Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, February 5, 2010

2 in 1 celebrations dan penyejuk hati...

Semalam I memang sangat2 marah. Tak pernah I rasa marah macam tu. Sebab benda tu jadi waktu pagi, so satu hari I takde mood. Bukan sekali cipan tu carik pasal ngan I dah banyak kali la gak, tapi semalam dia betul-betul melampau. Sampai dah balik pun, I still rasa cam tak best.

Bila cite kat Hubby, dia ajak kuar makan konon2 untuk cool down la. Hubby memang dah lama ajak kuar makan sebab dia dapat increment tapi I asyik dok tanguh je sebab ingat nak pegi during weekend. Kebetulan semalam pun Isyraf's 7th month birthday I pun setuju je la. So semalam kami sefamily pun pegi la makan2 kat San Francisco Steak House.

Okay la I pun dah tak tau nak cite apa, so I buat cite bergambar la pulak ek..


Muka happy budak umur 7 bulan.


Isyraf pun sibuk nak tolong pilihkan untuk mummy ye...


Sesi memilih lobster.
Lobster yang I pilih dah
kena tangkap pun.


Mr Lobster...


Our dinner...


Hubby's...
BBQ Rib
.


Mine. Lupa la pulak nama masakannya.
Half with mushroom and cheese and another half with garlic.

Isyraf punya makanan takde sebab dia dah makan masa kat umah. Lagipun masa tu dah pukul 9 p.m macam lewat sangat lak kalau nak bagi Isyraf makan. Tapi sian gak tengok Isyraf yang terkebil-kebil tengok Mummy ngan Daddy makan. Nanti bila Isyraf dah besar, Mummy and Daddy bawak pegi makan sedap2 k...


Cubaan nak amik makanan Mummy.


Waiter yang sangat rajin melayan Isyraf.


Thursday, February 4, 2010

7 Months

Oh ye semalam Isyraf cukup 7 months. Update on Isyraf
  • Suka sangat makan bubur. So sekarang ni memang I kena masak tiap-tiap hari untuk bekal Isyraf pegi nursery. Kadang-kadang memang la penat and rasa macam tak larat je nak masak, tapi bila fikirkan Isyraf yang tak berapa nak makan cereal I gagahkan la gak hati untuk masak. Actually I happy sangat bila Isyraf lagi prefer bubur yang I masak compare to cereal, tapi leceh sikit la kalau nak pegi holiday. Masa kitaorang pegi Langkawi + PD baru-baru ni (tu nanti cite next entry k), Isyraf memang sangat-sangat kurang makan sampaikan perut dia masuk angin. Hasilnya masa kat PD aritu Isyraf asyik muntah je. Semua benda yang masuk perut dia akan keluar balik.
  • Isyraf sekarang dah tak berapa nak ngan orang. Yang I herannya Isyraf hanya akan jadi camtu bila ngan family members je, tak kira la family sebelah I or family sebelah hubby. Tapi kalau ngan strangers okay je dia.
  • Sekarang ni Isyraf tengah sibuk practice goyang punggung and practice nak duduk sendiri. So far yang I perasan dah 3 kali Isyraf duduk sendiri. Isyraf hanya akan practice nak duduk sendiri tu bila dia kat atas tilam, sofa or mana2 tempat yang lembut la. Kalau I letak dia atas lantai memang Isyraf tak akan cuba untuk duduk sendiri.
  • Isyraf gak dah boleh duduk unsupported lebih lama. Isyraf gak dah pandai ubah posisi dari duduk ke meniarap slow2. So takde la dia main hentam je sampai terantuk kepala kat lantai.
  • Isyraf juga dah ada sebatang gigi bawah. Nasib la masa dia nak tumbuh gigi dulu, dia x demam or cranky. Sedar2 je dah ada gigi. Tapi tak tau la pulak untuk next gigi camana pulak.
  • Semakin lasak. Isyraf sekarang ni sangat-sangat lasak. I rasa kalau I full time jaga dia aka SAHM memang I akan kurus la. Hehehe...
  • Dah tak guna pacifier. Actually I memang jarang bagi Isyraf guna paci, tapi kalau kat nursery I tengok memang diaorang selalu bagi paci kat dia which is I tak suka. So masa I cuti 10 hari aritu I stop bagi Isyraf paci. Masa tu I tengok okay je Isyraf without paci cuma susah sikit bila nak tido la. Kalau dulu bila dah time tido I just bagi Isyraf paci, letak dia dalam cot and biarkan je and Isyraf akan tido sendiri. So sekarang bila nak tido, I or Hubby kena peluk, tepuk and goyang2kan dia sikit baru Isyraf tido.
  • Masih lagi senang untuk tido. Isyraf akan tido every 3 hour. And kalau malam paling lewat tido pun dalam pukul 10, kecuali kalau keluar or I kacau dia sebab tak puas nak golek2 ngan dia. Hahaha...
So far tu je la yang I ingat. Later2 nanti kalau I ingat I tambah lagi. Bye...

Kebusyan yang melampau....

Huhuhu....

Lama giler tak update blog. Busy sgt2 sejak akhir2 ni. Baaaaaaanyakkkkkk sgt benda nak cite, tapi jap2 lagi la ek.

Sekarang ni tak boleh nak cite sebab tengah angin satu badan ngan ada sorang umat kat ofis ni. Memang dasar cipan betul. Mentang2 la pangkat ko lagi tinggi dari aku, sesuka hati ko je nak buli aku ek. Ko memang TENUKKKKKKKKKKKK. Wei aku 41 la bukan despatch yang bole ko suruh antar surat by hand dari tingkat 14 sampai tingkat 18. Yang ko lembab sgt buat keje nape? Lepas tu nak menyusahkan hidup aku lak. Jangan harap la aku nak respect ko, kalau perangai ko macam tu.

Okay la malas nak angin2. Nak cool down jap. Nanti kalau dah okay, I'll uodate this blog. Bye....

Friday, January 8, 2010

Malaysia Chocolate Fair 2010 (MCF 2010)

FYI, MCF 2010 ni diadakan kat Mid Valley Exhibition Centre start dari hari ni sampai hari ahad. For more info sila click sini. Jom serbu ramai-ramai. I kalau bab chocolate ni memang tak boleh nak menahan nafsu. Camane la nak kurus kalau camni....

Wednesday, January 6, 2010

Isyraf yang sangat sporting...

Semalam I ngan Hubby cuti sebab nak pegi amik kunci umah. Masa ari Isnin Hubby tanya I nak bawak Isyraf sekali ke. And I jawab of course la kena bawak. I rasa cam tak best je kalau cuti tapi still hantar Isyraf pergi nursery. Maybe sebab I tak berapa percaya kalau orang lain yang jaga Isyraf.

So semalam lebih kurang pukul 10 pagi baru kitaorang bertolak pegi Setia Alam. Lambat sikit bertolak sebab I masak bubur untuk Isyraf dulu. Kalau dulu just perlu bawak bekalan susu, tp sekarang kena bawak bekal bubur gak.

Lepas settle amik kunci, kitaorang singgah Jaya Jusco Bukit Raja. Tetiba I rasa teringin nak tengok wayang. Lama giler tak tengok wayang. Last tengok wayang dua hari sebelum I deliver Isyraf. Mula-mula Hubby cam tak setuju nak tengok wayang. Yea la kan kitaorang bawak Isyraf sekali. So macam tak sesuai je nak tengok wayang. Tapi I cakap ngan Hubby kalau Isyraf nangis je, cepat-cepat la kuar dari cinema tu. Ngan Isyraf lak I pesan suruh dia behave dalam cinema tu. I janji ngan Isyraf kalau dia behave next time I bawak lagi dia tengok another movie.

So Hubby pun pegi la beli tiket cite Alvin and The Chipmunks. Before masuk cinema tu I still rasa cam was was. Yea la kalau Isyraf buat perangai or meragam leceh gak. Nanti mesti orang marah + menyampah ngan kitaorang. Tapi kitaorang masuk jugak la, tiket pun dah beli kan.

Mula-mula masuk tu Isyraf macam jakun tengok screen. Mesti dia terfikir nape lak 'tv' ni besar sangat. Diam je Isyraf tengok screen. Kebetulan kat seat sebelah I kosong, I pun letak la Isyraf kat seat tu (tapi I pegang la Isyraf). Elok je duduk sesorang kat situ sambil tengok screen. Tak nangis pun. Dalam 15 minit lepas tu, I angkat Isyraf and dudukkan dia on my laps. Kesian lak biar Isyraf duduk sorang-sorang. Tak lama lepas tu rupa-rupanya Isyraf dah tertido. Boring sangat ke movie tu sayang sampai bole tertido. Sebenarnya I memang tak sedar langsung yang Isyraf dah tertido. Nasib la Hubby jenguk tengok muka Isyraf, kalau tak sampai kesudah I tak tau yang Isyraf dah tido. Hehehe...

Lama la gak Isyraf tido, dalam setengah jam gak la kot. Bangun je dari tido, Isyraf sambung balik tengok movie. Tapi bila cite dah nak abis Isyraf start merengek sebab nak susu. Camane la nak buat susu dalam cinema yang gelap tu. I pun pujuk-pujuk la Isyraf, nasib la dia diam pastu. Abis je movie cepat-cepat I buat susu and bagi kat Isyraf. Susu tu kira cam upah la sebab Isyraf sangat-sangat baik masa tengok wayang. And Hubby pun setuju nak bawak Isyraf twngok wayang lagi lepas ni. Bagi I lak Isyraf memang best and sangat sporting. Isyraf sangat memahami yang mummy and daddy dia dah lama tak dapat masuk cinema.

Monday, January 4, 2010

Yeaaaaaaaaayyyyyyy.....

seronok... best... happy... sebab cuti2 I utk bulan ni semua dah di approvekan. cuti2 saya untuk bulan Januari adalah seperti berikut:

5 Jan - amik kunci umah

11 Jan - Isyraf's 6 month check up

25 - 29 Jan - Langkawi. Balik Langkawi sambung lak holiday kat PD. Hehehe...

First Day....

Hari ni first day bebudak sekolah dan hari ni gak first day Isyraf bawak bekal bubur pegi nursery. Hehehe.... Makan tau sayang, penat mummy masak tu.