu terima la gambar ni buat tatapan semua pembaca blog ni (ada lagi ke orang yang baca blog ni. hehehe...)


Monday, April 19, 2010

Macam-macam....

Jap... Nak lap-lap dulu habuk-habuk ngan sawang-sawang kat blog ni. Fuh.. lama sungguh tak update. Tersangat busy dengan keje dan juga family sampai tak sempat nak update blog. Sekarang ni kerja menimbun-nimbun sampaikan takde masa untuk diri sendiri. Baru-baru ni I sakit pun tak dapat nak cuti sampai la ke hari ni. Maybe esok baru bole cuti kot. Tu pun sebab nak bawak Isyraf pegi klinik.

Oh ye bercerita tentang Isyraf, anak kecik kesayangan I tu asyik la tak sihat sejak akhir-akhir ni. Baru je baik demam tak sampai seminggu pastu demam balik. Baru je baik demam sekali lagi, kena batuk yang agak teruk package sekali dengan selsema. Tak cukup ngan tu, batuk dah seminggu lebih tak baik-baik sekarang ni macam nak kena sakit mata la pulak. Pegi klinik + hospital dah tak terkira berapa kali. Ubat pun dah macam-macam Isyraf telan. Harap-harap lepas ni Isyraf dah tak terkena penyakit-penyakit durjana itu.

Nasib baik la dalam banyak-banyak benda tak best tu ada gak la benda yang best. Hehehe... Yang bestnya I baru je join satu biz yang sangat berbaloi-baloi. I suka sangat biz ni sebab takde la memerlukan commitment yang sangat tinggi hingga terabai anak dan suami. Cuma perlu rajin berusaha je. Rasanya semua benda memang perlukan usaha, susah la nak dapat benda yang datang bergolek camtu je. Hubby pun support I buat biz ni dengan sepenuh hati. Hehehe... So pada sape-sape yang berminat nak tau tentang biz ni bole la email I. My email add ielya.reha@gmail.com

K la setakat tu je la kot nak share buat kali ni.