Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, March 15, 2010

Kembar tak seiras

Sejak akhir-akhir rasa macam takde mood je nak update blog. Xtahu la nape. Actually banyak je benda or cite nak share tapi asyik tanguh-tanguh je dan akhirnya terus tak update. Sindrom kemalasan nak update yang melampau. Maybe sebab keje menimbun-nimbun kot.

Okay la hari ni I nak share cite tentang dua orang budak 'kembar' yang sangat-sangat la berbeza. Berbeza sebab diaorang hanya jadi 'kembar' sebab lahir on the same day. Mereka adalah Isyraf dan Adzryl. Isyraf ngan Adzryl ni dua-dua lahir 4th July 2009, cuma Adzryl lahir lebih kurang 2 hours earlier. Kiranya Adzryl ni abang kecik la pada Isyraf. Hahaha...



Kembar Pertama : Adzryl Faheem aka budak-comel-dagu-berlekuk aka abang kecik


Kembar Kedua : Isyraf Syahmi aka adik bam bam


Sabtu lepas I ngan Isyraf pegi umah Anita sebab nak dengar bout new bizz yang Anita join. Hubby tak dapat nak join sebab dia keje. Bizz ni sangat-sangat la best.

Masa mula-mula sampai Adzryl macam nak tido tapi terus tak jadi nak tido sebab dah jumpa geng. Isyraf lak sampai-sampai je terus kena tukar pampers sebab Isyraf dah buat big bisnes. Mummy nak dengar bizz talk, Isyraf dah buat bisnes dulu ek.

Isyraf sangat la melasak kat umah Anita. Sampai bawah meja pun Isyraf duduk main. Semua toys Adzryl, Isyraf sibuk nak conquer. Lepas tu asyik la membuli Adzryl. Nasib la Adzryl macho, merelakan apa je yang Isyraf buat kat dia. Adzryl lak cool je melayan Isyraf.



Tengok tu bawah meja pun Isyraf belasah main gak.
Oh ye sila abaikan rambut Isyraf yang agak compang-camping tu.
Ia adalah hasil kreativiti Mummy and Daddy Isyraf.


Gambar-gambar kat bawah ni lak bukti Isyraf membuli Adzryl. Mentang-mentang la dia lagi besar dari Adzryl, sesuka hati je nak buli Adzryl. Naughty Isyraf ni. Ada-ada je benda Isyraf nak buat kat Adzryl, nak cucuk mata la, nak tarik hidung la, macam-macam la. Adzryl lak cam redha je dibuli Isyraf. Good boy je Adzryl. Isyraf, tak baik tau buat camtu kat Adzryl.








Kat bawah ni lak gambar-gambar 'kembar' dua orang ni main sama-sama, walaupun sebenarnya Adzryl cuma jadi pemerhati.



Comel je muka Adzryl masa ni.
Abang kecik yang selalu mengalah ngan adik bam bam


Adzryl dah malas nak layan Isyraf




I paling suka gambar ni.
Cubaan Isyraf nak bermanja ngan Adzryl


Masa I tengah dengar bizz talk tu, Isyraf pun sibuk gak nak dengar. Tengok tu sampai ternganga mulut Isyraf dengar Auntie Ila cite tentang bizz. Isyraf pun cam berminat je nak join. Hehehe...




Gambar-gambar adalah dari official photographer untuk hari tu, En Fadzril aka Anita's hubby.

p/s : thanks to Anita n family sebab jemput kami dua beranak ni datang umah and sudi melayan kami dengan baik sekali. Nanti insya Allah kita jumpa lagi k.

Thursday, March 4, 2010

8 Months

Hari ni cukup la umur anak kecik kesayangan saya 8 bulan. Rasa cam baru semalam je lahirkan dia. Progress Isyraf for this month adalah seperti berikut:
  • Isyraf sekarang dah minum susu Frisolac 2. I ngan Hubby tukar susu Isyraf sebab susu Novalac IT tu tersangat la susah nak carik. Kekadang sampai dekat 10 farmasi kitaorang pegi baru dapat 1 tin. Memandangkan Isyraf pun dah start makan solid food so rasanya masalah constipation Isyraf dah takde. So far Isyraf serasi ngan Frisolac 2 ni. Nasib baik gak I tukarkan susu Isyraf sebab sekarang ni Isyraf sangat kuat menyusu. Paling minimum 30 oz sehari and kadang2 boleh sampai 40 oz sehari.
  • Setakat ni I masih lagi berjaya bekalkan Isyraf bubur masa kat nursery. Setakat ni Isyraf dah makan ikan bilis, salmon, ayam, carrot, broccoli, bayam, kentang, keledek, labu, pisang, epal, strawberi, celery, avocado
  • Isyraf dah pandai duduk sendiri and berdiri sendiri. Tapi Isyraf tak berapa suka nak duduk. Isyraf lebih suka memanjat sana sini nak berdiri. Memang kena sentiasa tengok Isyraf 24/7. Tapi dalam sentiasa tengok tu, ada gak sekali dua Isyraf jatuh masa tengah sibuk memanjat tu. For me jatuh tu memang adat la bagi budak2 macam Isyraf. Part of learning process.
  • Isyraf masih lagi tak expert merangkak. Isyraf lagi prefer mengesot dari merangkak. I rasa Isyraf macam nak skip je part merangkak ni. Maybe Isyraf nak terus berjalan je kot. Huhuhu... Kalau I letak je Isyraf dalam walker, laju je Isyraf explore satu umah especially dapur. Walker tu memang mainan favourite Isyraf. Kalau Isyraf nampak je walker tu, laju je Isyraf mengesot pegi kat walker tu.
  • Rutin tido masih lagi sama. Waktu siang kalau tak pegi mana2 Isyraf akan tido setiap 3 jam untuk 1-2 jam. Malam lak waktu tido Isyraf antara pukul 9-10 malam. Bangun lak dalam pukul 7 pagi camtu, tapi tengah-tengah malam tu ada la gak Isyraf bangun nak susu.
  • Dah ada dua batang gigi bawah. Gigi atas dalam proses nak tumbuh. Sekarang ni dah nampak white spot kat gum bahagian atas. Setakat ni Isyraf takde la demam or meragam masa nak tumbuh gigi. Alhamdulillah sangat-sangat.
  • Mulut Isyraf sekarang ni semakin bising. Kalau kat umah asyik membebel sampaikan mata dah pejam pun mulut still lagi membebel, tapi kalau jumpa ngan orang yang Isyraf tak kenal terus berubah jadi pemalu gitu. Mesti Isyraf stare tengok muka orang tu sambil buat muka blur ngan mulut ternganga. Selalunya kalau Isyraf membebel tu, I akan ajuk balik apa yang Isyraf cakap. Pastu mesti Isyraf akan gelak kaw2, maybe Isyraf assume yang I faham apa yang dia tengah sibuk bebel tu.
  • Semakin manja ngan Daddy. Kadang2 I cam sedih gak bila I tengah dukung, Isyraf nangis2 nak kat Daddy dia. Tapi bila fikir on positive side benda ni ada gak baiknya kalau nak compare ngan dulu Isyraf asyik nak berkepit ngan I je. Tak lama lagi I maybe kena pergi kursus for 2 weeks, so kalau Isyraf tak nak Daddy dia camane I nak tinggalkan Isyraf dengan my Hubby masa I pergi kursus nanti. Bila fikir tentang kursus ni rasa cam tension je. I tak pernah berpisah dengan Isyraf tetiba nak kena tinggalkan for 2 weeks. Lama tu. Uwaaa...
  • Isyraf sekarang dah pandai dengar azan. Walau sesibuk mana pun Isyraf tengah main, kalau dengar azan Isyraf akan senyap and dengar sampai azan abis. Kadang2 ada gak Isyraf try nak ikut cam azan tu.
  • Isyraf gak dah pandai macam nak kiss I. Selalunya kalau Isyraf tepuk2 muka I and then I cakap sakit, cepat2 Isyraf nganga mulut and lekapkan kat pipi I. Kadand2 macam nak gigit pun ada. Hahaha...
Setakat ni tu je yang I ingat tentang progress Isyraf for this month.