Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, January 6, 2010

Isyraf yang sangat sporting...

Semalam I ngan Hubby cuti sebab nak pegi amik kunci umah. Masa ari Isnin Hubby tanya I nak bawak Isyraf sekali ke. And I jawab of course la kena bawak. I rasa cam tak best je kalau cuti tapi still hantar Isyraf pergi nursery. Maybe sebab I tak berapa percaya kalau orang lain yang jaga Isyraf.

So semalam lebih kurang pukul 10 pagi baru kitaorang bertolak pegi Setia Alam. Lambat sikit bertolak sebab I masak bubur untuk Isyraf dulu. Kalau dulu just perlu bawak bekalan susu, tp sekarang kena bawak bekal bubur gak.

Lepas settle amik kunci, kitaorang singgah Jaya Jusco Bukit Raja. Tetiba I rasa teringin nak tengok wayang. Lama giler tak tengok wayang. Last tengok wayang dua hari sebelum I deliver Isyraf. Mula-mula Hubby cam tak setuju nak tengok wayang. Yea la kan kitaorang bawak Isyraf sekali. So macam tak sesuai je nak tengok wayang. Tapi I cakap ngan Hubby kalau Isyraf nangis je, cepat-cepat la kuar dari cinema tu. Ngan Isyraf lak I pesan suruh dia behave dalam cinema tu. I janji ngan Isyraf kalau dia behave next time I bawak lagi dia tengok another movie.

So Hubby pun pegi la beli tiket cite Alvin and The Chipmunks. Before masuk cinema tu I still rasa cam was was. Yea la kalau Isyraf buat perangai or meragam leceh gak. Nanti mesti orang marah + menyampah ngan kitaorang. Tapi kitaorang masuk jugak la, tiket pun dah beli kan.

Mula-mula masuk tu Isyraf macam jakun tengok screen. Mesti dia terfikir nape lak 'tv' ni besar sangat. Diam je Isyraf tengok screen. Kebetulan kat seat sebelah I kosong, I pun letak la Isyraf kat seat tu (tapi I pegang la Isyraf). Elok je duduk sesorang kat situ sambil tengok screen. Tak nangis pun. Dalam 15 minit lepas tu, I angkat Isyraf and dudukkan dia on my laps. Kesian lak biar Isyraf duduk sorang-sorang. Tak lama lepas tu rupa-rupanya Isyraf dah tertido. Boring sangat ke movie tu sayang sampai bole tertido. Sebenarnya I memang tak sedar langsung yang Isyraf dah tertido. Nasib la Hubby jenguk tengok muka Isyraf, kalau tak sampai kesudah I tak tau yang Isyraf dah tido. Hehehe...

Lama la gak Isyraf tido, dalam setengah jam gak la kot. Bangun je dari tido, Isyraf sambung balik tengok movie. Tapi bila cite dah nak abis Isyraf start merengek sebab nak susu. Camane la nak buat susu dalam cinema yang gelap tu. I pun pujuk-pujuk la Isyraf, nasib la dia diam pastu. Abis je movie cepat-cepat I buat susu and bagi kat Isyraf. Susu tu kira cam upah la sebab Isyraf sangat-sangat baik masa tengok wayang. And Hubby pun setuju nak bawak Isyraf twngok wayang lagi lepas ni. Bagi I lak Isyraf memang best and sangat sporting. Isyraf sangat memahami yang mummy and daddy dia dah lama tak dapat masuk cinema.

2 comments:

Marsha~ said...

pandaaaaaaaaaiiii isyraf tgk wayang.. sy belum berani nk bwk qila.. dia mana boleh duduk diam2.. kang dia jerit buat malu je

gee ryder said...

wah bagus isyraf sgt behave..sbb gelap sgt n sejuk tu yg dia tetido tu hehe