Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, November 13, 2009

Melaka

Saya tau entry ni dah basi berkulat, siap expired lagi. Tapi saya tak kira nak gak buat entry ni.

My Hubby keje 6 days a week, dh ala2 bangla lak. Bosan gak sbb jarang dapat g jln2. So disebabkan Deepavali aritu was on Saturday, so Hubby dapat extra cuti la. Saya pun amik la kesempatan tu ajak Hubby g holiday. At first saya ajak Hubby g Bukit Tinggi, tp Hubby cam tak agree je, so saya ajak Hubby g A Famosa Resort. Nasib la Hubby setuju.

Pagi2 Sabtu tu kami sefamily (me, Hubby and Isyraf) pun gerak la dari umah. Xde la pagi sgt pun, around 11 a.m, singgah lunch and sampai Alor Gajah around 2 p.m. Tp xleh nak check in lagi sbb bilik x ready. So terpaksa la tunggu kat lobby. Dlm pukul 3 gak la baru leh check in, tu pun sbb akak receptionist tu dh kesian tgk Isyraf buat macam2 aksi.


Anak ngan bapak yang kebosanan tunggu bilik


Masuk2 je bilik Isyraf and Hubby terus tertido. Half an hour lepas tu, Hubby bangun n ajak g Bandar Melaka. Susah ok nak carik A Famosa. Berpusing2 kitaorg kat area town tu tp x jumpa2 gak. Signboard mmg kurang (x pasti lak klu saya yg x nampak), and klu ada pun agak kecik. Saya dh la rabun, camana la nak baca signbord kecik2 ni. After tanya beberapa orang kat tepi jalan, baru la kitaorg A Famosa yang dicari2.

Bila dh jumpa tu baru la saya tau nape susah sgt nak jumpa. Rupanya tempat tu dh developed sgt2. Masa pegi kecik2 dulu, sekeliling tempat tu just ada rumah2 kedai je, tp sekarang macam-macam ada.

Benda pertama yg kami tuju adalah beca. Maklum la kat KL mana ada beca2 ni. Kesian gak kat pakcik beca yg bawak kitaorg tu, mesti dia penat. Almaklumlah saya ngan Hubby ni bukannye tergolong dlm golongan yang ringan. Tp pakcik tu memang sporting sgt. Dia banyak gak tolong amik gambar kitaorg.


Ni la beca yang kitaorang naik


Tengok la muka pakcik yang bawak beca tu
Cam termengah-mengah je. Kesian pakcik...


After naik beca tu kitaorg pusing2 jap kat area Bandar Melaka tu. Tp x lama la pusing2, shopping pun x sempat sbb masa tu dh nak dekat senja. Then terus bergegas kitaorg balik Alor Gajah kembali sbb plan nak g Cowboy Town malam tu.


Cak...


"Meriam ni besi ke plastik ek?"


Sampai hotel, siap2 terus kuar balik ingat nak g Cowboy Town. Masa kitaorg sampai kat ticketing counter dh around 9 p.m., rasa cam membazir je klu nak masuk memandangkan byk show dh start. So kitaorg cancelkan je la hasrat nak masuk Cowboy Town tu. Klu tau nak jadi camni, baik shopping je kat Bandar Melaka tadi xpun ajak Hubby g makan2 kat Umbai. Lepas tu kami terus g makan n lepak2 tengok tv kat hotel.

Ok la untuk cerita esoknya saya sambung next post la ek.

Wednesday, November 11, 2009

Bengkel @ Grand Season

Hari ni saya ada bengkel kat Hotel Grand Season. Another mengular session. Huhuhu... Saya sebenarnya suka je gi bengkel or seminar or kursus or whatever la. Sebabnya boleh dapat makan free. Especially kalau kat Grand Season ni laaaaaagi la saya suka, sebab makanannya amat enak.

Tapi kesian kat partner saya yang duduk sebelah saya kat ofis tu, selalu je kena tinggal ngan saya. Dah la kami ni duduk terpinggir jauh dari kengkawan yang lain. Tapi xpe, next week dia lak tinggalkan saya. Dia ada kursus kat Penang for 3 days. Lagi syiok. Kan Nani?

Opss bengkel dh nak start la. Later2 la saya update lagi.

Update:
Saya dapat pendrive free lagi tapi 2GB je la. Aritu dah dapat masa NAFAM, ni dapat lagi. So saya bole la start hobi baru iaitu buat collection pendrive. Huhuhu...

Tuesday, November 10, 2009

Terlepas Stesen

Hari ni saya pegi keje naik lrt. Actually sejak dah ada baby ni memang selalu saya pegi keje naik lrt. Before this memang Hubby akan antar sampai ofis, tp sekarang mmg jarang la Hubby hantar sampai ofis. Selalunya lepas antar Isyraf, memang jalan dah jem, so kalau nak naik kete pegi ofis memang akan merahlah punch card ku.

So as usual pagi ni saya pun naik la lrt dari Sentul Timur. Selalunya saya akan turun kat Sultan Ismail, tapi pagi ni masa sampai kat Sultan Ismail saya boleh buat bodoh je. Hari ni lama lak lrt berenti kat situ, so saya pun cam wondering la nape la lrt ni berenti lama sgt ni. Saya pun tengok2 la kalau2 ada orang baru nak naik ke apa ke. Masa tu la saya terpandang signboard "Sultan Ismail" kat salah satu tiang kat stesen, and baru saya tersedar yang sepatutnya saya turun kat stesen tu. Masa tu pintu lrt x tertutup lagi, kalau saya nak keluar memang sempat la. Tapi malu punya pasal saya pun buat bodoh je la (ntah apa-apa je saya ni kan).

Akhirnya saya pun turun la kat next stesen which is Bandaraya. Maybe saya jadi macam ni sebab dah lama x naik lrt pegi keje kot. Last saya naik lrt pegi keje adalah on Thursday last two weeks kot, and after tu saya cuti sampai last Thursday. Last Friday ngan semalam Hubby yang antar saya pegi keje.

Sebenarnya apa motif yang saya cuba sampaikan kat sini pun saya x bape pasti. Lantak la janji ada post. Huhuhu... K la nak pegi meeting ni.

Friday, November 6, 2009

Manhattan Fish Market

Source : Google

Minggu lepas (x ingat lak hari apa), saya saje je ajak Hubby makan kat Manhattan Fish Market kat Ikano. Selalunya kalau pegi sana, mesti kitaorang makan kat Waroeng Penyet. Nasib la Hubby setuju nak makan kat MFM. Actually ni first time saya nak try makan kat MFM. Before ni dah banyak kali gak cam nak pegi makan kat MFM tapi asyik x jadi je.

Makanan yang kami order adalah seperti di gambar2 berikut ek.

Sweet Alabama Smoothie


Mushroom Soup & Clam Chowder


Flaming Platter


Grilled Catch of The Day


Opss... Ni bukan makanan, tp ini budak yang nyenyak tido while
mak bapak dia sibuk melantak.
Huhuhu..
.

Sedap gak la makanan kat MFM ni. Lepas ni bole pegi lagi. Lepas makan tu ingat nak pegi jalan2 tapi x sempat sebab dah pukul 10 mlm. Balik rumah je la jawabnya.

A few days after that, Hubby ajak pegi makan kat Waroeng Penyet lak. Huhuhu... Tapi x amik gambar la pulak. And saya adalah kecewa sebab Jus Alpukat xde.

Wednesday, October 28, 2009

Back to office

Today i'm back to my office lepas 2 hari mencuri tulang ke konvensyen NAFAM.
Actually ada a few stories nak cite kat blog ni,
tp td terlupa lak nak bawak memory card datang office,
nak transfer gambar.
Maybe esok bole la buat kot.

Pagi tadi my team g MPH Mid Valley nak survey buku-buku yang nak dibeli.
So sekarang ni nak prepare list buku2 yang nak dibeli untuk submit kat boss for approval.
Hopefully dapat la budget untuk beli buku2 ni.

Tuesday, October 27, 2009

NAFAM




Hi...
Sekarang ni saya ada kt pwtc, ada konvensyen NAFAM (National Asset & Facility Management).
Saya kena gantikan my boss, coz dia ada kursus 6 minggu kat Putrajaya.
Ok la gak konvensyen ni, tapi ramai sangat orang. Huhuhu...

p/s : Saya tengah bengang sangat2 ngan babysitter Isyraf. Nanti la cite bout her.

Friday, October 23, 2009

Intro...

Hi everyone....

Xtau la nak start camane.
Actually saya dh lama dlm dunia (
dunia katanya) blog ni, tp just jadi silent reader je.
Hoping from one blog to another.

Dah lama gak terfikir nak buat blog sendiri, tapi macam xde idea je nak tulis apa.

So at last saya kuatkan gak hati utk tulis blog sendiri, walaupun maybe xde orang nak baca pun.
Well tengok la sampai bila boleh bertahan.

Wish me luck k...