Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, November 30, 2009

Jalan-Jalan Cari Makan 1

Ni cerita last week tapi baru sempat nak update hari ni. Last Wednesday I ajak Hubby pegi makan kat Chili's One Utama. Saje je I nak belanja Hubby, konon2 nak celebrate gaji dah masuk. Ntah apa2 ntah, cam baru dapat 1st salary je. Hehehe... Rasa cam dah lama tak dapat gaji kot, tu yang beria nak celebrate. Maybe sebab last monthnye gaji dapat awal sangat kot, tu yang rasa cam dah lama tak dapat gaji.

Hari Rabu tu after maghrib, baru la kitaorang gerak pegi OU. Sampai2 kat sana kitaorang terus pegi Chili's tapi masa tu meja kat non smoking area semua dah penuh, so terpaksa la tunggu. After dah register nama kat waiting list kitaorang pegi jalan2 kat Toys"R"Us. Rasa cam nak pengsan je tengok toys untuk baby. Kalau I millionaire memang I beli semua untuk Isyraf, tapi apakan daya I bukan millionaire. Huhuhu... Actually I sangat2 la nak belikan jumperoo untuk Isyraf, tapi mahal sangat la. Macam tak berbaloi je kalau beli, tapi macam best je kalau dapat belikan untuk Isyraf. Nak beli ke tak ek? Alangkah bestnya kalau I duduk kat US, barang2 Fisher Price tersangat la murah kat sana. Ada sape2 tak nak pegi US, bagitau I ek boleh I kirim :p

Okaylah back to cerita makan2. Lebih kurang pukul 10 baru la kitaorang gerak pegi Chili's balik. Masa tu memang dah tak berapa ramai orang kat sana. Terus dapat table and mengorder secepat mungkin sebab dah lapar.

Muka happy sebab nak pegi jalan2


Our dinner


Malam tu Hubby and I dapat makan dengan tenang sekali sebab Isyraf dah tido masa makanan sampai. Elok je kitaorang abis makan dia terjaga. Lepas tu terus balik umah, tapi letih gak la Hubby nak angkat stroller turun escalator sebab semua escalator dah distopkan. Lift lak dah kena tutup ngan roller shutter.

Thursday, November 26, 2009

Baby Products Tag

Tagged by : Amie & Hanin

5 expensive baby related product I don't regret buying

  • The First Years Close and Secure Sleeper with Airflow Positioner - Bagi I, Close and Secure Sleeper ni mahal sebab boleh guna sekejap je. Disebabkan Isyraf agak panjang, I cuma sempat guna benda ni dalam 2 months je kot. Lepas tu Isyraf dah tak muat nak tido dalam tu. Walau camane pun I tetap rasa benda ni best sebab Hubby and I boleh tido sekali ngan Isyraf atas katil tanpa perlu rasa risau terhimpit Isyraf. Maklum la baby baru lahir sangat la kecik, so sangatlah bahaya kalau terhimpit. Airflow Positioner tu pun best gak. Dia cam hold Isyraf, so Isyraf akan rasa macam sentiasa dipeluk la kot.
  • Bumbo Seat - Bumbo Seat ni I beli kat BabyJaya. A few days after tu I pegi My Dear Warehouse sale and kat sana harga dia 50 ringgit cheaper than kat BabyJaya. Masa tu rasa cam rugi sangat, ye la macam2 boleh buat apa ngan 50 ringgit tu. Bumbo Seat ni memang sangat2 membantu sebab Isyraf tak berapa suka baring. Selalunya kalau I tengah nak kemas umah, I akan masukkan dia dalam Bumbo Seat tu and letak dia depan tv. Selalunya Isyraf akan duduk diam sambil tengok tv. Kadang-kadang sampai tersengguk-sengguk Isyraf duduk kat situ.
  • Avent Out & About Set - Bagi I memang berbaloi-baloi la beli set ni. Avent breast pump tu sangat best. Walaupun manual je, tapi bagi I yang tak fully BF ni ok la kalau nak comparekan ngan harga pump tu. Ye la, kalau I beli breast pump yang mahal2 tapi masih tak berjaya nak fully BF cam membazir la pulak. Lagi satu yang best tentang set ni sebab dia ada cooler bag yang agak cantik.
  • Woodwards Baby 3 in 1 Infrared Thermometer - Thermometer ni best sangat2. Senang nak guna. Bole guna kat dahi or telinga. Kalau nak guna kat telinga pun, tak perlu nak tarik2 cuping telinga baby cam sesetengah thermometer. Before beli thermometer ni, I ada beli Infrared Ear Thermometer tapi bacaannya sangat la tidak accurate. Mula2 check, dia detect suhu sampai 38.3 lepas tu check sekali lagi dah jadi 36.8. Tapi kalau guna thermometer ni bacaannya memang consistent. Kalau ada beza pun dalam 0.1 or 0.2 je.
- ada 4 je la. kira ok la ek.

5 cheap baby related product I don't regret buying
  • Pureen Teether - Teether ni jenis yang isi air kat dalam tu. Isyraf suka sangat ngan teether ni. Kadang2 dia tak layan toys yang lain kalau dah dapat teether ni. Isyraf akan hisap, gigit, jilat and macam2 lagi la dia buat kat teether ni.
  • Little Bean Sterilizer - For me murah la sterilizer ni kalau nak dibandingkan dengan brand lain. Walaupun murah, I rasa performance dia sama je ngan sterilizer lain yang mahal2 tu.
  • Soft Toys - Soft toys Isyraf ada macam2 brand. So far dia suka je main semuanya especially yang ada cermin. Kalau dapat cermin tu, mesti dia senyum sorang2. Huhuhu... Mesti dia rasa cam dia chomel kot, tu yang dia senyum2 tu kot.
  • Sticker Baby Mickey - Sticker ni I beli kat kedai 2 ringgit. Ni bukan sticker yang kecik2 tu, tapi sticker yang besar. I tampal sticker ni kat almari baju Isyraf. Isyraf kalau nampak sticker ni, kalau tengah nangis pun bole senyum tiba2. Pastu cam borak2 ngan sticker tu. Chomel je I tengok. Huhuhu... Maybe dia ingat sticker tu kawan dia kot.
- ni pun ada 4 je. kira ok la ek.

Sekarang I nak tag:

- Cikpid
- Anita
- Ety

Di manakah Isyraf???

Start from monday, nursery Isyraf tutup sebab pengasuh2 semua kena pegi kursus. Adalah sangat tidak sesuai kalau I nak cuti the whole week. So I telah mengatur strategi untuk mengelakkan I amik cuti lama sangat. Tapi untuk langsung tidak mengambil cuti, adalah sangat2 mustahil. After discuss ngan hubby I pun amik la cuti untuk ari Selasa ngan Rabu yang lepas. So cuba teka di manakah Isyraf masa hari Isnin ngan hari ni? Ntah apa2 ntah I ni, nak ajak orang main teka-teki la pulak.

Mesti takde orang tekakan. Jadinya biarlah I berterus-terang. Isnin aritu I hantar Isyraf pegi umah my mom. Nasibla monday tu my mum cuti, so save cuti I sehari.

Hari ni pulak I bawak Isyraf pegi ofis. I berani bawak Isyraf datang ofis ari ni sebab ramai yang amik cuti. Sekarang ni Isyraf tengah tido. Setakat ni dia takde la meragam or buat perangai. Main sorang2 je dia. Nangis bila nak susu or nak tido. Good boy betul la anak mummy ni. Lain kali boleh bawak datang ofis lagi. Hehehe... :p

Monday, November 23, 2009

Babysitter vs Nursery

Hello everyone...

I rasa isu nak antar baby kat mana after maternity leave adalah dilema bagi semua working moms. I dulu pun masa dah nak abis maternity leave, tersangat la susah hati sampai nangis2 fikir nak hantar Isyraf kat mana. Sampaikan I terfikir nak amik unpaid leave. Tapi kalau I amik unpaid leave maybe ada masalah lain lak melanda. Lagipun I baru je join keje kat tempat I keje sekarang, and my unit tengah kekurangan staff. So nak tak nak I kena gak hantar Isyraf kat babysitter and nursery.

Mula-mula I memang nak hantar Isyraf kat nursery yang dekat ngan ofis I, boleh I pegi jenguk2 dia during lunch time. Tapi masa tu kes H1N1 tengah hot. So I rasa sangat la tak selamat nak antar Isyraf pegi nursery. After discuss ngan Hubby, kitaorang pun agreed nak hantar Isyraf kat babysitter. Masa tu tinggal lagi 2 minggu my maternity leave nak abis. Kelam kabut gak la kitaorang nak carik babysitter. At last dapat la gak babysitter untuk Isyraf. Mula2 I rasa lega gak sebab dia just jaga Isyraf sorang je.

First day I antar Isyraf, I dah rasa tak berapa best. Hari tu I terlupa nak bagi plastik bag untuk baju kotor, dia boleh pegi sumbat baju kotor Isyraf sekali ngan baju yang belum pakai. Memang la dia ada letak changing mat in between, tapi salah ke kalau dia guna plastic bag dia dulu.

Lepas tu I start perasan yang Isyraf tak berapa nak minum susu. Meraung2 bila I nak bagi susu, macam la I nak suapkan dia racun. Isyraf lebih prefer minum plain water dari susu. Then I tanya la babysitter tu, kalau kat umah dia Isyraf minum tak susu. Dia kata ok je Isyraf minum susu. I pun confuse sampai I cakap kat Hubby Isyraf pandai berlakon. Ye la kat umah sendiri tak nak minum susu, tapi bila kat umah babysitter bole je minum susu.

Lagi satu yang I tak puas hati dengan babysitter ni, dia suka buat decision sendiri tanpa tanya I. Ada sekali tu I bagi dia susu baru (Mamex Gold) untuk Isyraf (Isyraf susah nak serasi ngan susu, so masa tu paed suruh try susu Mamex Gold tu), and I suruh la dia bagi susu tu kat Isyraf and stop bagi susu lama (Lactogen). Bila I balik keje, I tanya la dia ok tak Isyraf minum susu. Dia boleh cakap Isyraf tak suka susu Mamex tu, so dia maintain bagi Isyraf susu Lactogen. Masa tu memang I angin sangat-sangat. I maybe tak kisah dia buat camtu if dia call I and tanya boleh tak kalau dia nak bagi susu Lactogen sebab Isyraf tak nak minum Mamex. Kalau takut abis credit, sms je la and I'll call her back.

Tahap kesabaran I reached to the maximum level bila one day tu I balik keje, I nampak ada buaian tepi playpen Isyraf. Bila I tanya, dia kata dia tidurkan Isyraf dalam buaian sebab Isyraf meragam. Memang masa tu I rasa nak maki je dia. Maybe bagi certain orang tidurkan baby dalam buaian, benda kecik tapi bukan pada I and my Hubby. Kitaorang tersangat la takut ngan isu Shaken Baby Syndrome. Hari tu gak I nekad nak antar Isyraf kat tempat lain.

Start dari hari tu bermulalah mission nak carik nursery or babysitter baru. Sampai la I terjumpa nursery dekat dengan umah I. Ok la gak nursery ni, tak ramai sangat baby, lagipun nursery ni berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Bila dah confirm nak hantar Isyraf kat nursery tu, I pun bagitau la babysitter Isyraf. I just bagi reason yang I selalu lambat pergi kerja sebab nak pegi umah dia banyak sangat traffic light.

Before start antar Isyraf pegi nursery, I amik cuti seminggu sebab I nak train balik Isyraf minum susu macam biasa. Letih gak la I nak train Isyraf. So Isyraf start duduk nursery 6/11/2009. Masa start antar Isyraf kat nursery, dia memang tak berapa nak minum susu lagi tapi takde la sampai meraung-raung.

First 2 days Isyraf kat nursery, masa I amik dia waktu petang dia menangis tersedu-sedu walaupun tengah tido. Sampaikan second day tu Isyraf terus hilang suara. Dekat seminggu gak la Isyraf takde suara. Waktu tu kalau Isyraf tido, I kena duduk je sebelah dia sebab I takut tak dengar kalau dia nangis. Memang I kesian sangat kat dia. Masa tu sekali lagi I rasa nak amik unpaid leave. Start hari ketiga, I tengok Isyraf macam dah okay duduk nursery. Masa amik pun dah tak nangis and Isyraf dah okay gak minum susu.

Setakat ni dah 2 minggu Isyraf duduk kat nursery. So far okay la gak, tapi takde la 100% puas hati, of course la ada a few things yang I rasa cam tak berapa best. Tapi just benda-benda kecik je, so kalau benda-benda kecik ni I malas nak melatah tak tentu pasal. Kalau nak puas hati 100% jaga sendiri la kot, baru puas hati. Ada la beberapa perubahan positif yang I nampak kat Isyraf sejak dia duduk nursery ni. Antaranya sekarang ni Isyraf dah kurang menjerit. Kalau menjerit pun, takde la sekuat dulu. Dulu masa Isyraf duduk ngan babysitter, memang dia selalu menjerit. Kadang-kadang Isyraf menjerit nyaring sangat sampai bingit telinga I. Taktau la kenapa, maybe sebab suara babysitter tu kuat kot. Huhuhu....

Kesimpulannya I rasa duduk nursery lagi okay dari duduk dengan babysitter. Tapi I takde la kata semua babysitter tak okay. Memang tak dinafikan ada je babysitter yang tersangat la baik, tapi nak carik yang macam tu memang tersangat la susah. Memang dah takdir Isyraf kena duduk kat nursery, I redha je. Hope orang-orang kat nursery tu akan jaga Isyraf sebaiknya.

Okay la sebagai penutup entry ni, nah tengok la gambar budak kecik yang pasrah je kena buli ngan mummy n daddy dia.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Hobi baru Isyraf. Suka sangat hisap jari.


Cubaan membuat sanggul pada Isyraf

Friday, November 20, 2009

Cinta Adam & Hawa

Hi...

Baru lepas tengok cite Nur Kasih pastu sambung tengok Muzik2. Yeay lagu Cinta Adam & Hawa dapat masuk final. Cite Nur Kasih pun ada watak nama Adam. Suka2... I suka sangat nama A.D.A.M. Macam best je nama tu. Dulu ada gak berangan nak bagi nama anak Adam, tapi Hubby x setuju.

So kat bawah ni I saja je nak tepek lirik lagu Cinta Adam & Hawa.

Cinta Adam dan Hawa
Terbit di syurga terang di jiwa
Menggerakkan nurani
Mencari kasih suci
Sehingga kita yg tertinggal saling damba
Sentiasa rasa sunyi bersendiri

Mana dia kekasih hati
Mana dia pujaan ku yang sejati
Dengarlah bisikan asmaraku

(Korus)
Cinta Adam dan Hawa
Satu bersama satu terpisah
Buat diriku tertanya-tanya
Cinta Adam dan Hawa
Satu harapan, satu sandaran
Buat diriku rindukan dia

Kau yang aku puja
Kau yg aku cinta
Kasihku di Firdausi

Cinta Adam dan Hawa
Terbit di syurga terang di jiwa
Menjadi saksi impian murni

Alamak Isyraf dah nangis nak susu la. Nak pegi layan dia la pulak.

Bye...

Thursday, November 19, 2009

Besar Kepala!!!

Title entry cam entry amarah je, tapi entry ni bukanlah entry amarah ye. In fact I sekarang ni tengah happy menanti waktu balik. Tak sabar nak jumpa Isyraf si busyuk masham. Actually entry ni nak cite tentang kepala Isyraf yang dah membesar bagai johan. I memang x perasan yang kepala Isyraf dah membesar sebab masa check up baru2 ni, nurse xde ukur lilitan kepala Isyraf. Malam tadi baru I tau yang diameter kepala dia dah membesar.

Citenye camni. Malam tadi, masa sembang2 ngan Hubby tetiba Hubby tanya I hari raya haji hari apa? So I jawab la hari Jumaat. Masa tu la gak I teringat nak try songkok Isyraf. Before ni ada gak a few times teringat nak try masa kat ofis, tapi bila sampai umah asyik la terlupa. So, I pun cepat2 la amik songkok Isyraf and terus sarungkan kat kepala dia. Dan I adalah terkejut sebab songkok tu dah x muat kat kepala dia.


Dari Ini:

I beli songkok ni kat jln TAR. Saiz 16 1/2.
Masa amik dia kat umah babysitter, I terus trykan kat kepala dia.
Longgar sikit, tapi tu je saiz paling kecik yang I jumpa


Ni lak masa kat umah. Try sekali ngan baju melayu dia.
Daddy dia la yang beria nak suruh anak dia pakai baju melayu siap ngan songkok masa hari raya ari tu.

@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@


Kepada Ini:

Tengok! Dah x bole nak masuk kepala dia yang x bape nak bulat tu.


Kalau pakai camni ok sikit kot.
Tu pun still ketat.
Sampai merah2 dahi, masa I nak sarungkan songkok ni.


Cepatnya baby membesarkan. Lebih kurang 2 bulan je gap, Isyraf dah x muat nak pakai songkok tu. And I x sempat nak pakaikan songkok tu masa songkok tu betul2 fit kat kepala dia. Huhuhu...

Okay la dah pukul 5 ni. I balik dulu. Bye

Gathering @ Paddington, The Curve

I dapat tau bout gathering ni dari blog Amie. Bila terbaca je entry bout gathering, I macam excited lak nak join. Actually I dah lama jadi SR blog mummy2 hot ni, tp x pernah tinggalkan jejak (Read : Comment). At first segan gak nak join sebab diaorang for sure x kenal I, I je yang kenal diaorang. Tapi kalau I x join, sampai bila2 pun x kenal.

So on Sunday tu I pun join la gathering tu. Gambar pun I x banyak amik, sebab still malu2 ayam gitu. Huhuhu... N most of the gambar yang Hubby amik bergegar2. (Ni la akibatnya kalau tangan dah terbiasa buat garisan lurus tapi bergerigi. Kononnya art la sangat). So ni je la gambar yang I bole share.


Borak time.
Anak I tido, so I pegang anak orang lain.


Mommies yang suke berposing


Daddy2 yang 'comel'.
Yang x pegang anak tu, xde anak ke?


Mommies, babies n strollers.
I ngan Amie je pandang camera. Yang lain semua tengok Kyra.


Kalau nak tengok lagi gambar2 during gathering ni bole tengok kat sini, sini dan sini.